CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 921|Reply: 0

[Sabah] Cadangan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam bertentangan de

[Copy link]
Post time 11-9-2021 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Berita berkaitan ;
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1270956


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam satu kenyataan pada Khamis telah menyatakan pendirian untuk menolak cadangan kerajaan persekutuan memperkenalkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Perkara itu turut mendapat sokongan daripada Naib Presiden 1 STAR, Datuk Robert Tawik yang turut sependapat dengan Hajiji.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya yang menyokong pendirian Ketua Menteri menyatakan akta yang dicadangkan itu bertentangan dengan syarat Sabah semasa pembentukan Malaysia.

"Dalam pembentukan Malaysia, syarat Sabah membentuk Malaysia adalah 'Ugama Bebas Dalam Sabah' yang terdapat pada batu sumpah. Ini bermakna ianya telah dipersetujui bahawa kebebasan amalan beragama bagi Negeri Sabah.

"Sudah tentu cadangan memperkenalkan Akta Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam akan ditentang dan tidak diterima oleh rakyat Sabah.

"Justeru, kerajaan Pusat perlu mengkaji dan mempertimbangkan cadangan itu dengan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak.

"Yang lebih penting sekarang, memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat dalam konsep Keluarga Malaysia, " kata Robert dalam satu kenyataan.

Konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri Yaakob adalah yang amat tepat dan sesuai untuk di rakyat yang berbilang bangsa, kaum dan agama di negara yang tercinta ini.

Terdahulu, Ketua Menteri dalam kenyataan medianya berkata Kerajaan Negeri berpegang kepada prinsip kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kata Hajiji, Sabah juga menyatakan tidak atas cadangan memperkenalkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, sebagai salah satu daripada empat undang-undang syariah baharu yang akan diperkenalkan.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, rakyat Sabah sememangnya hidup dalam keadaan harmoni dan saling bertoleransi dengan kebebasan beragama, dalam suasana masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Sebagai contoh, dalam satu keluarga serumah di negeri ini, ada ahli-ahli keluarganya yang beragama pagan, Islam Kristian, buddha dan Agama lain tinggal sebumbung  serumah lagi,” katanya.

"Begitu juga bila ada majlis keramaian seperti Pesta Kaamatan, Hari Raya, Hari Krismas, Hari Tahun Baru Cina dan lain lain perayaan serta juga majlis Hari keluarga, rakyat Sabah yang berbilang agama boleh merayakan bersama malahan duduk semeja dengan harmoni dan aman damai, " katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:11 AM GMT+8 , Processed in 1.150969 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list