CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 890|Reply: 1

[Sabah] Pesakit COVID-19 lari dari Hospital Lahad Datu

[Copy link]
Post time 7-9-2021 04:58 PM | Show all posts |Read mode


LAHAD DATU: Seorang pesakit yang disahkan positif COVID-19 melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.07 petang itu, suspek menerima rawatan di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan setelah mengadu deman dan hilang deria rasa.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, hasil ujian saringan mendapati suspek positif COVID-19.

Bagaimanapun katanya, lelaki tempatan berumur 30 tahun yang dikenali sebagai Firdaus Abdul Halim dilaporkan tiada semasa proses dokumentasi dijalankan.

“Polis menerima laporan daripada pegawai perubatan mengenai kejadian itu dan usaha giat dijalankan bagi mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang boleh hukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Rohan berkata, warga Lahad Datu diminta untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu atau balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat mengenai lokasi suspek.



Hamzah Sanudin


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2021 05:00 PM | Show all posts
ades ...
napa lah nak menyusahkan orang ... bergejala tu ... ilang deria rasa ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.504256 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list