View: 848|Reply: 1
|
'Capai sasaran tiga emas dahulu' - Megat
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin tidak mahu memberi tekanan kepada seluruh kontinjen paralimpik negara biarpun sedar akan keupayaan mereka untuk menghadiahkan lebih daripada tiga emas buat negara.
Katanya, hari ini satu emas berjaya dijelmakan oleh atlet paralimpik negara Bonnie Bunyau Gustin dan masih lagi menanti dua lagi emas seperti yang disasarkan sebelum ini.
Biarpun kontinjen negara dilihat mempunyai peluang menghadiahkan lebih daripada tiga emas, namun Megat menegaskan untuk ketika ini, beliau tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada atlet.
"Melihat Bonnie beraksi tadi pun saya dah cukup berdebar sebab asyik fikir macam-macam, boleh atau tidak dia lakukan sebab nak pastikan Malaysia capai sasaran tiga emas.
"Apa yang penting ketika ini adalah kita capai sasaran tiga emas dulu, tak kisahlah daripada acara apa pun.
"Saya tak nak beri atlet tekanan sebab ada di antara mereka yang baru pertama kali masuk pertandingan besar ini.
"Kami akan cuba kekalkan momentum dan paling penting saya percaya Ziyad (Zolkefli) akan menyumbangkan pingat emas kedua pada Hari Kebangsaan," katanya.
HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MEGAT (kiri) enggan memberi tekanan kepada kontinjen negara. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|