View: 761|Reply: 1
|
Guna mulut main ping pong
[Copy link]
|
|
Tokyo: Ibrahim Hamadtou mengagumkan penonton apabila bermain ping pong hanya menggunakan mulutnya di Paralimpik Tokyo 2020 selepas kehilangan kedua-dua tangan ketika berusia sepuluh tahun.
Temasya Paralimpik menampilkan atlet lelaki dan wanita luar biasa dan penonton terpukau dengan kehebatan Ibrahim yang bertanding di pusingan kelayakan Kelas 6 semalam.
Ketika menentang wakil Korea Selatan, Park Hong-kyu, atlet Mesir itu mempamerkan kemahiran tersendiri dan memberikan tentangan sengit sebelum tewas 6-11, 4-11, 9-11.
Kelas 6 terbuka kepada atlet yang boleh berdiri tetapi mengalami kecacatan pada lengan dan kaki.
Kekurangan itu bukan penghalang kepada Ibrahim yang cemerlang dalam kariernya selepas kehilangan kedua-dua tangan ketika kecil dalam nahas keretapi dan hanya menggunakan mulut untuk mengawal bat dan ketika melakukan servis.
Ibrahim meraih pingat perak di Kejohanan Afrika 2011 dan 2013. Dia tampil kali pertama di Paralimpik di Rio pada usia 43 tahun dan kini terus mencabar atlet terbaik dalam kelasnya pada usia 48 tahun.
Lawannya dari Korea semalam juga atlet veteran yang meraih emas di Sukan Para Asia 2014. Park mengalami kecederaan urat saraf di bahagian atas dan bawah tubuh dalam nahas industri pada 2005 yang menjejaskan pergerakannya.
Penonton yang menyaksikan perlawanan itu menzahirkan kekaguman mereka di media sosial.
Maf dalam Twitter berkata: "Aksi mengagumkan, dia menggunakan kaki sebelum membuat servis menggunakan mulut.''
Seorang lagi menambah: "Hebat, malah saya sendiri tak dapat kembalikan bola dua kali berturut-turut menggunakan kedua-dua tangan."
Ian pula dalam komennya: "Wow, wow….apa lagi boleh saya ucapkan!" manakala Debbie dalam ciapannya berkata: "Anugerah menakjubkan, anda memang hebat.''
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Ibrahim ketika menentang Hong-kyu. FOTO ALAMY |
|
|
|
|
|
|
| |
|