CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1176|Reply: 1

[Sarawak] Kes samun warga emas, seorang suspek ditahan.

[Copy link]
Post time 11-9-2021 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Polis menahan seorang suspek yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun di sekitar Kuching, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, pihaknya semalam telah berjaya menahan seorang suspek berumur 31 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun berkumpulan bersenjatakan pisau.

Beliau menerusi kenyataan hari ini menambah, kejadian yang berlaku 530 awal pagi semalam melibatkan seorang warga emas berusia 70 tahun telah disamun oleh 2 lelaki di Jalan Sg Maong Kiri, Kuching ketika mangsa dalam perjalanan ke pasar.

Katanya, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM150 serta cedera di tangan dan kaki kerana bergelut dengan salah seorang suspek.

Polis sedang menyiasat dan mengatur gerak untuk mengenalpasti seorang lagi suspek bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, suspek yang berjaya diberkas memiliki 9 rekod jenayah lampau dan kes tersebut disiasat di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kes samun berkumpulan tanpa senjata api yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2021 09:38 AM | Show all posts
Tahniah!!!~ PDRM ...

moga dapat jumpa dan tangkap geng lain nya ... ni baru sorang ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.420319 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list