View: 1195|Reply: 3
|
[Sarawak]
[Edisi Tertembak ] Pencari buah terap maut ditembak
[Copy link]
|
|

MIRI : Polis Miri petang tadi telah menahan seorang warga emas dan merampas selaras senapang patah susulan penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tembakan tersangkut di dahan pokok buah terap di sebuah kebun di Kampung Kejapil, Bekenu.
Polis turut merampas 13 butir peluru hidup ketika tangkapan dibuat.
Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
Masyarakat diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini yang mana boleh menjejaskan siasatan.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
MIRI : Seorang lelaki yang disangka beruk maut ditembak ketika memetik buah terap dalam kejadian di sebuah kebun di Kampung Kejabil, Bekenu, tengah hari ini.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, lelaki tersebut maut di tempat kejadian disyaki ditembak oleh seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun.
Susulan kejadian , polis telah menahan warga emas terbabit untuk siasatan lanjut.
Polis turut merampas selaras senapang patah dan sejumlah peluru hidup.
Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.
Foto PDRM MIRI


credit
|
|
|
|
|
|
|
|
dari gambar artikel pertama ...
dia sembunyi kan senapang tu ...
ada kah betul tersalah tembak...?
|
|
|
|
|
|
|
|
seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun
rabun...?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|