Aksi Siti Noor Iasah (kiri) pada saringan 2 acara 400 meter, sebentar tadi. - Foto ihsan MSN
KUALA LUMPUR: Atlet para 400 meter (m) negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin mengesahkan tiket ke final acara itu, esok.
Sekalipun menamatkan saringan 2 di tangga keempat, namun catatan 59.89 saat (s) yang dilakukan atlet berusia 31 tahun sudah cukup untuk 'menghantarnya' ke pusingan akhir.
Catatan terbabit bagaimanapun tidak sebaik rekod peribadi terbaiknya, 58.55s yang dilakukan pada temasya di Rio, lima tahun lalu.
Pusingan saringan di ungguli juara bertahan dari Amerika Syarikat, Breanna Clark yang turut memecahkan rekod Paralimpik miliknya dengan catatan 56.07s.
Tempat kedua menjadi milik atlet dari Ukraine, Yuliia Shuliar yang melakukan catatan 57.58s, sementara catatan 59.14s yang dilakukan atlet Brazil, Jardenia Felix Barbosa meletakkan dia di tempat ketiga.