|
Ini kalau Muhrim dan tak de prasaan erotik....
Kenyataan ini boleh mengelirukan....
Perkataan yang lebih tepat ialah mahram. Mahram ertinya yang diharamkan dikahwini. Berasal dari perkataan haram. Muhrim membawa erti lain (lupa pulak makna dia) tetapi dah jadi kebiasaan melayu guna perkataan muhrim sebagai maksud mahram.
Manakan boleh isteri jadi mahram suami sedangkan mereka dalam perkahwinan!? Ini soalan trick sahaja.
Dan macamana boleh suami isteri tiada perasaan erotik? Kecuali perkahwinan mereka bermasaalah! Lagi satu soalan trick.
Dalam bersentuhan antara lelaki dan perempuan, sekiranya diiringi dengan perasaan yang bernafsu, di sepakati bahawa ianya membatalkan wudhu'.
Setengah ulama mazhab shafie kata, macamana kita boleh jamin bila kita tersentuh seorang bukan mahram tiada perasaan spontan yang negatif terlintas dalam hati? Contoh, bila kita terlanggar bahu antara lelaki dan perempuan, tetiba lelaki tu terfeeling, aihhhh.... lembutnya kulit awek ni..... kalau lelaki tu berwudhu' maka batal juga kalau ikut mazhab yang lain-lain tu.
[ Last edited by ibnur at 12-5-2007 03:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
azleyenty This user has been deleted
|
Originally posted by rdzaccess at 12-5-2007 03:52 AM
Naper wudu' kita batal kalau kita terkentut?
Naper tak cuci jer montot tu? Naper kena amik sekali lagi wudhu'?
Terkentut atau kentut atau keluar angin dari dubur, adalah di kira batal wu ...
bahan bacan di atas menarik.
[ Last edited by dutchy at 12-5-2007 11:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Abg Ib terangkan;
Pendapat kentut tidak batal wudhu' tertolak berdasarkan hadith-hadith berikut:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah tidak akan menerima solat seseorang itu yang keluar gas sehinggalah dia berwudhu’ semula.” Seorang lelaki dari hadhramaut telah bertanya kpd Abu Hurairah, "Apakah yang dimaksudkan mengeluarkan gas?" Dia menjawab, “Angin dengan atau tanpa bunyi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mahathir terangkan plak;
Hanya mazhad Shafie aje kata kentut ni membatalkan wuduk ...pendapat ulama lain atau jumhur ulama mengatakan tak?
Abg Mat terangkan;
Antara perkara yang membatalkan wuduk ialah keluar sesuatu daripada dubur atau kemaluan. Jika keluar angin daripada kemaluan, maka batal wuduk dan sekali gus batal solat kerana solat hanya sah dengan berwuduk.
Persoalan IM lagikkk....yang mana harus diikut?
Batal ker tidak?:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
MANDI WAJIB
Subject: ILMU YG SANGAT BERGUNA KEPADA KITA SEMUA
Buat suami/isteri/anak2 gadis....
Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan
terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
/>melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk
mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi
membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
/>"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh
seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak
melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah
Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi
wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu
menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada
najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya
membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu
wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh
dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula
bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada
/>rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai
sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin
beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,
manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan
kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai
peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu'
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam
kubur.
7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir
di dalam kubur.
11.Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam
Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
[ Last edited by preta_zinty at 15-5-2007 10:07 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terjemahan Sahih Bukhari (jilid 1, buku 4, no: 137)
Daripada Abu Huraira:
Rasulullah Saw bersabda: 揝olat orang yangberhadas tidak diterima melainkan iaberwudhu擺/size]
Bertanya seorang dari Hadaramout kepada Abu Huraira擜pa itu hadas?抂/size]
Jawabnya擧adas bermakna mengeluarkan angin darilubang dubur |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by <i>intan_mahsuri</i> at 11-5-2007 11:24 AM<br />
mmmm......im nak serius sket ni....<br />
im ngaku im tak terer bab-bab agama nih.<br />
im mohon maaf kalau soklan im ni tak sesuai.<br />
dari dulu im cuba dapatkan jawapan tapi takder oang boleh rungkaikan.<br />
... <br />
perrhhh minah nihh tanya hukum kat kiterangg laakk..haku lupa lakk im bula poser taun lepas..haku korek ke idak idong haku nihh..sensitif taww |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by preta_zinty at 15-5-2007 10:00 AM
Subject: ILMU YG SANGAT BERGUNA KEPADA KITA SEMUA
Buat suami/isteri/anak2 gadis....
Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul
Mandi wajib merupakan perkataan yang ...
tq preta... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dinkuyu at 15-5-2007 10:39 AM
<br />
perrhhh minah nihh tanya hukum kat kiterangg laakk..haku lupa lakk im bula poser taun lepas..haku korek ke idak idong haku nihh..sensitif taww
bangdin, oang serius tawww.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intan_mahsuri at 15-5-2007 08:54 AM
Persoalan IM lagikkk....yang mana harus diikut?
Batal ker tidak?
IM cuba baca balik. Yang dikhilafkan ialah keluar angin melalui faraj (bukan dubur). Dalam masaalah ini hanya shafie mengatakan batal sementara yang lain kata ia adalah masaalah luar kawalan. Harap IM baca dari link yang diberi. Sebab kadang-kadang petikan-petikan ni ringkasan sahaja atau tidak lengkap. Untuk masaalah keluar angin melalui faraj, saya tak pasti masaalah orang perempuan yang ni. Tapi kalau tanya saya, saya kata ikut pendapat Imam Hanbali lebih baik.
Kentut (keluar angin melaui dubur) adalah batal mengikut majoriti mazhab.
Saya cuba cari satu lagi hadith di mana seorang sahabat bertanya nabi s.a.w. kalau terkentut masa solat jemaah macamana nak buat sebab takut malu terkentu. kemudian nabi s.a.w. suruh tutup hidung macam orang hidung berdarah. Kemudian keluar dari saf. ni bukan makna tipu hidung berdarah. tapi tutup hidung jer cuma style tutup hidung tu jer macam hidung berdarah. hadith yang ni saya dengar masa kuliah kat masjid. hadith yang lengkapnya saya tiada. tarjihnya dan sanadnya pun saya tak ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Ni betul ke Preta ada hadith macam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni nak tanya sbb nak fine tune...
preta_zinty menulis :
Niat mandi wajib:"Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah
Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Ni nak tanya berkenaan perkataan "Sahaja"- apa maksud dia sebenarnya???
Kalau tak ada sahaja , boleh tak???
Kita nak mandi wajib dulu ke atau ambil wudhu dulu????
Tima kasih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intan_mahsuri at 15-5-2007 11:42 AM
bangdin, oang serius tawww....
1.) Yang aku taulah: Dari buku agama masa sekolah menengah dulu..
Syaratnya:- Memasukkan sesuatu kedalam rongga yang terbuka maka batal lah puasa.
2.) Terkentut:- Batal air sembahyang, kena ambil wudu' lain.
Tu jer..dan aku berpegang pada tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post#15 Abg Ib:
Sekarang, IM boleh fikir, mana satukah pendapat yang IM nak ikut, tak payah tunggu pergi Mekah.
Maknanya kita boleh ikut mana2 aliran pendapat yang pelbagai pada bila-bila masa ker?
Bila kita rasa satu keadaan tu menyusahkan mengikut Shafie, kita boleh change kepada Hanafi atau Hanbali atau Maliki?
Sbg contoh, Shafie mengatakan tersentuh anjing tu hukumnya haram dan perlu di samak kerana najis mughalazah.
Tapi kalo kita nak jugak bela anjing, then kita switch kepada mazhab lain...Camtu ker?
[Maaf kepada kekhilafan IM.....]
Post#29 Abg Ib;
Tapi kalau tanya saya, saya kata ikut pendapat Imam Hanbali lebih baik.
Nighunter #32;
1.) Yang aku taulah: Dari buku agama masa sekolah menengah dulu..
Syaratnya:- Memasukkan sesuatu kedalam rongga yang terbuka maka batal lah puasa.
Apa yang Nighunter tulis tu, IM pon ada terbaca.....
Soalan baru;
Apakah hukum membaca Al-Quran bertajwid?
[ Last edited by intan_mahsuri at 19-5-2007 07:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|