CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Panduan ibadat di angkasa (+ bergambar)

[Copy link]
Post time 11-7-2007 12:43 PM | Show all posts
Huhuhuu...dah ada cerdik pandai mempertikaikan garis panduan yang di buat oleh pakar-pakar di JAKIM. Tak lain dan tak bukan yang mempertikaikan isu spt ini ialah adik-beradik Abdul Wahab. Mereka yang pakai hanya fatwa dari ulama mereka saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2007 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by Syarul at 11-7-2007 12:07 PM
..aduh, mane punya al-Kitab dan al-Hikmah nie, ke saja di ada-adakan? tayamum kat cermin..

"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."[67:15]

hukum Allah hanya kat muka bumi sahaja, kalo dah kat angkasa lepas dah kira tak terikat ngan hukum Allah( kewajipan itu bukan lagi kewajipan)...


Bijak! Bijak! terlebih minum susu yang diiklankan kat tv tu ke?
Lepas ni boleh lah kita pakat2 pindah kat planet marikh sana tu ya......
Tak payah lagi nak fikir pasal ibadat2 ni suma kan senang........

Dangkal punya penafsiran baru ni aku jumpa.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 12:58 PM | Show all posts

Reply #21 BatuApi's post

yang ni bukan adik beradik Abdul Wahab laa... sebab Abdul Wahab masih guna Hadis.. Yang ni semua hadis dia pakat2 duk buang kelaut jer... Tak boleh pakai langsung, katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 03:16 PM | Show all posts

Reply #22 saifulms's post

kawan , dtgkan aku satu ayat dari Allah di dlm al-Quran kewajipan melaksanakan perintahnya diangkasa lepas.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada nabi Muhammad)?" Mereka menjawab: "Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala". [16:24]
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 03:25 PM | Show all posts

Reply #24 Syarul's post

rasanya tiada masalah?

masa boleh ditentukan walaupun di angkasa? dan bukan dibuat secara hentam keromo...

salahkah?

yg sy saya tau menggunakan alasan untuk tidak semayang di angkasa lepas  itulah yg salah...

jikalaubenar tak boleh semayang diangkasa lepas...maka eloklah batalkan sajatrip tu sebab keutamaan semayang adalah paling utama di dunia ini jikanak dibanding dengan pergi ke angkasa lepas semata2 misi nasional....

lagipun dia pergi bukannya bolegh guna alasan darurat...

[ Last edited by  ussopp at 11-7-2007 03:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 05:58 PM | Show all posts

Reply #25 ussopp's post

Yup, bukan nak jadikan alasan tapi sebagai peringatan dan garis panduan supaya tak menyimpang. Ibadah tetap ibadah, kecuali yg mati sahaja  sudah tidak dipertanggungjawabkan lagi dah. Apa pun yg kita buat;

"jgn kita ikut satu perkara tanpa ilmu pengetahuan"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2007 10:35 PM | Show all posts
Originally posted by Syarul at 11-7-2007 03:16 PM
kawan , dtgkan aku satu ayat dari Allah di dlm al-Quran kewajipan melaksanakan perintahnya diangkasa lepas.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada  ...


saudaraku,

Memanglah tak ada satu ayat pun yang menyuruh kita melaksanakan perintahNya diangkasa.. Al Qur'an diturunkan khas untuk manusia dibumi. Tapi jangan lupa, para jin yang berkeliaran diangkasa sana dan juga di bumi terlibat sama dalam perintah dalam Al Qur'an tu. Sila rujuk surah Al Jinn.. Tapi jangan pulak ambil ayat separuh-separuh jer tau..  

Lagi satu, bila engkau tafsirkan perkataan 'bumi' tu jangan ingat bumi tempat kita berpijak ni jer.. istilah tu merangkumi seluruh planet2 ciptaan Allah SWT ni tau.. Takkan engkau tak tau kut? Takkan nak kena tulis juga kat sini... Engkau carilah sendiri, Engkau kan bijak...!

Aku pun nak minta juga kat engkau, ada tak ayat Al Qur'an yang melarang manusia untuk tidak beribadah kepadaNya semasa berada di angkasa?




[ Last edited by  saifulms at 11-7-2007 10:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 08:38 AM | Show all posts

Reply #27 saifulms's post

hmm..btul gak, kene pikirkan dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2007 02:50 PM | Show all posts

Reply #28 Syarul's post

begitulah yang sebaiknya wahai saudaraku yang dihormati...

Mari kita fikir2kan bersama.. Tetapi keputusannya bukan ikut nafsu tetapi berlandaskan Al Qur'an, Hadis, ijmak ulamak dan juga Qias... kerana kita pun bukan berilmu (ulamak) nak buat keputusan sendiri-sedirik....


maafkan aku kiranya aku dah terkasar bahasa kat atas tu.. Aku ni hanya insan lemah yang dalam keadaan tertentu tak pandai menahan nafsu amarah yang tiba2 terbit sewaktu membaca posting engkau tu..


Wassalam..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 12-7-2007 02:50 PM
Karkun 4bln, dirumah masih ada tv......?


I tertarik pada statement ni.
Komputer tu pun patut buang sungai sebab bender tu setan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by BikerLady at 12-7-2007 06:28 PM


I tertarik pada statement ni.
Komputer tu pun patut buang sungai sebab bender tu setan.


Ek? Engkau berminat ke dengan statement yang khas untuk karkun 4 bulan tu??
Tak kusangka....

Tak yah lah engkau campur urusan kami, kami tahu apa yang sedang kami kerjakan.... Orang luar tak sampai lagi ilmu2 yang camgini....

Disuruh keluar, tak mahu juga keluar2.. Asyik nak duduk dalam tempurung jugak....



Soriiii la tuan rumah..... ni dah offtopik ni....!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 11:03 AM | Show all posts
Angkasawan Islam pertama raya di angkasa

ROMPIN 13 Julai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2007 09:58 AM | Show all posts
Sheikh Muszaphar harap puasa di ISS

STAR CITY RUSSIA 20 Sept.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2007 03:49 PM | Show all posts
Panduan beribadat di angkasa lepas


MALAYSIA bukan saja mencatat sejarah kerana berjaya menghantar seorang angkasawan negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober ini tetapi sejarah juga dicatat apabila angkasawan berkenaan seorang Muslim dan Melayu pertama yang menjejakkan kaki ke stesen itu.

Oleh itu, tugas angkasawan negara bukan sekadar melakukan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2007 09:24 AM | Show all posts
Angkasawan Malaysia jadi kebanggaan dunia Islam

RIYADH 1 Okt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2007 12:25 PM | Show all posts
Program angkasawan fardu kifayah
Oleh Shamshul Azree Samshir

PUTRAJAYA: Program Angkasawan Negara yang merintis sejarah anak Melayu pertama menjelajah angkasa lepas adalah tuntutan ilmu fardu kifayah yang mampu memberi manfaat besar kepada umat sejagat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Malah, katanya, program itu memiliki ciri penting pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Islam sangat menggalakkan ilmu pengetahuan... seseorang yang memiliki ilmu akan mampu membina tamadun. Pada abad pertengahan, ramai sekali tokoh Islam lahir dalam bidang ini maka langkah ini adalah permulaan yang baik.

"Kita harapkan sains angkasa lepas berkembang dengan baik di negara kita kerana ilmu ini sangat digalakkan, ia adalah fardu kifayah," katanya pada sidang media mengenai garis panduan beribadat di ISS dan isu agama dalam Program Angkasawan Negara di pejabatnya di sini, semalam.

Dr Abdullah juga mengalu-alukan langkah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah di seluruh negara.

"Setiap bidang yang boleh mendatangkan manfaat kepada umat Islam seluruhnya adalah suatu tuntutan fardu kifayah yang memerlukan di kalangan kita orang-orang yang pakar dalam bidang berkenaan," katanya.

Dr Abdullah juga berkata, khutbah Jumaat bertemakan 'Misi Angkawasan Negara Anugerah Allah SWT Dalam Menjana Fardhu Kifayah Ummah' yang dibaca di semua masjid di seluruh negara semalam menjelaskan kepentingan program itu mengikut pandangan Islam.

"Ini adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam agama Islam dan ilmu itu adalah ilmu perkongsian bersama seluruh umat manusia," katanya.

Beliau berkata, selain khutbah khas, solat hajat juga dianjurkan semalam bagi mendoakan angkasawan negara sama ada Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha atau Kapten Dr Faiz Khaleed yang akan berangkat ke ISS, selamat berlepas dan pulang ke bumi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2007 01:46 PM | Show all posts
pasal benda ni pon jgnla sampai gado2....kita semua pon bukan pakar sgt dalam bidang agama...orang kat jakim tu dah sah-sah terer2 belaka...kenapa nak pertikaikan...lain la kalau kita ni mmg expert atau arif dlm agama...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by Syarul at 11-7-2007 03:16 PM
kawan , dtgkan aku satu ayat dari Allah di dlm al-Quran kewajipan melaksanakan perintahnya diangkasa lepas.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada  ...


Indirectly ada dalam Al-Zariyat ayat 56. Wherever we go, our creator is still Allah. For Allah created us, and al-Zariyat told us that He created men and jinns so "that they may serve Me".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2007 01:24 PM | Show all posts
Mufti Perlis: Dr Sheikh Muszaphar mengangkat kembali martabat Islam
11-10-2007 12:21:55 PM  

KANGAR:  Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) malam ini melakukan jihad mulia dan mengangkat kembali martabat Islam yang pernah mencapai tamadun tinggi satu ketika dulu.

Dr Sheikh Muszaphar telah melakukan pengorbanan ke jalan Allah dan "dalam keadaan sekarang, mewujudkan angkasawan adalah lebih utama daripada melahirkan ustaz. Ustaz dah terlalu ramai sekarang," kata mufti itu.

Beliau berkata demikian semasa menyaksikan siaran langsung pelepasan angkasawan negara itu dengan roket Soyuz TMA11 dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, menerusi siaran televisyen di Kompleks Warisan di sini malam ini.

Menjelas lanjut, Dr Mohd Asri berkata, pada masa ini umat Islam perlu meneroka pelbagai cabang ilmu bagi mengembalikan martabat dan kegemilangan Islam.

"Sepatutnya umat Islam mendahului sains dan teknologi termasuk meneroka angkasa lepas tapi kita biar orang lain bina tamadun dan mendahului kita," katanya.

Beliau berkata angkasawan negara itu yang bakal melakukan penyelidikan di angkasa lepas bukan sekadar memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tetapi juga merupakan satu kejayaan kepada umat Islam seluruhnya.

Walaupun segala teknologi angkasa lepas itu bukan dimiliki umat Islam ketika ini namun kejayaan angkasawan negara pasti akan merintis kejayaan demi kejayaan, kata Dr Mohd Asri, 36, termuda di kalangan mufti di negara ini.

Beliau berkata, kejayaan negara melahirkan angkawasan itu menandakan satu pencapaian di peringkat dunia dan satu cabang ilmu yang sepatutnya mendapat sokongan seluruh umat Islam.

"Seandainya kita ada wang zakat yang berlebihan, kita boleh salurkan bagi membantu menjayakan program itu," katanya.

Beliau menasihati umat Islam tidak membangkitkan isu-isu remeh terhadap angkasawan seperti amal ibadat angkasawan semasa di angkasa lepas.

Katanya, perkara seperti solat telah diterangkan dengan jelas sebelum ini oleh pakar-pakar agama.

"Jika perkara remeh itu masih dibangkitkan, ia akan menjadi penghalang kepada kejayaan umat Islam dalam menguasai teknologi," katanya.

Mufti itu menyaksikan siaran langsung itu bersama ribuan jemaah yang hadir di kompleks tersebut sempena program Ihya Ramadan anjuran kerajaan negeri. BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2008 10:05 AM | Show all posts
Coretan Angkasawan: Ikat kaki ketika solat
Bersama Dr Sheikh Muzaphar Shukor



SHEIKH MUZAPHAR membaca al-Quran ketika lapang.

Panduan beribadat di angkasa hasil persidangan tokoh Islam seluruh dunia

PENGHANTARAN angkasawan Malaysia ke angkasa lepas pada Ramadan, 10 Oktober 2007, menarik minat dunia, terutama negara Islam yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam cara beribadah di angkasa lepas.

Memandangkan saya adalah angkasawan Islam pertama menjelajah angkasa lepas pada Ramadan dan menyambut Aidilfitri raya di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), ramai yang bertanya cara menunaikan solat dan berpuasa memandangkan topik ini tidak pernah dibincang secara terperinci sebelum ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat pertama kali menghasilkan sebuah buku kecil garis panduan `Pelaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa' selepas membuat kajian terperinci, termasuk mengadakan pelbagai persidangan bersama mufti dan tokoh agama seluruh dunia dengan harapan akan menjadi panduan kepada angkasawan Islam lain selepas ini.

Beribadah di angkasa lepas tidak pernah diberi perhatian serius sebelum ini walaupun saya adalah umat Islam kesembilan menjelajah angkasa lepas. Mungkin kerana misi yang diutamakan adalah terhadap eksperimen saintifik yang bakal dijalankan.

Saya sempat berpuasa selama dua hari dalam Soyuz sebelum tiba di ISS. Ia adalah pengalaman yang begitu menakjubkan. Walaupun sukar untuk bergerak kerana Soyuz kecil dan sempit, tidak pernah sekali berasa dahaga mahupun lapar.



Memandangkan matahari terbit dan terbenam setiap 45 minit, berdasarkan panduan yang ditetapkan saya masih berpuasa mengikut waktu tempat Soyuz dilancarkan, iaitu di Kazakhstan. Saya berbuka puasa berbekalkan jus, biskut dan roti sambil memerhatikan keindahan bumi melalui tingkap kecil. Ketika ini, saya berasa seperti mencapai infiniti dalam kehidupan.

Bertahun-tahun saya mengembara hingga ke Afghanistan dan Cambodia, seolah-olah mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan dalam jiwa raga ini. Saya berasa kekosongan itu berjaya diisi sepanjang misi di angkasa lepas.

Aidilfitri di ISS disambut dengan penuh kesederhanaan. Saya mengadakan rumah terbuka dengan semua krew berkongsi bersama juadah yang dibawa dari Malaysia seperti rendang Tok , sate dan briyani. Kuih Bangkit juga menghidupkan suasana Aidilfitri.

Cuma lagu takbir Aidilfitri tidak berkumandang. Ketika itu, saya banyak bercerita mengenai keunikan Malaysia kepada krew lain yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai negara tercinta.


RENDANG terapung ketika Sheikh Muszaphar menikmati juadah Aidilfitri di ISS.
Saya tidak menghadapi masalah menunaikan solat di ISS. Kalau diikutkan, saya perlu melakukan solat sebanyak 80 kali sehari kerana ISS dengan kelajuan 27,000 kilometer sejam mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari.

Bagaimanapun, Jakim menetapkan bahawa solat dilakukan lima kali sehari mengikut waktu Kazakhstan dengan arah kiblat adalah mengikut hala bumi sudah memadai.

Oleh kerana bekalan air begitu berharga, saya dibenarkan bertayammum dengan cara menepuk dinding sebanyak dua kali sebelum menyapu pada muka dan kedua-dua belah tangan.

Ketika melakukan solat, saya terpaksa mengikat pergelangan kaki supaya tidak terapung dalam keadaan mikrograviti. Saya juga berkesempatan membawa dua buah al-Quran ke ISS dan membacanya ketika kelapangan.

Sebuah al-Quran saya berikan kepada ibu kesayangan sebagai tanda kasih sayang dan sebuah lagi diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin negara.

Secara keseluruhan, saya tidak menghadapi masalah menjalani ibadah di angkasa lepas dan setiap aktiviti didokumentasi supaya dapat berkongsi bersama umat Islam seluruh dunia. ISS tidak mengira bangsa, agama mahupun negara.

Setiap krew bekerjasama bagai satu keluarga yang mempunyai satu matlamat. Matlamat ketika menjalankan eksperimen saintifik adalah demi kebaikan manusia sejagat. Hormat menghormati dan sikap bekerjasama adalah ciri yang penting dalam kehidupan seorang angkasawan.

Bagi diri saya, 'Islam is a way of life'. Amat penting untuk diri saya membuktikan kepada seluruh umat Islam bahawa tanggungjawab harus dilaksanakan tidak mengira tempat mahupun masa, di bumi mahupun angkasa lepas.

Harapan saya agar dapat mengembalikan keagungan Islam dalam bidang astronomi dan angkasa lepas . Ini adalah tanggungjawab bersama.


FAKTA

Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)

ISS adalah kemudahan penyelidikan yang dipasang di angkasa lepas pada 1998.

Terletak pada ketinggian antara 350 hingga 460 kilometer (km) di atas permukaan bumi.

Bergerak pada kelajuan purata 27,700 km sejam dan melengkapkan sebanyak 15.77 pusingan orbit sehari.

ISS adalah projek usaha sama membabitkan agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, Russia, Jepun, Kanada dan beberapa negara Eropah.

Projek ISS diumumkan pada 1993 dan dikenali sebagai Stesen Angkasa Lepas Alpha.

Bilangan angkasawan yang kini berada di ISS ialah tiga orang.

Sumber kuasa elektrik di ISS ialah matahari yang ditukar menggunakan panel solar.

Kos ISS sejak dimulakan pada 1980-an hingga 2010 dianggarkan RM428 bilion.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.065560 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list