View: 1197|Reply: 1
|
Adam bersemangat sasar podium di Jerez
[Copy link]
|
|
TIADA misi lain disasarkan pelumba berbakat negara, Adam Norrodin apabila optimis untuk menaiki podium menjelang perlumbaan Kejuaraan Motosikal Eropah (CEV) Moto2 di Jerez, Sepanyol pada hujung minggu ini.
Pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor itu yang sudah menaiki tiga kali podium pada saingan CEV musim ini menghuni tangga kelima dengan 74 mata selepas lima pusingan perlumbaan.
Bagaimanapun, pada edisi kali ini, pelumba berusia 23 tahun itu meletakkan sasaran untuk menamatkan musim ini dalam kelompok tiga terbaik keseluruhan.
“Selepas perlumbaan di Aragon, saya dapat peluang balik ke Malaysia dan turut meneruskan latihan sepanjang proses kuarantin bersama jurulatih secara maya.
“Peluang berlatih atas jentera juga sangat-sangat bermakna untuk saya menjelang perlumbaan di Jerez nanti. Sasaran saya menjelang dua perlumbaan di Jerez nanti adalah kembali menaiki podium.
“Sudah pasti misi saya adalah untuk merapatkan kedudukan semula di tangga ketiga keseluruhan dalam carta kedudukan Moto2,” katanya baru-baru ini.
Pada musim pertamanya di CEV Moto2 Eropah 2019, Adam yang dikenali dengan julukan ‘Torete’ itu menamatkan kempen di tempat ke-15 keseluruhan de-ngan mengumpul 15 mata.
Tahun lalu, Adam menunjukkan peningkatan apabila me-ngumpul 79 mata untuk berada di tangga ketujuh keseluruhan, 19 mata di belakang penghuni tangga kelima yang menjadi sasarannya pada musim berkenaan.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
ADAM nekad untuk memburu kedudukan podium pada saingan CEV di Jerez, Sepanyol hujung minggu ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|