CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: BikerLady

Ustaz Badrul vs Mufti Asri

[Copy link]
Post time 30-5-2007 10:42 PM | Show all posts

Reply #36 Gapodio's post

mufti kena bukti kan. buat lah contoh tauladan dulu. baru org akan yakin. tunjukkan pada org ramai yg beliau berani mengunakan pinggan yg pernah di gunakan utk menyajikan khinzir. kalau dpt ngan penyepit nya sekali lagi best. baru lah tak mengarut  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2007 10:48 PM | Show all posts

Reply #27 Hang's post

tp jgn ambik mudah  
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 30-5-2007 11:00 PM | Show all posts

Reply #39 ibnur's post

Memang dia tak sebut individu mana ..... tapi bila ada khilaf pendapat dan ada orang yang berpegang dgn khilaf yang berlawanan pendapat dgn beliau secara tak langsung perkataan MENGARUT itu ditujukan kpd Ulamak yang berlainin pendapat termasuklah individu yang beramal dgn tafsiran ulamak tersebut. Contohnya kalau Imam  Syafie berpendapat mesti samak (saya tak pasti pula apakah itu pendapat Imam Syafie) secara tak langsung Dr Asri mengatakan Imam Syafie Mengarut.

Prinsip saya bepegang pada Quran dan Hadith ... walaupun saya mengikut Mashab Syafie tapi saya tak rasapun susah iuntuk mempraktikkan ajaran Islam sebab dalam mazhab Syafie sendiri pun ada beberapa khilaf contohnya dalam hal terbatal wudu' bila bersentuh laki/perempuan. Ikutlah kaedah yang kita rasa selesa selagi ada dalil hadith/Quran. Dan saya juga tidak keberatan utk mengikut kaedah mazhab Maliki dalam keadaan2 tertentu sebab mereka semua bukan calang2 Ilmuan ... siapa saya (dan juga DR Asri) yang nak menidakkan dan mengutuk pendapat/tafsiran imam2 muktabar dahulu.

Sebab itu saya kata sayang seribu kali sayang .... sebagai seorang yang mempunyai PHD dalam bidang hadith, pandai berkata2 dan berjawatan MUFTI saya menaruh harapan yang lebih tinggi kpd beliau berbanding orang kebiasaan ..... tetapi saya kecewa sebab disamping beliau memberii pendapat beliau yang practical dan bernas, beliau juga menyelitkan kata2 yang memperlekeh dan menidakkan pendapat/khilaf yang tak selari dgn pegangan beliau. Dan cara sedemikian juga menjadi ikutan majority oengikut beliau, dan kekadang anak murid boleh menjadi lebih fanatik dari guru itu sendiri, lalu membidaahkan dan mengatakan sianu dan si anu beramal dgn ajaran bidaah sesat sebab tidak mengikut apa yang dipengangi oleh guru mereka (DR Asri) tanpa mengambil kira khilaf antara ulamak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 11:54 PM | Show all posts
Originally posted by Gapodio at 30-5-2007 11:00 PM
Memang dia tak sebut individu mana ..... tapi bila ada khilaf pendapat dan ada orang yang berpegang dgn khilaf yang berlawanan pendapat dgn beliau secara tak langsung perkataan MENGARUT itu ditujukan kpd Ulamak yang berlainin pendapat termasuklah individu yang beramal dgn tafsiran ulamak tersebut. Contohnya kalau Imam  Syafie berpendapat mesti samak (saya tak pasti pula apakah itu pendapat Imam Syafie) secara tak langsung Dr Asri mengatakan Imam Syafie Mengarut.

Prinsip saya bepegang pada Quran dan Hadith ... walaupun saya mengikut Mashab Syafie tapi saya tak rasapun susah iuntuk mempraktikkan ajaran Islam sebab dalam mazhab Syafie sendiri pun ada beberapa khilaf contohnya dalam hal terbatal wudu' bila bersentuh laki/perempuan. Ikutlah kaedah yang kita rasa selesa selagi ada dalil hadith/Quran. Dan saya juga tidak keberatan utk mengikut kaedah mazhab Maliki dalam keadaan2 tertentu sebab mereka semua bukan calang2 Ilmuan ... siapa saya (dan juga DR Asri) yang nak menidakkan dan mengutuk pendapat/tafsiran imam2 muktabar dahulu.


part ni aku setuju dgn you. bg aku pendekatan dr Asri keras sangat. bagi aku ulama ni tak maksom. baik ulama kerajaan mahu pun ulama politik. dua2 pun tak maksom. sebab tu kita ada otak kita gunakan sebaik2nya. yg betul kita terima, yg mengarut kita kata mengarut tanpa ada sentimen kepartian & ketaksuban. selagi ada dalil & hujah yg bersandarkan al-quran & hadis2 sahih kita patut terima & menghormati perbezaan pendapat. kalau tak ada dalil yg sahih kita tolak terus. contohnya kepercayaan yaqazah puak arqam & tabligh.
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 31-5-2007 12:20 AM | Show all posts

Reply #44 tobby's post

Terimakasih kerana bersetuju ....

Tapi tak pernah tau pula yang Tabligh pun ada yaqazah .... ini pertama kali saya dengar ... kalau tak keperatan boleh tolong perjelaskan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 12:54 AM | Show all posts
Originally posted by Gapodio at 31-5-2007 12:20 AM
Terimakasih kerana bersetuju ....
Tapi tak pernah tau pula yang Tabligh pun ada yaqazah .... ini pertama kali saya dengar ... kalau tak keperatan boleh tolong perjelaskan lagi.


orang tabligh tak berani menafikan dakwaan dlm kitab tabligh bhw nabi telah turun dari celah awan & pegang perut wanita yg bengkak.

kerana taksub dgn maulana mrk, orang tabligh tak mahu menafikan cerita yakazah ini walhal maulana zakaria terang2 telah melakukan kesilapan memasukkan dongeng palsu dlm kitab beliau. maulana zakaria tidak maksom, kesilapan memasukkan cerita dongeng spt ini telah beliau lakukan & moga Allah mengampunkan beliau (manusia mana yg tak buat silap). Yg jadi masalah ialah sikap fanatik gang tabligh terhadap maulana2 mrk, sama kes mcm gang arqam yg taksub dgn ashaari.

walaupun maulana mrk buat silap tapi tetap tak mahu mengaku & masih nak telan kisah dongeng nabi turun dari celah awan tersebut. sedangkan cerita tersebut sekadar cerita ceriti, hikayat yg datang entah dari siapa, bukannya bersumber dari al-quran mahupun hadith pun. itulah akibatnya jika terlalu taksub.

[quote]
Seterusnya seperti yang diceritakan oleh Maulana Zakaria, di dalam Kitab Fadhilat Amal, bab Fadhaa.il Durood/Fadhilat Selawat, p.109, Incident no (Hikayat) - 46:
"Abu Naim meriwayatkan daripada Sufyaan ath-Thawree bahawa: Pada suatu hari aku (Sufyaan) telah pergi ke luar dan melihat seorang pemuda yang mengucapkan selawat pada setiap langkahnya. Aku bertanya padanya, 揂dakah perbuatan kamu ini mempunyai asas (atau adakah hanya perbuatan kamu sendiri)? Dia bertanya, "Siapakah kamu?" Aku menjawab, "Aku adalah Sufyaan." Dia kemudian bertanya, "Sufyaan dari Iraq?" Aku menjawab, "Ya." Dia kemudian bertanya, "Apakah jenis ilmu pengetahuan Allah yang kamu ada?" Aku menjawab, "Dia mengambil malam dari siang dan siang dari malam dan mencipta wajah bayi di dalam rahim." Dia menjawab, "Oleh yang demikian kamu tidak tahu apa-apa." Aku kemudian bertanya, "Bagaimana kamu mengenal Allah?, apakah selawat kamu?" Dia menjawab, "Aku pergi bersama-sama ibuku untuk menunaikan Haji & ibuku mati disana, wajah ibuku telah menjadi hitam & perutnya membengkak yang mana aku sedar dia telah melakukan dosa besar. Aku mengangkat tangan untuk berdoa kepada Allah apabila aku melihat dari arah Hijaz awan terbentuk yang mana seorang lelaki muncul. Lelaki itu meletakkan tangan di atas muka ibuku lalu muka ibuku menjadi bercahaya dan lelaki itu menyapu tangannya di atas perut ibuku dan bengkak itu pun hilang. Aku bertanya siapakan beliau yang melepaskan ibuku dan aku dari kesusahan. Lelaki itu menjawab, 揂ku adalah Nabi Muhammad
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2007 03:14 AM | Show all posts
Originally posted by Gapodio at 31-5-2007 12:20 AM
Terimakasih kerana bersetuju ....

Tapi tak pernah tau pula yang Tabligh pun ada yaqazah .... ini pertama kali saya dengar ... kalau tak keperatan boleh tolong perjelaskanlagi.


Salam Gapodio,

Saya tak sangka si Tobby ni masih melaung2kan cerita yaqazah. Biarkan dia dengan fitnah meluap2 di hatinya. Semoga Allah beri hidayah kepadanya untuk bertaubat dari sifat sedemikian.

Jika saudara nak penjelasan lanjut, penerangan panjang lebar ada di thread Jemaah Tabligh.

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=265249&extra=page%3D1&page=19

Sila baca sampai habis kemudian gunakanlah akal saudara untuk menilai samada apa yang dicanangkan oleh Tobby tu wajar atau tidak.

Ingin saya membuat rumusan bahawa:
-Tabligh tidak pernah mengajar untuk mempercayai yaqazah sebagai satu amalan dan syariat dalam Islam
-Kisah yang dipetik Tobby adalah satu kisah yang menunjukkan kekuasaan Allah dan berkaitan kelebihan selawat, bukannya melambangkan satu ajaran yaqazah dan aqidah yang membawa kesesatan
-Nabi telah wafat dan tidak boleh memberi syafaat kepada sesiapa melainkan dengan izin ALLAH

Kat situ dia memperlekehkan Shaikhul Hadith Muhammad Zakariyya, kat sini Dr Asri pula ...

Saya tidak mahu memihak kepada sesiapa, cuma saranan saya jangan mudah terpedaya dengan orang yang rasa ilmunya lebih hebat dari ilmuan Ulama'...

[ Last edited by  mnm77 at 31-5-2007 08:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 29-5-2007 08:17 PM
Sebut tentang Dr.Asri , ya orang pandai dan ada ilmu agama dan mempunyai pengikut ramai di kalangan muda-muda U yang inginkan agama dalam bentuk mudah , ringkas dan masuk akal ( logik ) . Namun ramai yang tak tahu backgroundnya masa di kolej , setelah apa yang berlaku , saya rasa memang patutlah untuk dikatakan " kalau dalam sudah buruk dan tak baiki walau luaran indah dan hebat , tetap Allah akan tunjukkan keburukkan itu  " nah ini dia dah pun berlaku .Tak heran orang seperti asri itu..tetapi bimbang juga dengan pengaruhnya terhadap muda mudi , boleh merosakkan dari pembaikan .

Mudahan Allah memberi dia hidayah , kerana dia mempuyai agenda sendiri dan mempunyai wawasan agar orang memandang dia hebat serta menyanjungnya.

Apa yang berlaku itu , menunjukkan asri bukan orang yang berilmu untuk akhirat tetapi berilmu sekadar duniawi , tiada fakta dan tiada analisa serta pengalaman , terlalu buruk apa yang diucapkan dengan kekurangan pengatahuan dia .

Kasihan Asri !


minta maaf ler
aku mmg tak tahu pun bc dr asri dulu
skang pun aku tak boleh mengadili dia
tapi cuma sekadar nak mencelah
ttg sedikit isu ni

kalau dulu la..kita pernah buat silap
kita pernah buat jahat
kita pernah terpesong
kita merupakan bekas banduan
atau..contoh2 lain la..dan aku tidak merujuk kepada mana2 pihak

manusia boleh berubah
manusia berusaha utk jadi baik..
kenapa mesti kita ttp ungkit kisah silam
kenapa mesti kita penjarakan orang2 ini dgn sikap ketidakadilan kita
atau..kenapa kita tak mahu buka minda kita dan memberi peluang utk cuba dgr dan fahami apa yg mereka kata?

soalan2 ini slalu bermain dalam kotak fikiran aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2007 08:54 AM | Show all posts

Reply #48 Duta lover's post

kalau depa dok kaji perbuatan-perbuatan sahabat sebelum memeluk Islam...
entah la.. berapa banyak sahabat yang akan depa perlekehkan....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 09:05 AM | Show all posts
umar pun pernah sembah berhala...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 12:08 PM | Show all posts
tak leh kutuk sekadar kutuk ... kemukakan fakta ...

pendapat yg mana asri bercanggah ngan shafei? kalau buleh tunjukkan
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 1-6-2007 08:40 AM | Show all posts
Saya sendiri tak punyai banyak Ilmu dalam hal ini, jadi tak mau comment lebih2. Nanti saya refer masalah samak nie kpd yang lebih Arif.

Semalam saya dah refer kat sorang ustaz. Katanya kalau kita tak dak bukti dan tak tau samada bekas tu digunakan utk masak/hidangan makanan berasaskan babi/anjing tak perlulah kita selidik dan boleh makan. Tapi kalau kita dah tau jiran kita tu selalu masak dan makan babi/anjing dan yakin bekas2 tu kemungkinan besar digunakan utk menyedia dan menghidangkan makanan sedemikain maka mestilah samak terlebih dahulu.

Saya juga akan cuba utarakan permasalahan ini kepada orang kanan Dr Asri dalam kuliah mingguan di masjid saya.

Atau mungkin mana2 forumner kat sini yang ada pengetahuan lebih boleh membawakan pendapat2 yang mengatakan mesti samak kalau diyakini bekas yang digunakan pernah digunakan utk menyediakan/menyajikan makanan najis berat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by Gapodio at 1-6-2007 08:40 AM
Saya sendiri tak punyai banyak Ilmu dalam hal ini, jadi tak mau comment lebih2. Nanti saya refer masalah samak nie kpd yang lebih Arif.

Semalam saya dah refer kat sorang ustaz. Katanya kalau  ...


Ini hadis tentang menyamak... dan sedikit huraian dari Allahyarham ustaz A. Qadir Hassan semoga bermanafaat..

  • Pengertian atau faham yang timbul dari tarjamahan ayat-ayat Quran dan Hadiets itu, terkadang membawa kepada ke­keliruan, sehingga timbul pula satu masalah baru yang tadinya tidak ada.
Sebagai contoh :
Nabi s.a.w. bersabda : ****

Kata-kata walagho yang ada dalam Hadiets ini, biasa diartikan dengan 刴enjilat". Maka tarjamahan Hadiets tersebut menjadi begini :

凙pabila anjing menjilat dalam bejana salah seorang dari kamu, maka hendaklah ia mencucinya 7 kali".

Dari tarjamahan 刴enjilat" ini, orang faham bahwa apabila anjing menjilat seumpama kain, badan kita dan sebagainya, wajib
juga dicuci. Faham ini timbul karena tarjamahan .,menjilat" yang tidak sempurna itu. Sebenarnya menurut bahasa 'Arab, kata-kata walagho itu artinya : 刴inum dengan lidah", bukan menjiiat dengan lidah, baik yang diminum itu air atau darah. Ringkasnya walagho itu artinya : 刴inum" atau 刴enjilat sesuatu yang cair". 凨ain" dan 刡adan" itu, bukan 剆esuatu yang cair". Maka Hadiets tersebut, kalau dibawa kepada 刴enjilat kain atau badan", berarti kita mengadakan hukum yang tidak ada dalam Agama.
*** maaf tulisan hadis ni tak dapat paste. Dah try tak keluar jugak..!


[ Last edited by  Hang at 1-6-2007 10:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 12:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 12:34 AM | Show all posts
Dr.Asri ni pakar Hadith ke? Hebat sangat ke. Nak tau aje....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 02:43 AM | Show all posts

wah

Si polan ni memang hebat terutamanya dari segi serangan nya terhadap ulama
lain
dan juga penghinaannya keatas ahlul bait
(ada satu kes fitnah dulu sampai skrg la ni aku tak respek langsung kat si polan tu)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2007 06:45 PM | Show all posts
bagi saya mufti perlis ni dia mengajak kita berfikir mengenai amalan
agama yg dilakukan sekarang.orang tua dahulu melakukan amalan
agama tanpa usul periksa janji datang dari arab je dikira islam le,tanpa
memahami asal usul amalan agama.dengan perkembangan teknologi
macam internet ni kita boleh mengakses maklumat dgn mudah,sebab
tu kebanyakan orang muda sekarang ni mengkaji balik asal usul
amalan agama yg diwarisi dari dari nenek moyang dulu,adakah ia betul
dari nabi atau direka reka oleh ulama zaman dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by ulartedung at 3-6-2007 06:45 PM
bagi saya mufti perlis ni dia mengajak kita berfikir mengenai amalan
agama yg dilakukan sekarang.orang tua dahulu melakukan amalan
agama tanpa usul periksa janji datang dari arab je dikira isl ...


contohnya kefahaman kita dulu hanya nama arab jer consider sbg nama islam. nama mcm awang, yeop, ngah, kulop, lang buana dianggap tak islamic. so kefahaman lama kita bila orang melayu, orang puteh, negro, orang cina, orang jepun kalau masuk islam jer mesti tukar kpd nama arab.

at least, mufti perlis yg dikutuk2 oleh segelintir orang islam ni bukak jugak mata kita tentang apa itu budaya 'orang melayu islam' & apa itu sunnah. kalau tak sampai ke hari ni kefahaman kita kalau non muslim ucap salam kita mesti balas balik 'celakalah ke atas engkau'.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by zila_cute at 2-6-2007 12:34 AM
Dr.Asri ni pakar Hadith ke? Hebat sangat ke. Nak tau aje....


http://www.hum.usm.my/isl_stu_course.asp?no=66
info dr USM

cuba2 lah dgr ceramah dia kalau nak tau lebih lanjut... kat utube belambak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.816449 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list