CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1286|Reply: 2

[Sabah] Panggilan tak terjawab, ibu ditemukan meninggal dunia dalam rumah

[Copy link]
Post time 9-9-2021 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Panggilan tak terjawab, ibu ditemukan meninggal dunia dalam rumah[size=0.8][size=0.9]Juwan Riduan
[email protected]


MAYAT mangsa dibawa keluar sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. FOTO ihsan bomba




Kota Kinabalu: Kebimbangan seorang anak terhadap keadaan ibunya selepas panggilan telefonnya tidak berbalas berakhir tragedi apabila wanita itu ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Taman Jaya Diri, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Jumiah Suradi, 65, yang tinggal seorang diri ditemukan meninggal dunia selepas bomba memecahkan pintu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.37 petang untuk menjalankan operasi memecah pintu masuk.

Katanya, sebaik dibuka, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Difahamkan, anak mangsa cuba menghubunginya sejak semalam tetapi gagal dan sebelum itu mangsa ada mengadu sakit dan sesak nafas.

"Anak mangsa minta pertolongan daripada jiran untuk melihat keadaan ibunya namun mendapati pintu terkunci serta tiada jawapan dari mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Agustavia berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, di kawasan perumahan sama, seorang lelaki berusia 80 tahun terpaksa dibantu dengan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

Agustavia berkata, mangsa didapati tidak sedarkan diri namun pemeriksaan lanjut mendapati masih terdapat denyutan nadi.

Katanya, pihak KKM kemudiannya berusaha menyelamatkan mangsa sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk mendapatkan rawatan lanjut.





Disiarkan pada: September 9, 2021 @ 7:25pm









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailaihirojiunn
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 04:41 AM | Show all posts
Innalillahiwainailaihirojiunn ...

bila orang tua tinggal sensorang ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 1.018759 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list