View: 5238|Reply: 17
|
Penyanyi-penyanyi yg berjaya dengan menghantar demo tape
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum semua!:hatdown:
Sham nak bukak satu topik ni..rasanya belum lagi dibincangkan dalam forum kita yang tercinta ini..hee..hee..
Kalau boleh you all senaraikan artis-artis yang you all tahu berjaya menjadi penyanyi dengan menhantar cd /cassette demo ke syarikat rakaman2..bersama dengan lagu-lagu yg dinyanyikan.....
Ok..Sham bermula dengan Saidatul Erma...dia berjaya mendapat tempat di syarikat rakaman SRC setelah demo tape yg dhantar mencuri perhatian syarikat rakaman itu.
(Petikan dari Utusan)----Saidatul Erma bercita-cita menjadi penyanyi sejak kecil. Awal tahun ini, dia memberanikan diri menghantar demo tape kepada syarikat rakaman Suria Records. Menerusi demo tape itu, Erma memperdengarkan suaranya melalui lagu-lagu Cinta dan Asmara (dipopularkan oleh Novia Kolapaking) dan Usah Diragui (Siti Nurhaliza).
Beberapa bulan selepas itu, dia dipanggil menjalani uji bakat. Begitu pantas nasibnya berubah. Seminggu selepas uji bakat, dia tawarkan menjadi artis rakaman.
``Masih Erma ingat, Erma bawakan lagu Cinta, Asmara dan Usah Diragui dalam sesi uji bakat itu dan nasib baik Erma berjaya,'' katanya.
Sepantas masa berlari, demikian juga dengan peluang untuk Erma mula membina nama.
Tidak lama selepas diuji bakat, Erma mendapat khabar gembira bahawa SRC sudi menaunginya sebagai artis rakaman.
Selain itu Farah dhiya lak...menyanyikan lagu How Do I Live (Trisha Yearwood) dan Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak) untuk diperdengarkan kepada pihak NAR Records.
kata Farah Dhiya,, kelainan vokal yang ditonjolkan dalam demo tape tersebut menarik perhatian NAR Records untuk mengambilnya menjadi artis rakaman.
Aduh.........senangnya mereka jadi penyanyi...berjaya akhirnya impian mereka...itulah dikatakan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada siapa yg tahu...memang mereka berbakat...:tq: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penyanyi yg berjaya jadi artis rakaman sebab ada sedara...hahaha...tapi actually nyanyi cam hampess...hahahaha
Tomok - ada kaitan ngan Zul 2 By 2......adik ipar kot
Jeslina Hashim - ada kaitan ngan Azmeer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 27-12-2006 02:51 PM
Penyanyi yg berjaya jadi artis rakaman sebab ada sedara...hahaha...tapi actually nyanyi cam hampess...hahahaha
Tomok - ada kaitan ngan Zul 2 By 2......adik ipar kot
Jeslina Hashim - ada kai ...
eeeemmm.....
jeslina hashim tuh ada kaitan camner ngan azmeer colby.....bior betul :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 mekjena's post
kan azmeer yg ciptakan lagu ku intai cinta dalam rahsia utk jeslina hashim 2..pastu siap produce utk 2nd
album tp x menjadi sgt..kiranya lagu ku intai cinta tu la yg plg berjaya dlm karier nyanyian jeslina nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cyclops_psycho at 27-12-2006 03:25 PM
kan azmeer yg ciptakan lagu ku intai cinta dalam rahsia utk jeslina hashim 2..pastu siap produce utk 2nd
album tp x menjadi sgt..kiranya lagu ku intai cinta tu la yg plg berjaya dlm karier nyanyi ...
ooooooo gitu :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Tetapi kalau kita nak bincangkan artis2 kita yg menghantar demo tape ke syarikat rakaman tapi tak berjaya ..memang ramaiii.....................walaupun ada suara,gaya dan rupa..
antaranya Farah dan Azam Malaysian Idol 2...hantar demo tape tapi tiada maklumbalas positif..
Kenal kumpulan Pop Shuvit? Hari tu sham called PR warner music : en. Mokhtaza Ahmad...dia kata Pop Shuvit ada hantar demo tape kat Warner music tapi gagal /tidak berjaya menarik perhatian syarikat rakaman itu...hairannya.........katanya belum ada setakat ini yg menghantar demo berjaya diujibakat...(selain artis2 yg ada dlm warner)....ketat sungguh penilaian En. Mokhtaza ni ya? Sekrg ni Pop Shuvit rakam album dengan syarikat rakaman lain...x tau apa lak syarikat tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
xkenal sape2 pon..
tp skang ni xyah anta demo tape dah, masok jer realiti tibi... |
|
|
|
|
|
|
|
spider aku dengar pun hantar demo diaorang kat m.nasr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fairytale at 27-12-2006 05:45 PM
xkenal sape2 pon..
tp skang ni xyah anta demo tape dah, masok jer realiti tibi...
Perlu juga yang,
Ini adalah salah satu cara untuk menjadi penyanyi rakaman....peserta peserta realiti tv pun kalau xder album kena hantar demo gak kat syarikat rakaman sebagai syarat..
begitu juga penyanyi yg dah xder syarikat rakaman dan ingin mencari syarikat rakamn baru... |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak dpt jenis artis yang antar demo tape
aku tgk dalam drama ke hapa ke.. demo tape org hantar dorang main campak tepi aje
keji betul |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 sinnerz's post
spider ni audition terus depan m.nasir...
komen m.nasir - tahap korang ni main untuk kenduri kawin jela
ironinye several weeks pastu m.nasir panggil buat recording...
although lagu2 album 1st spider semua best tapi tak dapat sambutan sebab muzik diorang 'melampaui' zaman
3 tahun pastu baru muzik diorang diterima |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 27-12-2006 09:43 PM
spider ni audition terus depan m.nasir...
komen m.nasir - tahap korang ni main untuk kenduri kawin jela
ironinye several weeks pastu m.nasir panggil buat recording...
although lagu2 album 1st sp ...
Yang ini lak..kumpulan the quest....anak didik M.nASIR....tak pernah dengar lak....
DI SAAT zaman kegemilangan boys band (artis lelaki berkumpulan) sudah pun berada di penghujungnya, M. Nasir melahirkan Quest, sebuah kumpulan vokal berharmoni lelaki - Raheel, Irwandi, Zenn dan Aie'Z.
Kata sifu itu, empat anak muda ini berpotensi dan mampu melangkah jauh dalam bidang seni suara tempatan sekalipun kecenderungan dan minat masing-masing terhadap muzik berbeza. Raheel cenderung ke arah R&B, Irwandi (broadway), Zenn (etnik) dan Aie'Z (rock).
``Mereka boleh menyanyi. Jadi mengapa mesti kita sia-siakan bakat mereka'' katanya sewaktu bersantai dengan Mega di studio rakaman Ronggeng, miliknya sambil memerhati anggota kumpulan tersebut menyudahkan pembikinan rakaman lagu Cintakan Temui Jalannya.
Lagu tersebut merupakan lagu terakhir yang dirakam oleh Quest untuk dimuatkan dalam album sulung mereka yang dijangka dipasarkan penghujung Julai ini.
Lagu ciptaan dan lirik oleh M. Nasir itu juga bakal menjadi taruhan kepada Quest untuk memperkenalkan diri dalam industri muzik tempatan.
Nyata pendirian M. Nasir terhadap konsep pop Quest begitu jelas.
``Kita tak mahu terikat dengan pasaran urban. Kita buat album yang orang boleh terima.
``Lagu kalau sedap, sedaplah. Kalau tak sedap, tak sedaplah (didengar) walau apa konsep yang dibawa,'' katanya.
Komen anggota Quest
``Mula-mula bekerja dengan M.Nasir memang seram. Kita orang masuk studio rakaman dengan macam-macam rasa. Memang dua tiga bulan pertama tu, rasa tak boleh nyanyi.
``Tapi dia banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami. Daripada tak tahu apa-apa, M. Nasir memberi bimbingan dan mempertingkatkan bakat dan kemahiran diri kami.
``Dan apabila kami semakin faham dengan caranya, kami rasa amat mudah dan selesa bekerja dengan M. Nasir,'' ujar Raheel mewakili teman-temannya.
Menjelaskan mengenai kumpulan tersebut, kata Raheel, sebagai sebuah kumpulan vokal berharmoni, mereka tetap mengekalkan elemen kegemaran masing-masing.
``Memang kami menampilkan konsep pop tetapi secara dasar dan akarnya kami kumpulan berharmoni. Tiap seorang mempunyai kelebihan vokal masing-masing.
``Elemen-elemen itu merupakan kekuatan dan keistimewaan setiap individu dalam Quest dan memang kami tonjolkan dalam setiap lagu-lagu dendangan kami,'' jelasnya.
Tentang Quest
* Ditubuhkan sejak lima tahun lalu dengan nama asal, Notez (sebutan notes).
* Quest bermaksud pengembaraan yang menggambarkan kumpulan itu sendiri yang sedang `mengembara' mencari tapak dalam dunia hiburan tempatan.
* Mula menjadi artis rakaman Luncai Emas Sdn. Bhd., setelah jamming dengan Ilham (anak M. Nasir) di Studio Ronggeng. Kebetulan M. Nasir terdengar dan terus suruh datang uji bakat.
* Masa uji bakat, nyanyi lima lagu acapella.
* Menjadi artis Luncai Emas sejak Ogos 2003 dan memulakan pembikinan album sejak pertengahan tahun lepas.
* Ada 15 lagu dalam senarai. Tapi hanya 11 lagu yang dirakamkan.
* Enam daripada lagu-lagu tersebut adalah ciptaan M. Nasir manakala selebihnya daripada Firdaus, Hadi Hassan dan Tengku Shahrum.
* Turut terpilih ialah lagu ciptaan Raheel dan lirik oleh Ara Bakar berjudul Ini Yang Ku Cari.
* Album sulung Quest yang berjudul Jiwa Terbakar diterbitkan oleh Luncai Emas Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Universal Music (M) Sdn. Bhd. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ka lagi kumpulan QUEST ni...? aku tgk dlm banyak2 kumpulan anak didik M.Nasir SPIDER jer lahh yang menyerlah buat masa sekarang la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hazami. Warner signed him based on a demo tape. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni aku nak try anta demo aku kat simon cowell la...:jeling:..tak pun jayz....untung2 leh nasib macam rihanna tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by arenis at 29-12-2006 08:48 AM
Ada ka lagi kumpulan QUEST ni...? aku tgk dlm banyak2 kumpulan anak didik M.Nasir SPIDER jer lahh yang menyerlah buat masa sekarang la..
ntah? mana pegi ha... cuma boleh tengok dalam drama salina 2 je skang ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|