View: 817|Reply: 1
|
Dik Wan tekad pertahan emas
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Atlet para olahraga negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi tidak pernah mengalah dan bertekad untuk memberikan yang terbaik pada penampilan terakhirnya di pentas temasya Paralimpik Tokyo.
Sedar akan kemampuannya, Ridzuan atau dikenali dengan panggilan Dik Wan itu tetap optimis untuk mempertahankan emas yang diraihnya ketika di Rio dalam acara 100 meter (m) T36.
Katanya, dia akan memberikan apa saja yang termampu demi rakyat Malaysia, agama dan bangsa.
Malah dia akan berusaha untuk terus membanggakan keluarga seterusnya membalas jasa ibu dan ayah yang melahirkannya.
"Wan janji akan buat yang terbaik untuk semua. Wan mahu membalas jasa ibu dan ayah yang melahir dan membesarkan Wan serta semua yang membantu Wan secara langsung atau tidak langsung," katanya dalam hantaran Instagram miliknya.
Atlet berasal dari Padang Besar itu akan turun beraksi 3 September ini namun laluannya agak berliku dan dijangka berdepan kesukaran untuk mempertahankan emas apabila terpaksa berdepan dengan atlet jauh lebih muda daripadanya yang juga pemenang rekod dunia dari Australia, James Turner.
Selain daripada Turner, cabaran juga dilihat hadir daripada atlet China, Yang Yifei.
Perkara itu turut diakui oleh jurulatih para negara, R Jeganathan namun yakin sekurang-kurang sebutir pingat akan diraih oleh Dik Wan.
Untuk rekod lima tahun lalu di Rio Dik Wan memecahkan rekod temasya dengan catatan 12.07 saat (s).
Dia pernah meraih emas di Kejohanan Dunia IPC di Doha 2015, perak di London 2017 selain empat emas di Sukan Para Asia pada 2014 dan 2018, masing-masing dalam acara lompat jauh T36/37/38, 100m T36, 400m T36 dan lompat jauh T36.
"Wan mohon semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kami di sini," katanya.
HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
RIDZUAN sebelum berlepas ke Tokyo pada 22 Ogos lalu. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|