CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katakpuruz

[MergedMisteri laut, sungai, tasik dan lombong~by katak & Jodo

[Copy link]
Post time 25-1-2013 04:57 PM | Show all posts
kisah pakcik aku yang sememangnya kaki pancing tegar.. dia sebenarnya takde cerita sangat psl hal mistik ni.. yg ni aku tau pun sebab terdengar dia bercerita dgn kawan dia yang kebetulan datang bersembang di umah tok aku.. dia xde pun sebut secara detail kejadian tu tapi based on apa yang aku dengar, aku dapat simpulkan kisah ni terjadi kepada 1 group pemancing yang baru nak mencuba memancing di tengah laut.. diorang sewa 1 bot dan bertolak dari langkawi ke tengah laut.. time tu malam.. bila dah sampai lubuk ikan yang dibawa oleh tekong, diorg start memancing.. masing2 seronok sebab dapat banyak ikan.. tapi ada yang mulut celupar, cakap besar.. pakcik aku takde la ulang ayat diorang tu tapi ceritanya tak lama lepas tu, tetiba aje air kat bot diorg berpusar.. kemudian keluar 1 makhluk hitam yang besar dan mengaum (menjerit? meraung?) ke arah bot diorg.. tekong tu cepat2 beredar dari situ sambil berleter kat pemancing yang mulut celupar tu.. katanya (ayat lebih kurang) - 'kalo kat tgh laut, mulut tu kena jaga.. jgn sedap mulut ja nak cakap apa.. tu nasib baik bukan 'gajah' yang keluar.. kalo 'gajah' yang keluar jenuh kita kena hambat'.. sampai sekarang aku tak tau apa yg dia maksudkan dgn 'gajah' tu tp yg pastinya bukan gajah atas darat ni la kan..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2013 08:05 AM | Show all posts
ayucoco posted on 24-1-2013 01:55 PM
banyak betul info awk tentang tasik chini tu..
awk org chini brape ek????hehe
tp tasik tu mmg dh ...

hehehe..saya orang chini 1. Memang tasik chini ni port mancing saya dulu, cari toman, baung dll...so, banyak cerita dapat didengar oleh boatman kt situ, dan juga kaki pancing yg selalu mancing kt tasik tu..

Hehehehe..tu la, tasik chini dah tak secantik dulu, pada saya, trademark tasik chini adalah airnya mesti berwarna hitam (air paya), bukan coklat mcm sekarang ni (dah bercampur air sungai pahang)..in fact, tasik chini ni dah dicemari dgn satu lumut yg kita panggil lumut apa ntah..

Hmmm..sejak dok luar chini ni, jarang dah saya pi tasik chini..



Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 01:11 PM | Show all posts
haji_one posted on 23-1-2013 08:58 AM
Sambung cerita bab ular kt tasik chini ni.

kalau difikirkan balik, tasik chini dan sedaranya tasi ...

teringat plak kt citer anakonda tu.....ular besor berlegar2 dlm air....

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 01:29 PM | Show all posts
edoraixora posted on 29-1-2013 01:11 PM
teringat plak kt citer anakonda tu.....ular besor berlegar2 dlm air....

hehehe..tu la..rasanya lagi besar dr anakonda, kalau ikut citer orang..ukur lilit dia dah sebesar tong drum.

Tapi bila difikirkan balik, ular sebesar tu, mestilah makanan dia bersaiz  besar i.e lembu ke, babi hutan ke, kera ke..tapi takdak plak dengar haiwan ternakan penduduk hilang ke apa ke..so far takdak plak ancaman pelancong kena mati atau hilang kt tasik tu..ntah la..

Kalau ular tu dah mati, tentulah bangkai dia akan timbul dan membusuk..so, akan tinggalkan jejak utk orang kesan.

So, kewujudan ular tu masih boleh dipertikaikan lagi..mungkin ada, munkin takdak..tapi saya tak boleh bayangkan ular yg sebesar tong drum, kira2 sepanjang satu bas ekspress yang disambung 3 biji kereta bergerak kat dasar tasik dan kita plak boleh senang lenang bermain kayak, mancing atas bot mahupun lepak kt tepi tasik..



Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 10:07 AM | Show all posts
haji_one posted on 29-1-2013 08:05 AM
hehehe..saya orang chini 1. Memang tasik chini ni port mancing saya dulu, cari toman, baung dll... ...

oo..org chini jugak rupanya..hehe
tasik mmg da semakin kurang da keindahannya,, nak nak sekarang ni banyk aktiviti perlombongan dengan pembalakan..
dah gondol dah bukit bukit kawasan situ..

saya paling kurang sekali seminggu mesti pergi tasik sebab ada kawan dekat situ..pernah jugak tanya dia tentang pencemaran tasik tu,, tapi dia cakap dia pun tak boleh buat apa apa dah..lagi pun yang uruskan tasik tu abang dia..abang dia bukan nak dengar apa yang dia cakap pun.

sedih je tengok tasik dah jadi camtu,, tapi view tasik tu kalau dari restoren tu lepas hujan masih lagi cantik..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 09:14 AM | Show all posts
ayucoco posted on 9-2-2013 10:07 AM
oo..org chini jugak rupanya..hehe
tasik mmg da semakin kurang da keindahannya,, nak nak sekarang  ...

tu la..yg paling saya perasan bab tasik chini ni, adalah warna airnya..dulu warna air tasik tu hitam/hijau gelap..tapi sekarang mcm air sungai pahang..mcm teh susu..terus bertukar landskap tasik chini tu..hehehe..tapi betul la, rasanya dah boleh nampak ada bukit gondol kt tasik tu..bila hujan, air tanah dr bukit gondol tu terus je masuk dlm tasik..

Hmmm...dengan keadaan sekarang ni, taktau la apa akan jadi dgn tasik chini tu..gamaknya naga @ ular besar dlm tasik pun nak kena pindah dah sebab tak aman dok kt situ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.066128 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list