CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2497|Reply: 4

Lelaki makan daging mentah selama 3 tahun

[Copy link]
Post time 6-10-2021 09:06 PM | Show all posts |Read mode

Rowe menyifatkan tenaganya bertambah selepas makan daging mentah. - CATER

Lelaki makan daging mentah selama 3 tahun

OMAHA, NEBRASKA – Seorang lelaki dari Amerika Syarikat  mendedahkan tabiat pemakanannya yang hanya mengambil daging mentah termasuk ayam sejak tiga tahun lalu, lapor akhbar New York Post semalam.

Weston Rowe, 39, memakan makanan yang tinggi kandungan protein seperti daging lembu, hati, ayam dan organ haiwan lain.

Rowe percaya bahawa tabiat pemakanannya itu membantu meningkatkan tenaganya  biarpun sering diberi amaran berkenaan bakteria salmonella.

“Mental dan fizikal saya berada dalam keadaan sihat dan lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Tambah Rowe, dia tidak lagi memakan makanan diproses dan menghabiskan sekitar AS$140 (RM586) seminggu untuk makanannya.

Tambahnya, 99 peratus daripada makanannya adalah daging mentah dan dia tidak pernah jatuh sakit akibat tabiat tersebut.




Menu Rowe yang terdiri daripada protein mentah dan sayur-sayuran. – CATER

Sajian terbesarnya adalah makan tengah hari yang terdiri daripada daging lembu mentah bersama mentega dan otak biri-biri.

Rowe juga tidak meletakkan penambah perisa pada daging mentah sambil menambah bahawa dia tidak memerlukannya.

Rowe mengubah dietnya apabila menyedari bahawa fungsi otaknya menjadi perlahan, tahap tenaganya berkurangan dan menderita ekzema. – Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
"Rowe juga tidak meletakkan penambah perisa pada daging mentah"

Hehehe kalau dah mat saleh, makanan sangat bland.

Neway, yihhhh memang hadap ko yaa makanan mentah gitu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 03:34 PM | Show all posts
xhanyir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn cuba mkn org plk


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lupa makan ubat cacing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.506016 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list