CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2552|Reply: 11

PPIM Tegur Iklan RapidKL Guna Bahasa Cina

[Copy link]
Post time 2-10-2021 09:48 AM | Show all posts |Read mode


‘Orang Malaysia Dah Tak Reti Bahasa Melayu Ke?’ – PPIM Tegur Iklan RapidKL Guna Bahasa Cina

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menyelar tindakan RapidKL menggunakan bahasa cina untuk mempromosikan iklan di dalam perkhidmatan mereka.

Di dalam satu hantaran terbaharu di laman Facebook, PPIM telah mempersoal tindakan RapidKL yang memaparkan beberapa iklan berbahasa cina di dalam salah sebuah keretapi yang berada di bawah kelolaan mereka.

“Orang Malaysia dah tak reti bahasa melayu ke?” Tanya PPIM sebelum menyambung, “Lagi sekali iklan yang tidak menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama di iklan di tempat awam. Masih lagi tak sedar.”'



Sejak dimuat naik hari ini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 300 perkongsian balas dan lebih 2,000 tanda suka. Kebanyakan netizen Malaysia turut mempersoal tindakan RapidKL yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama.

Sebelum itu, isu ini mula hangat di laman Twitter apabila Jazlie Dawani memuat naik gambar yang menunjukkan sebahagian ruang iklan di dalam perkhidmatan RapidKL menggunakan bahasa cina.

“Penghinaan kepada bahasa kebangsaan, sampaikan paparan iklan bahasa mandarin lebih utama. Kenapa? Rakyat Malaysia dah tak reti berbahasa Melayu ke sampaikan bahasa Mandarin diutamakan?” Tanya Jazlie Dawani.



Lebih parah lagi apabila persoalan ini telah dijawab sambil lewa oleh pihak RapidKL apabila mereka hanya menyatakan bahawa “itu setakat nak iklan je..takde isu dengan hal bahasa kebangsaan.”

Jawapan balas RapidKL ini bagi netizen jelas tidak bertanggungjawab dan tidak mencerminkan sikap profesional sebuah agensi besar yang sepatutnya turut bertanggungjawab untuk mempromosikan bahasa kebangsaan.

“Sila ambil admin yang lebih ‘cerdik’ dan celik dalam isu yang cuba diketengahkan @AskRapidKL. PR kelaut,” kata Misz Aries. Manakala Rahim turut mengajukan soalan yang sama, “Macam mana boleh lepas ek? Bukan setiap kali nak angkat iklan mana-mana kena lalu DBP dulu ke?”



Setelah isu ini tular, RapidKL mengatakan bahawa mereka sudah membawa isu ini ke perhatian bahagian Non-Fare Revenue (Pendapatan Sampingan) MRT Corp bagi tindakan lanjut.

Namun, tiada permohonan maaf dari admin RapidKL berkenaan jawapan balas pertama yang dianggap netizen sebagai tidak bertanggungjawab.

Sumber:https://www.thevocket.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 10:16 AM | Show all posts
teringat kes forumer nampak iklan pakaian dalam wanita, last2 kantoi dia pernah belikan untuk wife dia n salahkan cariforum
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kerajaan melayu isle tgh memerintah, gunakan kuasa utk menjaga martabat islam dan melayu, iklan dlm pengangkutan awan mana boleh guna bahasa lain, mesti guna bahasa kebangsaan. Pelik bila diambik remeh, sib baik ada yg perasan benda dan komplen.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Admin rapidkl patut dibuang je...tak reti jawab.

Patutnya company besar mcm ni, utamakn bahasa kebangsaan, bukan memperlekehkn lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Japppppp....
Iol rasa kes ni macam dah lama...
Terasa dejavu sungguh.
Sattt gugel.


Haa betul la
https://mykmu.net/2020/10/14/orang-malaysia-dah-tak-reti-bahasa-melayu-ke-ppim-tegur-iklan-rapidkl-guna-bahasa-cina/

Ni bukan Malaysia dahh. Ni Tionghuasia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda2 nih dah patut tak jadi isu dah, 64 tahun merdeka dah pun, melayu nih belum lagi keluar generasi baru parang terbang, jadi bila diajak bincang elok2 dalam twidder mohon disambut baik ajakan itu.

Esok2 generasi parang terbang nih dah beranak pinak. Mendapat lah kau. Jangan lupa sejarah betapa ganas nya mereka yinnih. History will repeat itself. Sejarah mungkin berulanggggggg walau engkau kulupakan oh kekachihh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya guna BM dan BI jer....Ada tak warganegara Malaysia yg lahir,tinggal dan bersekolah di Msia masih tidak faham Bahasa Kebangsaan negaranya sendiri???
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 01:43 PM | Show all posts
Dah kenapa post semula berita lama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
"betul ka u worang Malesia..saiya lagi tau dari u worang"Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 03:50 PM | Show all posts
biarlah tu bahasa big brotha
kita hanya kancillian
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 09:36 AM | Show all posts
iklan tu berbayar ,asal duit on
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 06:19 PM | Show all posts
up balik benda berkurun..dah takda bahan ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.514899 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list