View: 2275|Reply: 17
|
Suami cerai isteri kerana malas mandi
[Copy link]
|
|
Pasangan itu akan bertengkar setiap kali si suami meminta isterinya untuk mandi setiap hari. - Pixabay
Suami cerai isteri kerana malas mandi
NEW DELHI – Seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh, India bertekad untuk menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Menurut laporan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali menyuruh wanita itu untuk mandi.
Tidak tahan dengan situasi berlarutan itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga meskipun mereka memiliki seorang anak berusia setahun setengah.
“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.
Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.
“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.
“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.
Tambah agensi kaunseling itu, mereka turut cuba untuk memujuk lelaki berkenaan agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan secara berbincang. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham org yg malas mandi ni
Tak rasa nak bersihkan diri ke? Seharian buat xtvt itu ini, berpeluh bagai, makan mcm2. |
|
|
|
|
|
|
|
igt uttar pradesh igt blasoff |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pulak die malas mandi ek.. dah la india tu panas berdenting.. lepas tu ke sana ke sini, berpeluh2.. huhu.. kalau malas bukak paip g jela terjun dlm sungai tu haa.. |
|
|
|
|
|
|
|
mna org tu tak marah, busuk kot, sapa tahan, untung lah suami tu bertahan hingga dua tahun.. emmm.. mcm2 |
|
|
|
|
|
|
|
Mandi pun masih bau kari..inikan pulak x mandi |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya laki dia pun tk mandi sama busuk jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Klu dah suaminya ceraikn dgn talak 3, camana nk pujuk lg? Pelik gak org mls mandi ni, kan ke basic personal hygiene tu |
|
|
|
|
|
|
|
agama lain pun ada talak 3 jugak ye |
|
|
|
|
|
|
|
saja je kot sebab taknak emmm dgn laki dia |
|
|
|
|
|
|
|
busuk kohong la x mandi duk negara cuaca panas makanan ruji kari plak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yihhhhhhhhh
Ko pikir ko tu berbau dior perfume sejak lahir??? |
|
|
|
|
|
|
|
diorg bukan bau kari sangat ... diorg suka makan bawang mentah .. bawang tu memang la rasa manis banding sini .. tapi kesan pada body odour tu yg tak tahan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Uishh..tak rasa melekit ke malas nak mandi tu? |
|
|
|
|
|
|
|
tak, india nun bukan agama hindu je ada. ramai gak muslim kt sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat tengok cerita crime patrol. Ade satu episod tu, pelakon wanita tu cakap dia suka bau badan marka dia. Aku tengok pakwe dia ketiak berlecak je. Agaknya bagi dorang bau ketiak tu wangi kot. Sebab tu rata2 citer tamil ke hindustan ke mesti ketiak berlengas |
|
|
|
|
|
|
|
skippy replied at 27-9-2021 09:58 PM
tak, india nun bukan agama hindu je ada. ramai gak muslim kt sana.
ye lah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|