CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1744|Reply: 1

[Sarawak] Vaksinasi pelajar 12 tahun libatkan lapan sekolah di Kuching lancar

[Copy link]
Post time 29-9-2021 10:01 PM | Show all posts |Read mode


Pelajar 12 tahun dari lapan buah sekolah di Kuching menerima suntikan vaksin COVID-19 di PPV SJK Chung Hua No 4, Kuching hari ini.

KUCHING: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melibatkan pelajar 12 tahun dari lapan buah sekolah di sini berjalan lancar di Dewan SJK Chung Hua No 4 hari ini.

Program ini merupakan kolaborasi antara Hospital Pakar Kuching KPJ dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) serta pihak sekolah.

Menurut Pengurus Operasi KPJ Kuching Thomas Ho program vaksinasi ini melibatkan seramai 817 pelajar 12 tahun dari SJK Chung Hua No 4, SJK Chung Hua No 1, SJK Chung Hua No 5, SK St Thomas, SK Merpati Jepang, SK Laksamana, SK St Mary dan SK St Theresa.

Bagaimanapun katanya disebabkan ada dalam kalangan pelajar ini yang telah divaksin, belum mencapai usia 12 tahun dan berada di luar Kuching, maka dijangkakan 600 hingga 700 pelajar sahaja yang hadir hari ini.

“Esok kita adakan program yang sama di dua lokasi iaitu Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) dan SK Jalan Arang melibatkan antara 400 hingga 500 pelajar di setiap lokasi.

“Setakat ini program vaksinasi ini berjalan dengan baik dan saya menggesa ibu bapa untuk membawa anak mereka mendapatkan vaksinasi.

“Ini kerana apabila sekolah dibuka kelak, anak-anak mereka terdedah kepada jangkitan dan vaksinasi ini dapat mengurangkan risiko jangkitan lebih-lebih lagi dengan penularan varian Delta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan SJK Chung Hua No 4 di sini hari ini.

Sementara itu Presiden Persatuan Lembaga-Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina di Kuching, Samarahan dan Serian Jonathan Chai berkata vaksinasi ini adalah sebagai langkah perlindungan untuk anak-anak sebelum mereka kembali ke sekolah.

Oleh kerana Sarawak kini telah beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), maka katanya sesi persekolahan secara bersemuka akan dibuka secara berperingkat-peringkat.

“Untuk program vaksinasi ini pihak sekolah adalah selaku penyedia PPV manakala KPJ sebagai penyedia petugas dan peralatan perubatan bagi vaksinasi ini dengan kerjasama KKM, JPBNS dan KPM,” katanya.

Dalam pada itu, program vaksinasi di SAKURA dan SK Jalan Arang esok melibatkan pelajar 12 hingga 15 tahun dari SAKURA, Tunku Putra HELP, Pondok Hidayatul Mubtadi, SK Jalan Arang, SK Sacret Heart Semeba, SK St James Quop dan Madrasah Uloom Falah.

Suntikan dos kedua pula bagi kumpulan pelajar yang sama ini dijangka akan diadakan pada 20 Oktober depan di PPV yang sama.


utusanborneo.com.my/2021/09/29

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2021 06:53 AM | Show all posts
moga semua nya berjalan lancar dan moga adik2 ni takde pa2 ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:41 PM GMT+8 , Processed in 2.322094 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list