CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Daulat Raja, Betul atau Mitos?

[Copy link]
Post time 13-3-2009 08:58 AM | Show all posts
daulat raja bergantung pada pendampingnya kan?

yg aku dengar raja-raja ni ada jin yang mengikut dorang... yg jaga harta pusaka, alat kebesaran, keluarga dan sebagainya...

dulu-dulu tok saya ada cerita salah seorang sultan di johor timba air perigi dengan bakul rotan tanpa airnya menitis...

ada juga cerita dari orang lama... zaman pembinaan tambak johor, sultan ibrahim menggunakan tongkatnya ~ dia ketuk tongkat tu pada tambak tu (sebab tambak tu dibina tak lurus) kemudian jadi tegak balik...

itu cerita orang lama la... tatau kebenarannya sejauh mana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 11:26 AM | Show all posts

Reply #262 nazurah's post

Fuyoo... pakai pendamping... betul ke jin? atau syaitan? rugi la kalo syaitan tak ambik kesempatan atas org buta agama yg diberi kuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 01:44 PM | Show all posts
Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.

Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka. Konsep derkaha berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.

Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.

Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah 慸irampas
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 06:03 PM | Show all posts
penah dngar citer sorang bks pekerja istana terengganu..die kata satu kali tuh dia baru abis bersihkan singgahsana n saja ssuke hati die gi duduk atas krusi soltan koz tadok ssapo nampok perbuatan die masa tuh..
ttiba lps tuh die muntah darah & tk sembuh walaupun dh jumpa bomoh..akhirnya die mngaku pi dok ats kusi raja n tok moh ckp kna soltan sndiri buat air jampi..soltan pun baca kumat kamit lps tu bg minum air & pakcik ni pun sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 10:48 PM | Show all posts
syirik benda ni. org buduh je pecaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 12:32 AM | Show all posts
ni la terer nye raja2 melayu dolu2...leh temberang satu negeri..tp itu cara n pendekatan dorg nk bagi rakyat dengar n ikut ckp dorg..

tp silap org dulu2 la..ngn pokok tkut...ngn antu tkut..ngn org tkut..sume tkut..ape da..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2011 12:28 PM | Show all posts
dulu2 sapa yang kuat dialah yang jadik ketua, tak kesah la kuat zahir ke kuat batin ke asalkan kuat akan dihormati dan jadik pemimpin. cuma mmg zaman dulu2 raja2 nie ada pendamping jin2 yang jaga takhta, alat kebesaran dan lain2.. saka pong ada jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 06:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by sahamboi at 16-11-2011 18:52

setahu aku, tiada daulat melainkan sihir... Mukjizat perkara diluar batasan akal fikiran yang dikurniakan kepada para Rasul dan Nabi, karamah hanya untuk wali Allah, dan orang2 yang Soleh & Solehah... Manakala sihir adalah untuk org2 yang menggunakan pawang, bomoh, tukang sihir...

Kalau seorang raja itu seorang yang Soleh maka dipanggilnya Karamah, manakala untuk raja yg suka guna pawang dan bomoh di panggil sihir...
Lagi satu apelah gunanya seorang sultan dan raja apabila tunduk pada benggali dan orang putih sampaikan hasil bumi dikaut oleh penjajah, hinggakan kesannya dirasakan sehingga ke anak cucu hinggakan 54 tahun lepas merdeka masih lagi kena tunduk kpd bekas Tuan kepada almarhum Sultan dan Raja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2011 10:52 PM | Show all posts
mana ada daulah raja-raja ni semua, dia manusia sama macam orang lain jugak...
depa guna banyak jin sihir untuk menakutkan rakyat supaya tidak memberontak... itu pasal semua ada pawang di raja, ada ahlil nujum di raja...

dulu-dulu kalau curi petik bunga istana sekuntum balik rumah macam2 gangguan yang datang... semua kerja setan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 11:09 PM | Show all posts
Reply 269# kupia

kerja setan...setuju!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 10:29 AM | Show all posts
aku sangat setuju dengan forumer Thamrong "daulat" hanyalah mitos semata-mata
ini diperkuatkan lagi dengan kuliah tafsir surah "Al Jinn" ayat kedua terakhir yang aku hadiri baru-baru nie so antara yg diperjelaskan adalah Allah hanya beri mukjimat HANYA pada para Nabi-nabinya sahaja adapon kalo seseorang itu mempunyai keistimewaan itu hanyalah kerana amalannya mcm yg Thamrong cakap tuh para sufi,wali etc dan kebetulan Allah memakbulkan doanya berikutan amalannya zikir,doa etc. Bayangkan Nabi Muhammad pun cedera kaki,patah gigi sewaktu berperang walhal kalo adanya ilmu kebal maka Nabi lah org pertama yg mengajarkannya kepada org lain,so ini Allah nak tunjuk kepada manusia ketika itu Nabi juga hanyalah manusia biasa.

thanks to Thamrong penjelasan ko bagus sekali dapat membuka minda
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 10:43 AM | Show all posts
Mukjizat sorry salah ejaan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 06:10 PM | Show all posts
Daulat atau Daulah
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 10:52 PM | Show all posts
Assalam semua. Tentang Daulat ni la pada pandangan aku begini. (Kalau salah jangan kondem ek...) Daulat tu sebenarnya doa-doa dari orang alim2 yang dipanjatkan pada Allah dan dimakbulkan dengan cepat dari orang-orang yang kurang2 nie. Itulah sedikit keistimewaan yang Allah berikan kepada hambanya. Dan disebabkan keistimewaan yang dilihat oleh mata kasar pada hambaNya lain, maka orang ini dihormati dan dipercyai untuk mentadbir kawasan serta diangkat sebagai ketua untuk sesuatu daerah. Perkataan "Raja" bermaksud ketua panggilan yang dibuat oleh orang-orang dulu.

Pada pendapat dan pandangan dari orang-orang kampung keistimewaan yang ada pada Raja tadi dapat diteruskan dengan generasi yang akan datang dan dengan menyambung warisan maka keistimewaan yang ada itu tidak hilang. Namum semua ini bukanlah boleh diwarisi sebab selagi mengikut arus masa beredar, keistimewaan yang ada akan pudar disebabkan bercampur aduk dengan godaan dunia. Yang tak hilang cuma panggilan "Raja" tu jer. Keistimewaan "Daulat" tu sendiri makin berkurangan. Tetapi dalam aliran keturunan itu juga, ada salah seorang dari  mereka yang akan dapat keistimewaan ini.Bergantung kepada kehendak ALLAH juga.

Ini bukanlah Mitos. Mukjizat hanya kepada para Nabi. Sementara pada hamba-hamba yang dipilih oleh ALLAH, diberi sedikit keistimewaan. Cuma dugaan itu kekadang manusia cepat jadi bongkak dan dicampur adukkan dengan kerja-kerja sampingan lain...pastu main serah2 pada keturunan..lelama jadilah "SAKA" singakatan dari perkataan "PUSAKA"... orang kalau tak ada ggi susah nak sebut perkataan "PU"..yang boleh sebut perkataan "SAKA" jer....hu hu hu....

KAROMAH tu rasanya perkataan Indonesia kalau tak silap....yang lebih kurang ertinya mempunyai "keistimewaan / Keberkatan"..Biasanya dulu diaorang akan pergi ke kubur2 orang alim nie sebab diaorang kata ada Karomah....mungkin betul, mungkin tidak...

Minta maaf ek, kalau salah tafsir.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 05:34 PM | Show all posts
thamrong replied at 25-11-2006 10:53 AM
Sememang nya dari dulu kita sering mendengar cerita yang enak-enak saja dari kesultanan Melayu. Ceri ...


Fakta paling penting di Tanah Melayu ini, bangsa Melayu ini menganut agama Islam mengikut Sultannya.

INILAH jasa paling besar kesultanan Melayu. Apakah 'anugerah' yang diberikan oleh Allah kepada Sultan Melayu ini sehinggakan kita bangsa melayu menjadi Islam sehingga hari ini...?

Allah berfirman di dalam surah ALi Imran 26.

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaankepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkaukehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orangyang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. SesungguhnyaEngkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
JIKA tidak kerana faktor ini , kemungkinan kita masih tidak beragama lagi (anismisme) dan mungkin jadi seperti  di Indonesia (liberal) dan Filipina (Kristian).

Malahan bangsa Arab pun masih tidak sepenuhnya beragama Islam di tanah Arab.

Kemungkinan kita seronok mendengar cerita "enak masa lalu" tentang keburukan Sultan daripada Munshi Abdulah yang bukan keturunan Melayu (India Muslim). Tapi kita buta mata melihat ribuan masjid-masjid sultan untuk umat melayu islam di tanah melayu ini.

Kita lupa Maharaja Cina yang "hebat" mengerahkan ratusan ribuan rakyatnya mati untuk membina Tembok Besar Cina tetapi gagal mendapat hidayah untuk masuk Islam dan mngIslamkan meski seorang rakyatnya.

JIka kita mendapat seorang Ibu Bapa yang tidak baik atau buruk ahlaknya, adakah layak kita menderhaka kepada ibubapa kita.? Layakkah kita masuk syurga jika derhaka kepada ibubapa kita yang tidak sempurna akhlaknya?

Tidakkah Allah telah menetapkan pangkat darjat seseorang menjadi ibu, guru, dan tentu sekali seorang raja kepada kita semua ?

JIka kita main langgar hukum semua manusia sama, makanya kita jadilah seperti Yahudi...Nabi pun mereka bunuh...

Kita tidak menafikan kelebihan Raja seperti Nabi Sulaiman yang dapat memerintah alam dunia dan jin. Cuma kaum Yahudi sahaja yang memperlekehkan kelebihan Raja Sulaiman saat baginda mangkat...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047661 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list