View: 709|Reply: 1
|
Shigaev sekat kemaraan Wiro
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Perjalanan atlet memanah negara Wiro Julin terhenti apabila tewas dalam aksi pusingan 16 terbaik acara compound kepada lawan dari Jawatankuasa Olimpik Russia, Bair Shigaev.
Tampil buat kali pertama di pentas Paralimpik itu Wiro tewas kelima-lima set untuk mengumpul jumlah keseluruhan 126 mata berbanding Shigaev 136 di Lapangan Memanah Yumenoshima.
Wiro yang sebelum ini memperbaiki catatan terbaik peribadi ketika aksi penentuan ranking mengumpul 24 mata pada set pertama diikut, 25, 24, 27, 26 berbanding lawan 26, 28, 29, 26 dan 27.
Bagi jurulatih skuad memanah negara Marzuki Zakaria, Wiro sudah melakukan yang terbaik namun keadaan angin yang agak kuat sedikit menyukarkan rentaknya.
"Atlet sudah berusaha tapi keadaan angin di sini agak kuat sewaktu pertandingan jadi agak sukar untuk dia mengekalkan konsentrasi semasa melakukan pelepasan anak panah.
"Tapi ini adalah pengalaman yang sangat baik untuk dia memandangkan kali pertama beraksi di kejohanan besar seperti ini.
"Apapun kami akan terus berusaha untuk lebih bersedia di kejohanan yang akan datang, Insya-Allah," katanya.
Bagaimanapun kita masih mempunyai satu lagi peluang menerusi S Suresh yang akan turun beraksi dalam acara recurve pada 3 September ini.
Dia diharapkan dapat mengulangi pencapaiannya ketika muncul juara di Kejohanan Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Atlet memanah para negara, Wiro Julin (tengah) melepaskan anak panahan dalam acara compound di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|