CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1944|Reply: 5

Hari Raya Aidil Adha

[Copy link]
Post time 15-12-2007 02:49 AM | Show all posts |Read mode
Hari Raya Aidil Adha  atau Hari Raya Hajimerupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia. Ia adalah perayaanterbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dantiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan TakbirAidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladhaserta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti denganibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atausiang 13 Zulhijjah.


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hariuntuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalammenunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalammemenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialahibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hariiaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladhasehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilahia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allahkerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah,bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakantarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawadikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa dipadang Arafah, di luar bandar Mekah.


Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yangpaling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Padapagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunatHari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanyaagak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrikialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalamempat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbahAidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu,kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secaraberamai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orangramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.


Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahanke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Qurantidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban inimemperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagaikorban kepada Tuhan.


Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondongmelawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakaipakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripadayang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yangdisediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2007 12:18 AM | Show all posts
Tarikh wukuf di Arafah ialah pada 18 hb ini namun kerajaan telah menetapkan Hari Raya AidilAdha ialah pada 20 hb. Mungkin ada sesetengah golongan yang akan merayakan aidiladha pada 19 hb nanti.
Teringat dulu masa remaja mengikuti Jemaah Ittiba 'UsSunnah dimana kumpulan ini sering merayakan perayaan tidak mengikuti tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan. Kalau Hari Raya selalunya hanya berpandukan Hisab saja dan selalulah merayakan dahulu sebelum hari raya yang sebenar. Sembahyang perlu pulak buat di kawasan padang kerana dikatakan bidaah jika buat di masjid. Heheh...di Perlis baru ini pun ada isu ini dimana Tok Mufti cadangkan buat sembahyang raya di luar tapi ditolak ramai.
Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 16-12-2007 12:22 PM | Show all posts
hmm...salam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2007 06:20 PM | Show all posts
wahh ,, macam tu pulak ker ..?? isk isk isk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2007 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by nur_amin at 16-12-2007 12:22 PM
hmm...salam


wa'alaikumsalam sila sila masuk
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 08:17 AM | Show all posts
samat pagi sumer..n selamat hari raya aidiladhaa...mlm ni lek kg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039959 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list