View: 1138|Reply: 7
|
Renangan Muhammad Nur Syaiful sekali lagi dibatalkan
[Copy link]
|
|
Edited by Syd at 29-8-2021 12:19 PM
Renangan Muhammad Nur Syaiful sekali lagi dibatalkan
Sinar Harian
Ogos 29, 2021 12:06 MYT
Atlet renang paralimpik negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli beraksi pada acara lelaki 100m kuak dada pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo hari ini. - Foto BERNAMA
TOKYO: Atlet renang para negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli tidak dapat meneruskan saringan bagi acara 100 meter (m) kuak dada lelaki (SB4) pada Sukan Paralimpik Tokyo apabila penyertaannya dibatalkan di Pusat Akuatik Tokyo, pagi tadi.
Untuk rekod, ini merupakan kali kedua penyertaan Muhammad Nur Syaiful Nur Syaiful dibatalkan setelah penyertaannya bagi acara 200m gaya bebas lelaki (S5) turut dibatalkan akibat isu teknikal, pada Rabu.
Bagaimanapun, perenang berusia 26 tahun dari Sarawak itu masih berpeluang untuk meneruskan cabaran dalam acara renang apabila bakal beraksi dalam acara 50m gaya bebas (S5) pada 1 September kelak.
Terdahulu, Muhammad Nur Syaiful turut berjaya memperbaharui catatan peribadinya biarpun menamatkan saingan akhir 100m gaya bebas (S5) pada kedudukan ketujuh, pada Rabu.
Muhammad Nur Syaiful mencatatkan satu minit 15.12 saat bagi memperbaiki catatan satu minit 15.39 saat yang dicatatkannya di London pada 2019 lalu.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Batal kali kedua ni disebabkan oleh bisul dia juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-8-2021 01:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
imransulaiman replied at 29-8-2021 01:00 PM
Batal kali kedua ni disebabkan oleh bisul dia juga ke?
Katanya cara kuak salah |
|
|
|
|
|
|
|
, habis dia nak kuak peha ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
cm dulu player badminton pernah cipta servis badminton bentuk S. terus diharamkan sbb mat salleh eropah tak boleh baca pegerakan bulu tangkis.
alasan diharamkan sbb rosakkan bulu tangkis
jgn kagum sangat org putih or bangsa lain, kadang mereka pun ada main trick. moga atlit malaysia dipelihara dari pengadil cap ayam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
contoh mudah dato azizul hasni awang last olympic ada gap jauh dengan gold medal , patutnya perlumbaan tu kena hentikan? sbb tak boleh ada gap jauh dari kelompok menyalahi peraturan keirin.
respect malaysia atlit. do ur best. we proud of you.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-8-2021 02:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CiliPadiSedap replied at 29-8-2021 01:25 PM
, habis dia nak kuak peha ke?
Posisi kepala kantoi |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-8-2021 05:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
PARALIMPIK: Kepala pula punca penyertaan Nur Syaiful dibatal
Ogos 29, 2021 @ 1:15pm
TOKYO: Perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli terus hampa apabila penyertaannya terbatal lagi, kali ini dalam acara 100 meter (m) kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo di sini, hari ini.
Nur Syaiful yang menamatkan saingan di tempat ketiga dalam saringan pertama di Pusat Akuatik Tokyo di sini, terpaksa menerima hakikat bahawa pembatalan itu menjadi titik noktah terhadap perjuangannya untuk ke peringkat akhir dalam acara itu, petang ini.
Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Sofian Hamzah mengesahkan bahawa, perenang berusia 26 tahun itu dibatalkan penyertaannya berikutan satu lagi kesilapan teknikal ketika berenang.
"Kepala Nur Syaiful didapati tidak naik ke permukaan air dalam jarak 15 meter awal, sewaktu membuat kuakan" katanya.
Perenang dari Jawatankuasa Paralimpik Rusia Dmitrii Cherniaev memenangi saringan itu dengan mencatat 1 minit 33.42 saat (s), diikuti rakan senegaranya Aleksandr Molkov (1:44.37s) dan ketiga pula milik Francesco Bocciardo dari Itali (1:51.11s).
Hanya lapan perenang terbaik daripada dua saringan dijalankan mara ke peringkat akhir.
Rabu lepas, Nur Syaiful turut mengalami nasib serupa apabila penyertaannya dalam saringan pertama acara 200m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) dibatalkan gara-gara isu teknikal, selepas didapati menampal pita pelekat di bahu kirinya bagi mengurangkan kesakitan dialami sejak seminggu lalu.
Namun, Nur Syaiful pada Khamis lepas berjaya memecah rekod peribadi 100m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) dalam peringkat akhir dengan mencatat masa 1:15.12s, sekali gus memadam catatan peribadi terdahulu iaitu 1:15.39 di London, United Kingdom pada 2019.
Nur Syaiful, yang mengalami kecacatan kedua-dua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan pada usia 17 tahun, masih mempunyai satu lagi peluang bagi membuktikan dirinya, apabila dijadual turun semula ke kolam air dalam acara 50m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) Rabu ini. - BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|