|
Pasang pagar halang kemasukan haram ke Gunung Tabai
BAU: Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah memasang pagar wayar di Taman Negara Derek Krian bagi menghalang kemasukan secara haram ke Gunung Tabai di sini.
"Tiada pencerobohan tanpa kebenaran Kontroller Taman Negara dan Rizab Alam Semulajadi," menurut SFC di laman facebooknya hari ini.
Gunung Tabai yang kira-kira 64 kilometer dari Kuching sebelum ini ada berlaku kegiatan melombong emas secara haram.
Malahan seorang lelaki maut akibat tertimbus dalam sebuah lubang ketika melombong emas bersama dua rakannya di gunung terbabit Mac tahun ini.


|
|
|
|
|
|
|
|
Berita yang pernah menggemparkan tentang Gunung Tabai ...
Mayat terperangkap dalam Gunung Tabai berjaya dikeluarkan
March 27, 2021

BAU, 27 Mac - Usaha mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap dalam lubang gua di Gunung Tabai, Bau, Sarawak sejak Rabu lepas, akhirnya berjaya.
Mangsa, Martin Mat Tapa, 25 tahun dibawa keluar lewat petang semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Tawang Linggam, kedudukan mayat mangsa di kedalaman 80 meter menyukarkan pihaknya menggali tanah gunung yang kurang stabil.
Tawang ditemui pemberita selepas operasi membawa keluar mayat Martin yang tertimbus tanah dan batu semasa melombong emas di gunung Tabai.
Dalam tempoh 10 tahun, gunung tersebut telah meragut dua nyawa akibat mencari emas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gunung Tabai ditutup, elak aktiviti lombong emas haram
BAU: Polis Sarawak akan menutup kawasan Gunung Tabai di Bau, kira-kira 40 kilometer dari sini, bagi mengekang aktiviti melombong emas secara haram di kawasan itu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, ini susulan kejadian seorang lelaki maut akibat tertimbus di dalam sebuah lubang, ketika beliau melombong emas secara haram bersama dua rakannya di gunung tersebut semalam.
Tambah Aidi, pihaknya juga akan berbincang dengan Pejabat Daerah Bau bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh mengenai perkara tersebut.
“Saya telah meminta polis di Bau untuk menutup kawasan itu supaya orang awam tidak lagi dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. Kita lihat cara mereka melombong itu memang bahaya.
“Saya nasihatkan orang ramai supaya menjaga diri masing-masing dan jangan ambil peluang untuk buat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Polis ke-214 peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini pada Khamis.
Mayat Mat Tapa, 26, ditemukan tertimbus di bawah runtuhan batu dan tanah oleh pasukan mencari dan menyelamat, namun mayat itu masih belum dapat dikeluarkan.
Kerja-kerja membawa mayat keluar dari kawasan itu disambung pukul 8 pagi tadi kerana posisi dan kedudukan jasad yang tertimbus itu berada di lokasi berbahaya, disebabkan struktur galian yang tidak stabil, sekali gus membahayakan anggota penyelamat.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya..lama tak pegi hiking..
mod @FanTasyCreaTioN lepas reda covid ni, jom pegi hiking mana mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha kemana nyer nak bawak FC hiking...? 
jangan nenges jer la sebab FC tak pernah pergi hiking 
|
|
|
|
|
|
|
|
kita cari yg light2 je la...
sypun tak larat kalau tinggi2 
|
|
|
|
|
|
|
|
baik neman FC masak 
kenyang gak perut 
|
|
|
|
|
|
|
|
ok set...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|