View: 4305|Reply: 15
|
Iklan puding buah - gambar iklan berbeza dgn yg sebenar. Produk penjual lain di
[Copy link]
|
|
mstar.com.my
Mengiurkan, harga pun murah! Anak terpedaya, di sebalik gambar cantik ada taktik kotor... sudahnya puding buah ‘sendu’ sampai ke tangan ibu
Khamis, 23 September 2021 10:00 AM
4-5 minutes
GAMBAR yang digunakan untuk tujuan promosi nampak sangat menarik, tapi sebaik sahaja pesanan diterima, hancur hati melihatnya!
Situasi inilah yang dilalui seorang pelanggan yang kecewa melihat hidangan pencuci mulut yang ditempah baru-baru ini, lantas memuat naik video perbandingan puding buah yang dijanjikan dengan produk sebenar yang diterimanya.
Video dengan mesej 'indah khabar dari rupa' itu setakat ini telah ditonton hampir 20,000 kali di aplikasi TikTok.
Bercakap kepada mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Dira ini berkata, dia menempah puding buah itu dengan niat untuk menyokong bisnes peniaga tempatan pada 29 Ogos lalu.
Gambar yang digunakan penjual berkenaan untuk mempromosikan perniagaan puding buah.
Katanya, selepas membuat tempahan dia meminta supaya puding buah berkenaan dihantar kepada ibu bapanya yang tinggal di Rantau Panjang, Kelantan.
"Saya nampak iklan promosi puding tu dekat grup WhatsApp, saya tengok gambarnya cantik dan harganya pun RM25 je jadi saya cuba order.
"Lepas dua hari baru dia hantar, rupa-rupanya orang yang saya order tu, dia bukanlah individu yang buat puding tu.
"Saya agak dia macam ejen kot," cerita wanita berusia 26 tahun ini yang tinggal di Kota Bharu.
Menurut Dira, dia bagaimanapun dimaklumkan bahawa puding yang sepatutnya dihantar kepada ibunya pada 31 Ogos lalu itu telah rosak dan dia dijanjikan satu lagi puding baharu akan dihantar pada keesokan harinya iaitu pada 1 September.
"Masa 31 Ogos individu yang saya hubungi tu maklumkan puding akan dihantar... tapi tak jadi sebab katanya orang yang hantar puding dah rosakkan makanan tu dan dia janji akan gantikan yang baru esok hari.
"Saya tak pasti sama ada puding yang mak saya terima tu dia betul-betul buat baharu atau guna buah-buahan dari puding yang rosak... tapi dalam voice note yang dihantar kepada saya, dia kata dia buat baru dan puding yang rosak dah dibuang.
"Mak saya makan dia cuma kata puding tu lembik dan buah tu lebam... jadi dia makan terus, tak simpan dalam peti sejuk pun," katanya.
Gambar puding buah yang diterima pembeli.
Kecewa dan malu dengan 'rupa paras' puding buah yang dihantar kepada ibunya, Dira cuba menghubungi penjual berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.
"Duk ingat dapat yang macam ini (gambar puding buah yang dipromosikan), jauh juga beza, tapi tak pe la dik, terima kasih," tulisnya kepada penjual tersebut.
Penjual berkenaan bagaimanapun tidak membalas mesej yang dihantar.
"Saya pun biarkan sahaja, malas nak WhatsApp dah sebab tak nak bergaduh," kata Dira.
Kisah ini tidak terhenti begitu sahaja apabila Dira kemudian berjaya menghubungi pemilik asal gambar puding buah tersebut.
Katanya, pemilik asal foto itu turut terkejutnya apabila mengetahui bahawa gambar produknya digunakan orang lain bagi tujuan promosi.
"Tuan sebenar gambar puding buah telah munculkan diri, jadi memang betul dia gunakan gambar orang lain untuk promosi.
"Memang lepas ni saya dah tak beli kalau dengan orang yang tak kenal, saya pun dah keluar dari grup WhatsApp tu," katanya,
Perbualan di antara pembeli dan pemilik sebenar gambar puding buah.
Menurut Dira pemilik asal gambar tersebut menjual puding buahnya pada harga RM50.
Perkongsiannya di Tiktok bagaimanapun menarik perhatian ramai pihak termasuk individu lain yang sudi menghadiahkan ibunya puding buah yang baharu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 07:48 AM
.......... |
|
|
|
|
|
|
|
buah naga ni murah ke? aku pernah beli puding buah mcm ni RM18 byk buah naga je. sudah la buah naga nya tawar habis. bazir duit aku je. |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya dia beli versi diskaun 50% |
|
|
|
|
|
|
|
Indah kabo dari ghupeee
Baik makan yogurt buah je |
|
|
|
|
|
|
|
Pegh baca tajuk terus meols mcm nak merah muka..sebab meols pon jual puding buah gak. Kot customer meols viralkan kan. Meols jual puding cermin dan biasanya apa yang dalam gambar mcm tu gak customer dapat. Sebab gambar yang meols amek tu puding yang dah siap nak bagi kat customer. Jadi memang itu je la pudingya.
Puding dalam gambar ni mcm da lama diluar peti ais dan berpanas ni. Buah pon da layu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah...KFC pun mcm ni jugak...gambar dlm iklan tak sama langsung dgn actual |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pembeli...
jauh betul rupanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku hairan betul macam mana lah pembeli yang kena tipu dengan penjual2 lahanat ni boleh reda aja..sikit2 maafkan..
kalau tak dapat balik duit, paling2 pun viralkan penjual2 lahanat tu..biar orang lain pun tak kena tipu sekali..
sekarang zaman kovid..semua pakat jual makanan..yang tak sedap tu kita lahanatkan aja, biar rezeki dapat kepada penjual yang betul2 buat kerja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu tgk gmbr iklan tu, aku pun nk beli sbb nmpk sedap nyeh. Tp klu realitinya dpt mcm second photo tu, mmg ada hrpn nk marah lah |
|
|
|
|
|
|
|
Marketing vs reality. Tipuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Harga RM25 tu murah sangat kut..tak kena dgn visual asal.
tapi tu lah, buyer ingatkan mmg seller buat promosi mur mur kut. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 24-9-2021 07:57 AM
Pegh baca tajuk terus meols mcm nak merah muka..sebab meols pon jual puding buah gak. Kot customer m ...
Buah sape yg layu tu
Hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
adoii nk tegelak pulak aku ngk gambor yg si pembeli dapat ..
yg jual tu pun, aku rasa bkn susah pun nk buat mcm gambo yg ko iklan kan .. tak ikhlasnya ko meniaga ..
sian pembeli tu .. dah la nak bagi mak ngan bapak dia . sedih tau |
|
|
|
|
|
|
|
~boolean replied at 24-9-2021 10:00 PM
aku hairan betul macam mana lah pembeli yang kena tipu dengan penjual2 lahanat ni boleh reda aja..si ...
Betul weh aku setuju
Nak2 pulak aku jenis hati keras x mudah2 maafkan manusia suka amik kesempatan kat kebaikan customer ni
Sorry naik lori, ko kalau jual makanan masin ke buat servis fotografi tapi perangai lahanat mmg aku mintak balik duit aku
X koser aku nak redho. Aku rela bertekak dgn seller lahanat sbb penat taw cari duit
Klau benda mmg kesalahan aku, aku mmg akan mintak maaf dgn seller |
|
|
|
|
|
|
|
Style scammer, ambik gamba orang lain, promote kat page sendiri. Moralnya, seller/baker sila watermark gamba product memasing di tengah2 alam. Supaya anda dapat membantu masyarakat supaya tidak terkene scam. Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|