View: 1212|Reply: 1
|
PARALIMPIK: Wei Lun 'ajar' pemain nombor dua dunia
[Copy link]
|
|
TOKYO: Atlet boccia negara, Chew Wei Lun meneruskan rekod bersih tanpa kalah apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam acara individu campuran BC1 (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan Kumpulan B di Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini.
Wei Lun memulakan cabaran pertamanya pagi tadi apabila mengejutkan pemain nombor dua dunia, Witsanu Huadpradit dari Thailand menerusi kemenangan "tie-break", 1-0, selepas terikat 3-3 dalam saingan yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake.
Pemain ranking ke-11 dunia itu kemudian mengekalkan momentum kemenangan apabila bangkit daripada ketinggalan 0-3, untuk menang bergaya ke atas pemain kelapan dunia, Sungjoon Jung dari Korea Selatan, 9-3.
Terdahulu, atlet berusia 25 tahun yang membuat kemunculan sulung di pentas Paralimpik menumpaskan atlet Brazil, Andreza Vitoria de Oliveira 5-2 dalam perlawanan pertama semalam.
Wei Lun yang kini mendahului dalam Kumpulan B akan berdepan Katerina Curinova dari Republik Czech dalam perlawanan terakhir esok.
Hanya dua atlet yang menduduki dua tempat teratas daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir. - BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Atlet boccia paralimpik negara Chew Wei Lun beraksi menentang lawanya dari Keorea Selatan, Jung Sungjoon dalam acara Boccia Kategori BC1 pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Ariake Gym hari ini. - FOTO BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|