KUCHING: Tiga maut apabila kenderaan hilang kawalan di selekoh sebelum melanggar pokok di atas pembahagi jalan.
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan Jalan Bako (berhampiran Petronas Sejingkat).
Mangsa dikenal pasti Voon Fook Seng 26 (pemandu), Ruzzie anak Bujek 24, dan Mechelini Anak Bujek 28.
Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kereta bergerak dari arah bandar Kuching menuju ke aras Bako hilang kawalan di selekoh.
"Pusat Kawalan IPD Kuching menerima panggilan memaklumkan berlaku satu kemalangan maut melibatkan sebuah motokar jenis Proton Gen2 sekitar jam 7.10 malam di Jalan Bako, Kuching berhampiran dengan Petronas Sejingkat," katanya.