|
Masih wujudkah Tema?TEMA adalah singkatan daripada Majlis Teater Kebangsaan Malaysia. Tema secara teorinya adalah payung dan suara kepada semua hal ehwal dalam kegiatan teater di negara ini. Semua persatuan teater di seluruh negara berada di bawah Tema.
Apabila Tema ditubuhkan lebih kurang 20 tahun lalu, banyak yang menaruh harapan teater khususnya teater Melayu akan berubah. Teater Melayu tidak lagi menjadi melukut di tepi gantang malah boleh berdiri sama tinggi dengan teater Inggeris.
Tema bukanlah badan gabungan persatuan teater Melayu saja. Tetapi apabila melihat teater Melayu tertinggal jauh dalam banyak segi, harapan supaya Tema memberi perhatian kepada teater Melayu ada kewajarannya.
Di mana Tema sekarang? Tema sudah lama tidak diketahui perkembangannya, apakah masih wujud atau sudah dibubarkan? Kalau wujud adakah Tema masih berperanan ke atas kegiatan teater di negara ini? Banyak kalangan penggiat teater sendiri tidak tahu di mana Tema sekarang.
Ada suara-suara sinis bertanya, relevankah lagi Tema sekarang ini? Patut juga pertanyaan itu, kalau masih relevan, Tema tidak hilang dari peta teater negara ini. Adakah fungsi Tema hanya setahun sekali ketika berlangsungnya Festival Teater?
Kehilangan
Adakah 慿ehilangan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|