CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1293|Reply: 5

Atlet Ukraine mohon simpati rakyat Malaysia, mohon maaf

[Copy link]
Post time 2-9-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Atlet Ukraine mohon simpati rakyat Malaysia

Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF
2 September 2021, 1:01 pm

PETALING JAYA – Atlet paralimpik Ukraine, Maksym Koval yang menerima pingat emas selepas bantahan kemenangan atlet negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru terpaksa membuka akaun Instagram baharu selepas akaun pertamanya digodam.

“Akaun pertama saya telah digodam rakyat Malaysia selepas mereka menyerang saya dengan menghantar banyak komen spam pada hantaran-hantaran saya,” ujarnya melalui Instagram Story.

Namun, laman Instagram baharu tersebut turut tidak terlepas menerima serangan bertubi-tubi daripada netizen Malaysia yang bertindak menulis pelbagai komen berbentuk kecaman selain ada yang tergamak menyamakan atlet itu dengan haiwan.

Tidak tahan dengan keadaan itu, Koval kemudiannya memuat naik permohonan maaf beserta emoji dua telapak tangan dirapatkan dipercayai bagi merayu agar pertikaian itu tidak dipanjangkan.

Gara-gara dituduh menjadi punca kepada pembatalan pingat emas milik atlet Malaysia, Ziyad Zolkelfi, netizen mula menyerang akaun sosial media yang dikaitkan dengan atlet Paralimpik serta kedutaan Ukraine.

Bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia menyifatkan tindakan ‘tentera bawang’ berkenaan sebagai melampui batas dan dianggap tidak matang selain mencemarkan nama baik negara.

“Tidak sokong kecam media sosial atlet paralimpik Ukraine. Apatah lagi bahasa yang ‘cantik’ digunakan. Bukan semua perkara hendak dikecam sampai koyak. Berpada-padalah. Bahasa jiwa bangsa,” ujar Nur Hasliza Hamar.

“Kepada yang melampau sehingga menghina Orang Kurang Upaya (OKU) memang tidak boleh dimaafkan dan memalukan negara,” komen Rows Uwie.

“Netizen kecam berlebihan. Boleh sampai melampaui batas. Dia juga manusia.Sepatutnya bantahan kita sudah matang, bukan macam kebudakan. Pepatah Melayu sebut masa ibarat emas. Pepatah Arab pula kata masa itu ibarat pedang,” ulas Abuya Ashaari.

“Fikir akhirat sama. Jangan bangga sangat mengecam orang. Takut esok, kalau tidak kita, anak-anak kita yang jadi mangsa kecaman orang pula. Jom sama-sama muhasabah diri,” kata Aziz Baru. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiyooo aib dekkk
Mak yg sekadar baca komen2 netijen msia yang bodo2 pd page2 Ukraine yang dah tenggelam tu pun rasa malu.. Rasa nak tepek kulit tenggiling kat muka.. Diorg selamba je komen bukan2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 2-9-2021 01:28 PM
Haiyooo aib dekkk
Mak yg sekadar baca komen2 netijen msia yang bodo2 pd page2 Ukraine yang dah teng ...

Yang hazab tuuu pegawai.

Atlet tak salah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
harap yg melampau tu gi la merangkak mintak maaf, cari dalang sebenar disebalik kelewatan ziyad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 2-9-2021 02:04 PM
harap yg melampau tu gi la merangkak mintak maaf, cari dalang sebenar disebalik kelewatan ziyad

*BUKAN SAJA PADAH TAK TEPATI MASA, INI JUGA PADAH BUDAYA DOUBLE STANDARD*

Jelas sekarang, Ziyad Zulkefli bukanlah mangsa protes kotor dari Ukraine, tetapi kesilapan besar pegawai kontinjen Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan kepatuhan protokol athlet istimewa itu di Paralimpik Tokyo.

Bukan saja mereka melakukan kesilapan dengan tidak memastikan Ziyad sampai ke call room dan mendaftarkan diri untuk pertandingan mengikut masa yang ditetapkan, tapi Malaysia juga dihidangkan dengan cerita putar alam kononnya kita kehilangan emas akibat protes dari negara di mana terkuburnya pesawat MH17 itu.

Cerita protes Ukraine ini turut dimainkan oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri, maka netizen pembawang negara pun pantas bertindak meranapkan kesejahteraan hidup Ukraine di alam cyber.

Cerita sebenar pantas terbongkar juga. Tiada langsung protes dari Ukraine, tetapi rupanya Ziyad bersama 2 athlet lain telahpun diklasifikasikan sebagai non-starter apabila gagal mendaftarkan diri di call room. Beliau hanya dibenarkan memasuki gelanggang sementara protes dari Malaysia dipertimbangkan oleh juri.

Tak perlulah saya ulas panjang tentang kejadian itu, kerana ia satu peraturan yang memang biasa. Malah kekhilafan warga Malaysia dari aspek itu juga adalah satu kebiasaan. Biasalah. Malaysia.

Saya teringat betapa munafiknya pentadbiran sukan di Malaysia dalam aspek menepati masa ini. Dan ini mungkin satu petunjuk dari Yang Maha Esa untuk kita sedar. Akhirnya.

Saya berikan contoh dalam perlumbaan berbasikal kategori nasional dahulu.

Banyak kali berlaku kejadian di mana pelumba didiskualifikasi atau tidak diklasifikasikan dalam result akibat gagal sign-in sebelum permulaan perlumbaan.

Ada juga berlaku insiden di mana perlumbaan dilepaskan tepat pada waktu atau ikut budaya Malaysia "give or take 15 minutes", dan ada pasukan yang tertinggal akibat lambat sampai ke garis permulaan.

Ini semua perkara biasa berlaku dalam sukan tempatan kita.

Namun, munafiknya juga ada.

*Banyak juga berlaku insiden di mana perlumbaan tertangguh, kadangkala hingga berjam, kerana menunggu Menteri, Menteri Besar atau VIP yang dijemput hadir untuk flag-off perlumbaan.*

*Tidak pula VIP itu diperludahkan saja supaya race jalan tepat pada waktunya. Apakah dalam sukan ini VIP lebih penting dari athlet? Memang tidak penting, tapi jelas diberi keutamaan dan double standard yang condong melebihkan mereka.*

Inilah budaya amalan kita yang bukan saja memudaratkan bila tidak pernah dibendung, malah membawa bala besar dengan kehilangan satu pingat emas yang sepatutnya jelas milik kita. Itulah petunjukNya.

Maka kita tidak perlu berdalih, mengkambinghitamkan negara lain yang tidak bersalah.
Malah sempat juga memfitnah Ukraine memprotes sedangkan mereka tidak melakukan perkara itu.
Ukraine cuma mendapat menfaat dari disiplin dan amalan budaya profesionalisme yang lebih tinggi dari kita. Dan menfaat itu adalah pingat emas ke-15 mereka di Paralimpik Tokyo. Mustahil mereka begitu dahagakan pingat emas sehingga mahu mengautnya ikut pintu belakang.

Kita yang harus sedar bahawa kita telah mendapat satu pengajaran yang amat perit akibat pembudayaan amalan yang salah dalam kehidupan kita sendiri.

Sekian.

*Arnaz M. Khairul*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
IPC kesal kecaman di media sosial
September 2, 2021 @ 9:01am

IPC kesal kecaman di media sosial
Jurucakap Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Craig Spence. - Foto Twitter
TOKYO: Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menyelar tindakan netizen Malaysia di media sosial selepas badan induk itu membatalkan kemenangan atlet lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli di Tokyo 2020.

Ziyad merangkul emas dengan selepas dua kali memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter, tetapi dibatalkan berikutan bantahan Ukraine kerana lewat masuk ke bilik menunggu.


Atlet Ukraine Maksym Koval diisytiharkan pemenang pingat emas, sekali gus mencetus kemarahan rakyat Malaysia di media sosial.

Bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang kini memegang jawatan Menteri Kesihatan, turut sama menyelar tindakan IPC.

"Sesuatu yang amat memalukan dan bertentangan dengan semangat Paralimpik.

"Jika ia melanggar peraturan bilik menunggu, anda tidak sepatutnya membenarkan mereka beraksi langsung.

"Pingat emas dan rekod dunia yang dirampas," kata Khairy.

Jurucakap IPC, Craig Spence berkata Jawatankuasa Paralimpik Ukraince amat kecewa selepas mendapat kecaman daripada netizen Malaysia di media sosial.

"Sejak semalam (kelmarin), media sosial kami dibanjiri komen daripada rakyat Malaysia yang saya rasakan tidak masuk akal.

"Anda boleh marah dengan keputusan kami, tetapi saya melihat komen di akaun media sosial kami yang tidak berkaitan langsung dengan acara lontar peluru F20.

"Pingat emas menjadi milik NPC Ukraine, dan mereka juga kini dikecam rakyat Malaysia. Maafkan saya, peraturan tetap peraturan.

"Keputusan sudah dibuat dan ia bukan salah Ukraine apabila atlet Malaysia lewat memasuki bilik menunggu.

"Saya amat kecewa kecaman sebegitu berlaku di media sosial," kata Spence.

Badan Olahraga Para Dunia (WPA) mengesahkan Ziyad, Jordi Patricio Congo Villalba (Ecuador) dan Todd Hodgetts (Australia) tiba lewat di bilik menunggu.

Di bawah peraturan badan induk olahraga itu, atlet yang tidak berada dalam bilik menunggu pada waktu ditetapkan, akan dibatalkan penyertaan.

Namun ketiga-tiga atlet dibenarkan beraksi di bawah bantahan sementara pengadil mempertimbangkan alasan kelewatan mereka.

Bagaimanapun tidak ada alasan kukuh di atas kelewatan itu dan rayuan ketiga-tiga atlet berkenaan tidak diterima.

Spence mendedahkan alasan diberikan oleh mereka ialah tidak mendengar pengumuman atau ia dalam bahasa yang mereka tidak faham.

"Saya simpati dengan atlet-atlet berkenaan. Jangan salah faham. Saya tahu ada yang berkata kenapa membenarkan mereka beraksi?

"Mengapa membenarkan mereka beraksi, memecahkan rekod dunia dan kemudian membatalkannya?

"Kami tidak mempunyai maklumat penuh sebelum acara. Jadi kami tidak mahu menuduh anda lewat, dan tidak boleh beraksi tetapi kemudian mendapat tahu ada alasan kukuh.

"Sebab itu kami benarkan beraksi di bawah bantahan. Kamu maklumkan kepada pasukan, atlet dan penyiar yang mereka beraksi di bawah bantahan dan mungkin dibatalkan.

"Sebaik melihat bukti, pengadil dan juri membuat keputusan yang mereka lewat tanpa alasan kukuh, jadi ia keputusan mengecewakan buat mereka yang terbabit," katanya. - AGENSI
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051609 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list