CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38610|Reply: 11

pusat pemulihan remaja

[Copy link]
Post time 10-10-2007 12:20 PM | Show all posts |Read mode
a'kum. saya nak minta tolong kalau sesiapa tahu tempat pemulihan akhlak untuk remaja Islam di area selangor atau n9.

ni untuk remaja perempuan umur 16,17 tahun
kalau boleh tempat yang ceruk skit, tak de line henpon dan susah nak larikan diri.

kalau sesiapa tahu, tolong bagi no dgn alamat tempat tu ye.

tenkiu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by sakura_san at 10-10-2007 12:20 PM
a'kum. saya nak minta tolong kalau sesiapa tahu tempat pemulihan akhlak untuk remaja Islam di area selangor atau n9.

ni untuk remaja perempuan umur 16,17 tahun
kalau boleh tempat yang ceruk s ...


Try hubungi Perkid:

[size=-1]Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)
[size=-1]No. 15 Jalan Sentosa 20, [size=-1]Taman Desa Sentosa, Dusun Tua, [size=-1]43100 Hulu Langat, Selangor
[size=-1]Tel : 03-9021 3730, 019-257 2717, 019-356 8915

Siapa Kami
Penubuhan PERKID
[size=-1]Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor, singkatannya PERKID, telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan kebajikan bukan kerajaan (NGO) pada tahun 2000 dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan- peraturan Pertubuhan 1984. Nombor pendaftaran PERKID ialah 562. [size=-1]PERKID adalah merupakan ahli Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor, iaitu sebuah badan kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai penyelaras dan perunding bagi pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela di peringkat negeri. Pada mula penubuhannya ibu pejabat PERKID bertempat di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. Selaras dengan perkembangan organisasinya, pejabat PERKID seterusnya ialah di USJ Subang Jaya; Wisma Yakin, Kuala Lumpur; Seksyen 15, Bandar Baru Bangi; dan Bandar Baru Ampang. Mulai Jun 2006, PERKID beroperasi di pejabat sekarang di Taman Desa Sentosa, Dusun Tua, Hulu Langat.
Objektif [size=-1]Tujuan PERKID ditubuhkan adalah untuk mencapai matlamat-matlamat berikut : [size=-1]1. Menegakkan sistem perubatan dan pemulihan secara Islam bagi menangani masalah gejala sosial yang sedang melanda masyarakat masakini. [size=-1]2. Memberi pembelaan dan perlindungan kepada para pemuda dan pemudi Islam yang terjebak dengan anasir-anasir yang tidak sihat. [size=-1]3. Menjalankan aktiviti dakwah untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya keruntuhan akhlak dan gejala sosial, yang merugikan semua pihak. [size=-1]4. Bekerjasama dan berpadu tenaga dengan semua pihak samada badan-badan kerajaan,swasta dan badan-badan sukarela bagi menangani masalah gejala sosial yang melanda masyarakat dan negara. [size=-1]5. Menubuhkan pusat-pusat pemulihan secara Islam bagi merawat, memulihkan dan mendidik generasi umat Islam yang terjebak dengan gejala sosial supaya kembali ke pangkal jalan. [size=-1]6. Membuat kerja-kerja kebajikan umum bagi membantu masyarakat yang ditimpa bencana alam dan berbagai masalah kehidupan.

http://www.perkid.net/v2/index.php

Di Perkid ada menyediakan hostel. Pihak Perkid ni memang bergiat merawat dan memulih remaja2 yg terlibat dgn gejala sosial spt punk, murtad, jenayah, zina, etc.

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by sakura_san at 10-10-2007 12:20 PM
a'kum. saya nak minta tolong kalau sesiapa tahu tempat pemulihan akhlak untuk remaja Islam di area selangor atau n9.

ni untuk remaja perempuan umur 16,17 tahun
kalau boleh tempat yang ceruk s ...


Maaf, masa cut& paste nampak ok. bila dah post keluar pulak kod2...
ni repost...

Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)
No. 15 Jalan Sentosa 20,
Taman Desa Sentosa, Dusun Tua,
43100 Hulu Langat, Selangor
Tel : 03-9021 3730, 019-257 2717, 019-356 8915

Siapa Kami
Penubuhan PERKID
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor, singkatannya PERKID, telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan kebajikan bukan kerajaan (NGO) pada tahun 2000 dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan- peraturan Pertubuhan 1984. Nombor pendaftaran PERKID ialah 562.

PERKID adalah merupakan ahli Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor, iaitu sebuah badan kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai penyelaras dan perunding bagi pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela di peringkat negeri.

Pada mula penubuhannya ibu pejabat PERKID bertempat di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. Selaras dengan perkembangan organisasinya, pejabat PERKID seterusnya ialah di USJ Subang Jaya; Wisma Yakin, Kuala Lumpur; Seksyen 15, Bandar Baru Bangi; dan Bandar Baru Ampang. Mulai Jun 2006, PERKID beroperasi di pejabat sekarang di Taman Desa Sentosa, Dusun Tua, Hulu Langat.

Objektif

Tujuan PERKID ditubuhkan adalah untuk mencapai matlamat-matlamat berikut :

1. Menegakkan sistem perubatan dan pemulihan secara Islam bagi menangani masalah gejala sosial yang sedang melanda masyarakat masakini.

2. Memberi pembelaan dan perlindungan kepada para pemuda dan pemudi Islam yang terjebak dengan anasir-anasir yang tidak sihat.

3. Menjalankan aktiviti dakwah untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya keruntuhan akhlak dan gejala sosial, yang merugikan semua pihak.

4. Bekerjasama dan berpadu tenaga dengan semua pihak samada badan-badan kerajaan,swasta dan badan-badan sukarela bagi menangani masalah gejala sosial yang melanda masyarakat dan negara.

5. Menubuhkan pusat-pusat pemulihan secara Islam bagi merawat, memulihkan dan mendidik generasi umat Islam yang terjebak dengan gejala sosial supaya kembali ke pangkal jalan.

6. Membuat kerja-kerja kebajikan umum bagi membantu masyarakat yang ditimpa bencana alam dan berbagai masalah kehidupan.

http://www.perkid.net/v2/index.php

Di Perkid ada menyediakan hostel. Pihak Perkid ni memang bergiat merawat dan memulih remaja2 yg terlibat dgn gejala sosial spt punk, murtad, jenayah, zina, etc.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2007 02:30 PM | Show all posts
tenkiu. ada lagi tak? sebab akak saya baru call dua hari lepas kata dah penuh. 6 tempat dah try tapi semua penuh. kalau under jkm kena apply then tunggu dlm 2 bulan. kalau boleh nak cepat. takut terlambat nak ubah adik kami tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 05:13 PM | Show all posts
Kalau u ada duit, boleh hantar luar negeri. Dekat kebanyakan dunia ketiga, ada ramai persatuan sukarelawan untuk membantu rakyat2 miskin dunia ketiga. Contohnya Volunteer Africa:

http://www.volunteerafrica.org/

Kerja-kerja sukarelawan ni banyak membantu remaja2 di UK nie dengan membuka mata mereka dengan kerja-kerja amal.

Contoh lain:

http://www.volunteerabroad.com
http://www.realgap.co.uk/

Cuba google aktiviti-aktiviti bergini. I'm sure di Malaysia pun ada banyak juga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 07:59 PM | Show all posts
napa dgn adik sakura tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2007 08:06 PM | Show all posts
Originally posted by ronnishi4369 at 10-10-2007 07:59 PM
napa dgn adik sakura tu?


tammo la tanya,..
malu le dia nak bg tau kenapa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2007 02:26 PM | Show all posts
ada la sebab. pendek cerita, kami nasihat pun dah tak bleh jln. dah tak ada rasa hormat pada famili sendiri, hatta mak ayah. kami kesian pada mak ayah. ayah dah la sakit, dia buat suka hati je.

umur baru 16. jadi rasanya boleh lagi nak ubah dia. kalau boleh biar masuk unsur2 Islam tu. lagi senang nak bagi dia insaf.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2007 03:07 PM | Show all posts
Originally posted by sakura_san at 11-10-2007 02:26 PM
umur baru 16. jadi rasanya boleh lagi nak ubah dia. kalau boleh biar masuk unsur2 Islam tu. lagi senang nak bagi dia insaf.

sakura..................

adik ko tu masih lagi bersekolah atau dah tak nak sekolah lagi..................?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 03:28 PM | Show all posts
nt di anak ke masuk pemulihan nih...


nih nak masukkan secara paksa atau rela?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 08:01 PM | Show all posts
Originally posted by sakura_san at 10-10-2007 02:30 PM
tenkiu. ada lagi tak? sebab akak saya baru call dua hari lepas kata dah penuh. 6 tempat dah try tapi semua penuh. kalau under jkm kena apply then tunggu dlm 2 bulan. kalau boleh nak cepat. takut  ...


Try yang ni pulak:

Raudhatus Sakinah
Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja Puteri

Pengenalan


Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.

Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Objektif


Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup.

Membantu remaja membina semula keyakinan diri.

Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.


Pusat Bimbingan Remaja Puteri
RAUDHATUS SAKINAH
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot 300.2, Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati, 53100 K Lumpur

Tel: 03-41073379
Faks: 03-41071754

http://www.jim.org.my/institusi/raudhatus_sakinah.php

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 06:30 PM | Show all posts
Terus terang la..kebanyakan pusat2 ngo nie susah nak tolong org..aku pernah kendalikan 2 kes..sorang jiran aku...sbb kesian emak dia dah mcm ape ntah..so aku tolong lah dia (anak dia dah termengandung) so aku try cari ngo yg nak bantu...tapi semua ckp dah penuh or cakap diaorg x leh bantu..wlpn aku minta ada tak yg mane2 tempat yg boleh bantu..tapi diorg ckp x tau ( mcm pelik for sure ler diorg ada link sbb ngo) banyak aku cuba cari like ngo yg kat atas tu...smua ngo aku dah call n jumpa...undet abim under ikram semua x nak..at last mungkin rezeki budak tu..at last mak budak tu yg jaga budak tu sendiri...kesian aku tgk makcik tu...lagi satu kes nie related to sedara mara aku...budak pompuan kene rogol (x tau ler suka sama suka atau ape) telepon semua ngo pun x de sape yg nak bantu...lepas tu aku pun main petik aku ckp aku ada masalah n keje sekian2 (konon org berada) terus ngo tu ckp boleh hantar budak tu...so aku buat kesimpula  may be quite general la..konon semua ngo nie kate nak bantu org la ape lah..sebenarnya nak duit aje..minta org derma...tapi nak tolong tu mungkin rase keikhlasan diorg boleh amat diragu....that why aku x terperanjat pun ada org melayu org islam minta pertolongan dari ngo bukan islam or gereja2 nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.059597 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list