CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1198|Reply: 2

[Sarawak] Radzi Jidin adakan libat urus bersama pengetua, guru besar di Kuching

[Copy link]
Post time 11-9-2021 07:50 PM | Show all posts |Read mode

Gambar fail Bernama

KUCHING: Satu sesi libat urus mengenai pengoperasian sekolah diadakan antara Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin (gambar) dengan pengetua serta guru besar di Bahagian Kuching hari ini.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook milik Radzi, beliau memaklumkan sesi perjumpaan itu bertujuan mendapatkan input dan mendengar pandangan mereka untuk membantu Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memuktamadkan pelan komprehensif pengoperasian sekolah termasuk Sarawak yang berada dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.

Barisan KPM yang turut sama pada sesi perjumpaan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Noor Zamani Abdol Hamid.

Rombongan KPM yang tiba di Kuching kira-kira 11 pagi tadi turut melawat Pusat Pemberian Vaksin Murid 16 hingga 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, di sini.

Selain itu, rombongan berkenaan turut mengadakan sesi libat urus bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang diwakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee. - BERNAMA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2021 07:52 PM | Show all posts
Bagi FC ...

selesaikan vaksin bebudak ni dulu ...



Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:40 PM | Show all posts
harap pengetua2 tu terangkan situasi sebenar yang dihadapi oleh pihak sekolah...jangan sorok2 masalah yang ada....jangan sebab nak nampak bagus maka...semua masalah disorokan...ceta yang baik2 jerrr hmmm..masalah xselesai...harap mereka teluss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 1.510240 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list