CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6493|Reply: 19

HARAM duduk diatas KUBUR

[Copy link]
Abid_Abdullah This user has been deleted
Post time 21-6-2005 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum....

Para Ilmuan sekalian,harap dapat memberi tunjuk ajar,

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Utusan Malaysia bertarikh 21 Jun 05 dalam forum Bicara Agama yg ditulis Oleh ABD AL-RAZZAQ A.MUTHALIB (  Pensyarah di UIAM).menyatakan haram duduk diatas kubur berdasarkan petikan beberapa hadis seperti berikut.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Sekiranya seseorang kamu duduk di atas bara api yang membakar pakaiannya, menyentuh dan menghanguskan kulitnya, maka ia lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur. (Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasai, Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad)

Abu Marthad al-Ghanawi berkata bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Jangan kamu sembahyang mengadap ke arah kubur, dan jangan kamu duduk di atasnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasai dan Tirmizi)

Imam Nawawi ketika menghuraikan hadis-hadis ini mengatakan bahawa haram duduk di atas kubur.

Al-Mubarakfuri pula dalam Tuhfat al-Ahwazi, semasa menghuraikan hadis Abu Marthad al-Ghanawi mengatakan :

`Hadis ini adalah dalil yang menunjukkan haramnya duduk di atas kubur, dan inilah pendapat jumhur dan ditegah segala sesuatu yang tidak terdapat panduannya daripada sunah, dan sesungguhnya apa yang ditunjukkan oleh sunah ialah menziarahi kubur dan berdoa di sisinya secara berdiri.''

Syeikh Mohamad Soleh Ibn al-Uthaimin ketika menghuraikan hadis tentang larangan duduk di atas kubur ini berkata: ``Ini kerana di dalam kubur itu terdapat insan Muslim yang perlu dihormati, dan perbuatan kamu duduk di atasnya merupakan suatu penghinaan baginya, maka sebab itulah Nabi s.a.w. bersabda:

Kesimpulannya, amalan menziarahi kubur merupakan suatu yang dituntut dan dianjurkan oleh Islam kerana ia dapat mengingatkan kita dengan kematian yang semestinya akan dihadapi oleh setiap insan.

Namun begitu, adab-adab dan larangan ketika berada di kawasan perkuburan mestilah dijaga dan diberi perhatian agar ibadah yang kita lakukan ini tidak dicemari oleh perkara-perkara yang ditegah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persoalan :

Ana beberapakali menziarahi kubur dan selalunya (lazimnya) membaca Surah Yassin sambil bersila disisi kubur,jika berdasarkan tulisan diatas bermaksud ana telah melakukan sesuatu yg HARAM (Mohon KeampunanMU yg MAHA ESA), Adakah ada pendapat lain dari Imam2 Mazhab mengenai persoalan ini, ini adalah kerana ana melihat ramai yg melakukan sedemikian terutama pada Hari Raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2005 09:46 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Izinkan saya menambah..........

Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah duduk di atas kubur dan membaca al-Quran bagi umatnya yang telah mati. Persoalannya, adakah baginda s.a.w. tidak mengasihi umatnya? Adakah baginda tidak mahu umatnya umatnya menerima rahmat sesudah mati? Jawapannya, sudah tentu tidak. Firman Allah s.w.t. :

"Dia (Muhammad s.a.w.) sangat menginginkan keselamatan bagi kamu (agar dibimbing Allah, agar bertaubat kepada Allah, dan merayu kepada Allah agar mengampunkan dosa kamu, agar kamu dapat memasuki syurga dan selmat dari neraka) dan dengan orang-orang mukmin dia sangat pengasih dan penyayang."

-Surah at-Taubah ayat 128.

Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa baginda adalah seorang yang amat menyayangi umatnya, walaupun setelah mati. Namun mengapa baginda tidak duduk membaca al-Quran di kubur umatnya yang telah mati di zamannya?

Inilah yang dinamakan dengan sunnah tarkiah (peninggalan), iaitu meninggalkan perbuatan tersebut adalah sunnah, dan membuat perbuatan tersebut adalah bidaah.

Ingin juga diketengahkan di sini pandangan Imam Mazhab kita sendiri, iaitu Imam Syafie, yang dinukilkan oleh al-Hafiz Ibnu Katsir ketika beliau memberi tafsiran berkenaan ayat 39 dari surah An-Najm :

"Dan tidak adalah sesuatu apapun bagi seorang insan melainkan apa yang telah diusahakannya (ketika hidup)"


Kata al-Hafiz Ibnu Katsir : "Sebagaimana tidak memikul seseorang ke atasnya tanggungan (dosa) orang lain, sebegitulah pahala (orang hidup ke si mati) melainkan apa yang dia usahakan olehnya untuk dirinya sendiri, dan dari ayat mulia ini telah beristinbat (mengeluarkan pendapat) as-Syafie rahimahullah dan para pengikutnya, bahawasanya bacaan al-Quran tidak sampai pahala bacaannya kepada si mati, kerana ia bukanlah dari amalan mereka dan bukan juga usaha mereka dan dengan ini Rasulullah s.a.w. tidak menyuruh umatnya dan tidak menyeru kepadanya dan tidak pula membimbing kepadanya (amalan ini) dengan satu nas pun, dan tidak ada dinukilkan tentang perkara ini walau satu pun daripada para sahabat r.a., dan andaikata perkara ini baik, maka kami dahulu yang mengamalkannya."

Jelas, jangankan duduk di atas kubur sebagaimana yang dilarang nabi s.a.w., malahan membaca al-Quran dengan niat disedekahkan kepada si mati pun tidak pernah langsung dilakukan oleh para sahabat baginda s.a.w.

Majalah Cermin Keluaran April 2004, Jilid 73, Terbitan Mohd Khairune S/B

Kita tunggu pendapat dari rakan2 yang lain.......Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 10:14 AM | Show all posts
Setakat yg tatie tahu, ziarah kubur dan berdoa dikubur  itu digalakkan. Ini berdasarkan hadis di bawah :


Cuba kita perhatikan hadis di bawah ini :

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

Ertinya : Bersabda Nabi Muhammad SAW : ( Dulu)  saya melarang mienziarahi kubur (sekarang ) ziarahlah.

Dalam satu riwayat : Maka ziarahilah kubur, kerana ziarah itu mengingatkan kepada mati.


Demikianlah hadis yg disebut di dalam kitab Muslim.

Memang pada mulanya, iaitu permulaan ISlam, nabi melarang ziarah kubur, kerana pada waktu itu tauhidnya umat Islam sgt lemah, kerana baru sahaja keluar dari kemusyrikan.

Tetapi kemudian setelah keimanan dan ketauhidan umat islam telah kuat, maka selurh org islam dianjurkan dan digalak utk menziarahi kubur teruatam kubur nabi demi mengingatkan manusia kepada mati dan kampung yang akan didiami selamanya iaitu akhirat.

dalam sebuah hadis lagi berbunyi :

Ertinya : Adalah rasulullah SAW mengajarkan kepada mereka (sahabat-sahabat nabi) apabila mereka datang ke perkuburan harus dikatakan : salam atasmu hai orang mukmin lelaki dan perempuan bahawasanya kami insyaAllah akan menghubungi kamu.(Kitab Shahih Muslim)

Dari hadis tersebut, rasululllah SAW menganjurkan kepad umatnya supaya kalau datang ziarah keperkuburan haruslah baca doa yang tersebut.

Ini suatu bukti bahwa ziarah kubur itu dianjurkan oleh syariat islam sehingga nabi menyuruh dan mengajarkan kita doa yg akan dibaca ketika menghadapi makam perkuburan.

[ Last edited by serihartatie on 21-6-2005 at 10:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 10:30 AM | Show all posts
Ana beberapakali menziarahi kubur dan selalunya (lazimnya) membaca Surah Yassin sambil bersila disisi kubur,jika berdasarkan tulisan diatas bermaksud ana telah melakukan sesuatu yg HARAM (Mohon KeampunanMU yg MAHA ESA), Adakah ada pendapat lain dari Imam2 Mazhab mengenai persoalan ini, ini adalah kerana ana melihat ramai yg melakukan sedemikian terutama pada Hari Raya.


Bersila di sisi kubur tak sama dgn duduk atas kubur. Bersila di sisi kubur ni maksudnya kita duduk di perkuburan, tidak berdiri. Walau bagaimanapun kena check dulu lafaz Imam Nawawi, al-Mubarakfuri dan Ibnu Uthaimin samada mereka menyebut في atau على. Ada beza antara dua partikel tersebut.

WA
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by halimijuliana at 2005-6-21 09:46 AM:
Assalamualaikum,

Izinkan saya menambah..........

Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah duduk di atas kubur dan membaca al-Quran bagi umatnya yang telah mati. Persoalannya, adakah baginda s.a ...


Apa yg disebut oleh halimi adalah satu khilaf yg masyhur di kalangan ulama'. Ada yg kata sampai, ada yg kata tak sampai. Setahu saya memang betul Imam Shafei sendiri berpendapat tak sampai.

WA
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 07:48 PM | Show all posts
Nak sedekah fatihah,yassin, doa etc tak perlu ke kubur..kat rumah, dalam kereta, dalam restoran, sebelum tengok berita TV3, etc semua boleh... cuma mungkin nak impact tu lebih sket, pergilah ke kubur (boleh ingat mati)... baca doa, baca fatihah, kalau rajin buatlah solat sunat hadiah sedekahkan kpd si mati... tapi jangan solat menghadap kubur lak...

nak balik tanamkan batang kayu hidup kat atas kubur supaya boleh meringan seksa kpd simati ... kalau batang kayu hidup pun dapat meringankan siksa si mati.. takkan doa dan hadiah org hidup tak sampai dan membantu si mati??? Seolah-olah kayu lebih baik dari manusia lak.

Walaubagaimana pun doa anak yg soleh yg penting
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2005 03:35 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 2005-6-21 07:48 PM:
Nak sedekah fatihah,yassin, doa etc tak perlu ke kubur..kat rumah, dalam kereta, dalam restoran, sebelum tengok berita TV3, etc semua boleh... cuma mungkin nak impact tu lebih sket, pergilah ke  ...



batang kayu idup tu cam batang kayu yang akhirnya jadik pokok ka?  contoh cam batang kayu ubi tu ka? aku rasa kalo buat lagu tuh supaya jadik pokok sebenonya nak buat tempat teduh je kut..esp sapa2 mai baca quran tepi kubur tuh kut.

rumput rampai yang idup melata merata atas kubur tuh..sama gak ringan seksa mati dalam kubur tu tak? walo rumput tu tadak batang laaa tapi kita cabut seme rumput tu kalo mai kubur raya pose ke raya aji kan? kalo wat lagu tu cabut rumput2 yang idup tu makin lagik seksa la si mati..lojik tak? ciannn kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 03:47 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 20-6-05 06:30 PM:


Bersila di sisi kubur tak sama dgn duduk atas kubur. Bersila di sisi kubur ni maksudnya kita duduk di perkuburan, tidak berdiri. Walau bagaimanapun kena check dulu lafaz Imam Nawa ...


Saya nak tanya betul ke kita tidak dibenarkan melawat kawasan perkuburan kalau kita datang ''kotor''?


Terimakasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2005 07:35 AM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 22-6-2005 03:47 AM:


Saya nak tanya betul ke kita tidak dibenarkan melawat kawasan perkuburan kalau kita datang ''kotor''?


Terimakasih


Datnglah. Kotorker atau bersih ker sampai seru malaikat Izrail panggil juga.

Bab melawat kubur bukan sama dengan bab solat. Jadi tiada halangan waktu kotor nak ziarah kubur.Cuma kaum wanita tak digalakkan menziarahi kubur.

Cuma jangan memakai pakaian yang nampak kotor dalam syariat Islam. Yakni tak menutup aurat !!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by MataPena at 21-6-2005 01:35 PM:


Datnglah. Kotorker atau bersih ker sampai seru malaikat Izrail panggil juga.

Bab melawat kubur bukan sama dengan bab solat. Jadi tiada halangan waktu kotor nak ziarah kubur.Cuma kaum wanita ...


Cuma kaum wanita tak digalakkan menziarahi kubur.


ada hadis atau ayat quran nak support? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 21-6-2005 07:48 PM:
Nak sedekah fatihah,yassin, doa etc tak perlu ke kubur..kat rumah, dalam kereta, dalam restoran, sebelum tengok berita TV3, etc semua boleh... cuma mungkin nak impact tu lebih sket, pergilah ke  ...


Assalamualaikum,

Sebab tu masjid hendaklah di bina di atas bukit supaya mudah dilihat dan mengingatkan kita untuk beribadat...........
Perkuburan pula di bina di tepi jalan supaya senantiasa mengingatkan kita kepada kematian.........

Berbeza dengan keadaan kini..... Masjid di bina ditempat lebih rendah dari tempat ibadah agama lain manakala perkuburan pula di bina di tempat yang tersembunyi sehingga sukar untuk ditemui........ (sesetengah tempat sahaja).

Wallahualam.........
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 12:09 PM | Show all posts
Salam,

Larangan yg bersangkutan dgn kubur:

- menembok kubur
- Duduk di atas kubur
- Membuat rumah di atas kubur
- membuat tulisan2 di atas kyubur
- Menjadikan perkuburan sbg masjid

Sabda Nabi saw,

Dr Jabir: "Rasulullah saw tlh melarang menembok kubur, duduk di atasnya dan membuat rumah di atasnya"

(Ahmad & Muslim)

Pd riwayat Nasai: "Rasulullah saw tlh melarang membuat rumah di atas kubur dan membuat tulisan di atasnya".

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 12:26 PM | Show all posts
Menziarahi kubur disunatkan bg lelaki, dan makruh bg perempuan.  

Krn tabiat perempuan lemah hati, lekas susah hati, ditakuti akan mencucurkan air mata dan akan berkeluh kesah, berdukacita sehingga lupa pd kekuasaan Allah swt.

Dr Buraidah, Sabda Nabi saw,

"Dahulu aku tlh melarang kamu berziarah ke kubur, sekarang Muhammad tlh mendapat izin berziarah ke kubur ibunya, maka ziarahlah kamu, krn sesungguhnya ziarah itu mengingatkan akhirat"
(Muslim, Abu Daud & Tirmidzi)

Dr Abu Hurairah, Sabda nabi saw,

" Sesungguhnya Rasulullah saw tlh mengutuk perempuan2 yg ziarah ke kubur"
(Ahmad, Ibnu Majah & Tirmidzi)

Disunatkan bg org yg menziarahi kubur memberi salam kpd ahli kubur dan mendoakan mereka.

Dr Sulaiman b Buraidah, dr bapanya, sabda Nabi saw, Rasullullah saw mengajari mereka ketika mereka akan pergi ke kubur, supaya mengatakan, "Mudah2an selamatlah dan sejahteralah org mukminin dan Muslimin yg di sini, mudah2an kami akan menyusul kamu; kami mohonkan kpd Allah supaya kami dan kamu mendpt keselamatan"
(Muslim & Ahmad)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 06:05 PM | Show all posts
erm....kalo anda nak tahu..pusat islam tuh dulunya kubur kristian..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2005 07:21 PM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 22-6-2005 03:35 AM:
batang kayu idup tu cam batang kayu yang akhirnya jadik pokok ka?  contoh cam batang kayu ubi tu ka? aku rasa kalo buat lagu tuh supaya jadik pokok sebenonya nak buat tempat teduh je kut..esp sapa2 mai baca quran tepi kubur tuh kut.

rumput rampai yang idup melata merata atas kubur tuh..sama gak ringan seksa mati dalam kubur tu tak? walo rumput tu tadak batang laaa tapi kita cabut seme rumput tu kalo mai kubur raya pose ke raya aji kan? kalo wat lagu tu cabut rumput2 yang idup tu makin lagik seksa la si mati..lojik tak? ciannn kan?


PakMalau rasa batang kayu yg masih hidup (fresh lagi) dan senang dipacak, OK, tak kisahlah jenis apa (macam daun kurma yg masih hijau) boleh je.. ikut macam hadis di bawah. Daun kurma (selagi fresh) pun boleh ringankan seksa simati, takan doa org Islam takleh kut.

Pastu jangan le lepas kencing main pakai jentik2 je (yg lelaki le), basuh sket.. besar siksanya tu..

===============
Bukhari, Volume 1, Book 4, Number 215:

    Narrated Ibn 'Abbas:

    Once the Prophet, while passing through one of the grave-yards of Medina or Mecca heard the voices of two persons who were being tortured in their graves. The Prophet said, "These two persons are being tortured not for a major sin (to avoid)." The Prophet then added, "Yes! (they are being tortured for a major sin). Indeed, one of them never saved himself from being soiled with his urine while the other used to go about with calumnies (to make enmiy between friends). The Prophet then asked for a green leaf of a date-palm tree, broke it into two pieces and put one on each grave. On being asked why he had done so, he replied, "I hope that their torture might be lessened, till these get dried."
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 10:42 AM | Show all posts
bagaiamana pula yg mandi di atas kubur untuk menghilangkan kerinduan yg amat sangat pada si mati seperti para isteri (golongan yg berusia) yg terlampau merindui suami dan tidak blh menerima hakikat. apakah hukumnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2007 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by calenderbiru at 18-5-2007 10:42
bagaiamana pula yg mandi di atas kubur untuk menghilangkan kerinduan yg amat sangat pada si mati seperti para isteri (golongan yg berusia) yg terlampau merindui suami dan tidak blh menerima hakik ...


MANDI? ADA PERNAH JUMPA KE?  TAK PERNAH DENGAR NIH...BOLEH BAGI LOKASI YG ORG MANDI ATAS KUBUR?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2007 10:42 AM | Show all posts

Reply #6 PakMalau's post

Nak sedekah fatihah,yassin, doa etc tak perlu ke kubur..kat rumah, dalam kereta, dalam restoran, sebelum tengok berita TV3, etc semua boleh... cuma mungkin nak impact tu lebih sket, pergilah ke kubur (boleh ingat mati)... baca doa, baca fatihah, kalau rajin buatlah solat sunat hadiah sedekahkan kpd si mati... tapi jangan solat menghadap kubur lak...


sedekah amalan seperti solat, bacaan quran dll adalah tidak tsabit dari nas yg qath'i sama sekali.. samada dilakukan dirumah, semasa perjalanan atau dikuburan semuanya tidak akan sampai pahalanya kepada si mati..

kecuali doa.. ia memang digalakkan dan boleh diamalkan.. bukan sedekah..

p/s : doa dan sedekah pahala adalah dua perkara yg berlainan..

nak balik tanamkan batang kayu hidup kat atas kubur supaya boleh meringan seksa kpd simati ... kalau batang kayu hidup pun dapat meringankan siksa si mati.. takkan doa dan hadiah org hidup tak sampai dan membantu si mati??? Seolah-olah kayu lebih baik dari manusia lak.


yg ini pun sebenarnya sudah lama dibincangkan..

tetapi saya tetap mahu bertanya, andai anda mengatakan bahawa batang kayu, pokok, ranting dsb boleh meringankan siksaan si mati, bawakan bukti bahawa ianya benar-benar berfungsi sedemikian.
dan mengapa pula tidak nabi saw menanam batang kayu keatas qubur sahabat-sahabat baginda yg lain kecuali 2 orang ini sahaja? apa nabi saw tidak mahu meringankan siksa sahabat yg lain? atau mereka memang sudah tidak punya dosa langsung? seperti maksum pula nampaknya..

cukup yg ini dahulu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2007 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by calenderbiru at 18-5-2007 10:42 AM
bagaiamana pula yg mandi di atas kubur untuk menghilangkan kerinduan yg amat sangat pada si mati seperti para isteri (golongan yg berusia) yg terlampau merindui suami dan tidak blh menerima hakik ...


kenapa dia tidak terus gali kubur suaminya dan tinggal bersama didalam kubur yaa..? barulah terpadam kerinduan..

mandi adalah tidak dibenarkan dan tidak boleh dilakukan.. apa yg tidak dilakukan nabi saw dan para sahabat, jauhilah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 10:18 AM | Show all posts
ini sy petik dr jwpn al-ahkam.net mengenai isu duduk di atas kubur.....

al-Jawab:

Anda keliru kerana ingin mencari pendapat yang paling rajih dalam permasalahan yang diperselisihkan, yakni seputar duduk di kuburan. Dalam permasalahan khilafiah, kita tidak dapat menemukan pihak-pihak yang berselisih sebab kita disatukan di atas Fiqh Ikhtilaf (yakni Islam membenarkan perselisihan dalam perkara-perkara begini), antaranya bila terdapat nas-nasnya yang saling berlawanan.

Imam alMuhaddith al-Albani membuat rumusan yang paling adil dalam kitabnya yang monumental, Ahkam al-Janaiz wa Bid'ihaa.

Maksud hadith al-Barra' bin Azib yang anda nukilkan di atas bermaksud duduk-duduk di sekeliling kubur ketika jenazah dikebumikan, di mana Nabi saw akan memberi nasihat kepada yang hadhir dan menyuruh mereka supaya berdo'a. Oleh kerana proses pengkebumian ini memakan sedikit masa, maka ketika itu dibolehkah duduk sekitar pengkebumian yang sedang berjalan.

Manakala larangan duduk di atas kubur dan bersandar pada nisannya adalah ketika seseorang berziarah kubur. al-Albani adalah antara fuqaha' yang mengharamkan perbuatan duduk di atas kuburan ini, manakala Imam Syafi'iy mentafsir larangan itu menyamai hukum MAKRUH sahaja bukan haram. Ini adalah ijtihad Imam Syafi'iy dan ketinggian ilmu beliau dalam mentarjih dan menghimpun semua nas. Dalam fiqh Syafi'iy, apa jua larangan yang tidak ada dalam al-Qur:an dan yang ada hanya larangan hadith yang bersimpang siur antara yang memboleh dan membenarkan, maka bila tiba keadaan begini, maka beliau akan menghukum sbg makruh bukan haram.

Saya melihat amalan duduk di atas kubur ini sebagai etika atau adab. kita mengandaikan petak kubur itu ada penghuni dibawahnya, walaupun ia sudah reput. Jika di atas dunia, jika ada sekujur badan manusia, kita menghormati tubuh itu dan tidak sekali-kali duduk di atasnya atau melangkahnya. Maka begitulah ajaran Nabi kita supaya kita menghormati manusia walaupun dia sudah berada di dalam petak kubur. Kita elakkan melangkah petak2 kubur atau menghamparkan hamparan atas mana-mana kubur dan duduk di atasnya. Jika kita lihat ada ruang antara kubur A dan kubur B, maka ketika itu tidak ada salahnya kita duduk.

Kita kena faham maksud, di larang duduk di atas kubur bukan bermakna dilarang duduk di tanah perkuburan, tapi duduk di atas petak kubur secara sepecifik. Di Malaysia, kebanyakan tanah perkuburan, kita dapati setiap kubur selalunya ada cepuri (bahasa kelantan) atau dinding konrit yang kukuh memagar petak kubur. selalunya orang yang menghadiri pengkebumian akan duduk di atas bingkai konkrit ini dan bukannya di atas kubur. Manakalah kubur di tanah Arab Saudi, binaan konkrit itu diharamkan, maka agak sukar meneka mana satu petak kubur.

Masalah duduk atas kubur ini berlaku kerana tanah perkuburan umat Islam tidak disusun seperti tanah kubur di negara Barat, di mana, kubur2 itu akan di susun dengan begitu cantik, ada lorong berjalan kaki dan amat sukar bagi orang mengijak kubur atau duduk di atasnya. Kalaulah kubur2 orang Islam ditadbir dengan sistematik begitu, maka isu menginjak dan duduk di atas kubur tidak akan berlaku. ini kerana kubur orang Islam tidak ditadbir urus dgn sistematik, maka orang gali dan kebumi ikut suka dia aje.

Rumusan: tiada jawapan konkrit bagaimana menemukan ulama dalam isu khilafiah. Kita disarankan memiliki Fiqh Ikhtilaf, berlapang dada dalam isu2 yg diperselisihkan. Isu duduk di atas kubur diperselisihkan kerana ujudnya nas-nas hadith yg berlawanan dan tidak jelasnya apakah maksud larangan RasuluLlah saw itu. Ini terbukti bahawa Imam Malik sendiri sebagai Imam darul Hijrah atau Imam fuqaha' Madinah, melihat larangan Nabi saw itu sbg buang air di tanah perkuburan. Ini kerana orang Arab memang ada budaya suka buang air di tanah perkuburan.

sekian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.071850 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list