...............naperlah yer orang kenit ni rata2 dikaitkan
dgn aktivity pengumpulan logam berharga & melombong mineral, & harta karun...........
sya_sugar_sugar Post at 30-1-2007 23:57
DWARF yg citer dalam movie LOTR tu kate diaorg ni pelombong yg hebat..
tapi bukan lombong emas or perak.. tapi MITHRIL..
banyak eks urban legend yg kaitkan org kenit, leprachaun n dwarf ni dgn sifat suka melombong..
diaorg ni jenis suka barangan berharga..
yg dalam LOTR tu, aku tengok macam banyak maksud tersirat jer..
Org kenit..? Mcm ada 2 pengertian la klu sebut org kenit ni... 1 lagi pengertian ialah org kenit yg BETUL2 kenit aka kecik... yg mcm dlm cite Gulliver's Travel tu... tpi org kenit dlm thread ni kira besar la.. dulu2 ada org penah cite, pacik dia tentera, gi buat operasi dlm hutan pahang.. sekali sampai kat 1 air terjun, nampak khemah kecik sgt... saiz lbh krg mcm klu buat khemah dari daun terup tu... misteri gak...
Sampai akhir tahun 1990-a ...
sya_sugar_sugar Post at 30-1-2007 22:34
kire manusia sume kaki pow org kenit la ek wakaka
agak2 nape dorg melombong emas ngan bijih bagai kalo setakat dorg hidup memencilkan diri kan utan. any idea?
Dulu saya ada ketawakan seorang anggota komando yang mendapat tugasan menjaga satu kawasan hutan di Melaka.
" Kau jaga apa, bukan ada fasiliti tentera pun kat situ, " kata saya.
" Aku jaga kerajaan orang kenit, " kata kawan saya itu.
Maka berderailah, berdekah-dekah saya ketawakan dia, apa punya komandolah jaga SMURF.
Maka satu hari semasa pameran LIMA tahun 2008 (kalau tidak silap saya), saya berada di Langkawi dan duduk dengan contact-contact saya pekena laksa.
" Tuan tahu tak, di Langkawi ini adalah orang kenit, gajah kenit," kata contact saya.
Nak termuntah laksa dalam perut apabila dia cakap macam itu kerana sama dengan kenyataan kawan saya yang komando itu. Sejak hari itu saya memberi tumpuan yang serius dan mengorek mengenai rahsia kewujudan alam orang kenit ini dari sumber-sumber tentera.
Seorang kolonel tentera yang saya kenal memberitahu,"Kami memang memantau pergerakkan masyarakat mereka. asalnya dari Wang Kelian dan bergerak secara nomad tapi ada yang berkerajaan".
"Kalau masa operasi dalam hutan, mereka ini akan membuat urus tukaran barang dengan askar-askar kita, biasanya mohon diberi tembakau," kata pegawai tersebut.
"Yang kami pantau adalah corak pakaian mereka dan pergerakkan pemindahan masyarakat mereka yang hampir tidak dapat dikesan".
Orang-orangnya kecil sahaja, paling tinggi lutut manusia dan biasanya atas sedikit dari buku lali manusia biasa," katanya.
Yang membuat maklumat dari pegawai tentera dan kajian saya amat kontradik adalah, sumber saya dari Johor yang pernah terserempak dengan orang kenit ini, memberitahu bahawa, salah satu yang dia jumpa memakai baju kuning macam Flying Suit.
Ini menunjukkan mereka ini mungkin ada satu macam perusahaan/jentera.
Yang menimbulkan persoalan saya adalah, selain dari orang kenit, kenapa haiwan-haiwan di alam itu seperti gajah pun kenit, adakah mereka ini manusia atau kaum jin?
Saya telah pun memperolehi gambar dari pihak tentera berkenaan seekor gajah berbentuk dan berbulu seperti MAMMOTH, sebesar tapak tangan dengan gading yang amat panjang.
Saya bagaimanapun tidak dapat berkongsi gambar tersebut dengan anda semua di dalam ini kerana sudah mengikat janji dengan pihak tentera.
Unless, kalau minum-minum dekat luar, Insya Allah, saya akan tunjukkan....SEKIAN, open for discussion tonite.
Kt opis ni ada staf yg biasa berkhemah di pantai Rompin, Pahang. Dia pernah nampak awang kenit ni...tp bila dia perasan ada manusia tengok dia..berdesup dia lari..masuk semak terus hilang. Esok hendap Nampak lagi..tp bila dtg dekat..dia lari masuk semak terus hilang.