CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2341|Reply: 10

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

[Copy link]
Post time 16-12-2007 06:48 AM | Show all posts |Read mode
1.     Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.     Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.     Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.     Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama saya (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5.     Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.     Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7.     Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8.     Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9.     Daripada Aisyah .a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10.     Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11.     Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12.     Aisyah .a berkata, "saya bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13.     Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14.     Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15.     Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16.     Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17.     Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18.     Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2007 08:04 AM | Show all posts
sebenarnya lah apa yang dinyatakan
Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 16-12-2007 12:21 PM | Show all posts
tapi realiti nya sekarang ni majoriti wanita dah terpesong...masalah dah jadi kronik dan parah ... terfkir gak ader
hikmah nya juga diri saya begini...secara automatik dapat elakkan diri drp terjerat dlm perangkap ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 01:06 PM | Show all posts
majoriti wanita terpesong? benar ke? di mana nilai seorang wanita jika wanita sahaja dipersalahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 09:55 AM | Show all posts

Reply #3 nur_amin's post

rasanya bukan majoriti tp hanya segelintir.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:09 AM | Show all posts
eh aku nk tnye...cmner kalu seorang ibu yg mengandung,sblum dia mengandung dia byk wat dosa...pas bersalin,andai kata dia meninggal dunia..adakah dia terus masuk ke syurga?aku x brape phm la bab nie??cmner ngan pelacur yg melahirkan anak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2007 02:05 AM | Show all posts

Reply #6 menatang's post

Dikatakan wanita yang meninggal selepas melahirkan anak sama matinya dengan mati syahid. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 11:04 AM | Show all posts

Reply #4 goldraja's post

Manusia dalam dunia ni terdiri dari lelaki dan perempuan. Manusia hidup berpasang-pasangan - bagi yg dah ada pasangan.  Yg tak de pasangan tu mereka tetap ada emak, bapak, adik beradik, sedaramara, jiran dan sebagainya.  

Saya setuju ngan goldraja jangan wanita saja yang dipersalahkan.  Ianya membabitkan semua pihak.  Kalau sorang terpesong yg lain boleh tolong perbetulkan yea tak?

Teringat kata-kata sorang ustaz....  apabila seseorang lelaki selesai sahaja melafazkan akad nikah maka bermula saat  itu dialah yang bakal menentukan keluarganya masuk syurga atau neraka....(isteri dan anak-anak yg bakal dilahirkan kelak)

Kalau dia sorang yg berpendidikan agama beruntunglah ahli keluarganya (isteri dan anaknya) tetapi jika dia meletakkan agama ditempat kedua begitulah sebaliknya.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2007 12:47 PM | Show all posts
untung yer  jg pompuan ni???
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 01:27 PM | Show all posts
sedeynye..teringt mak dihari eid adha nie

err..sy penah dgr ade hadis cenggini..
lebih kurang maksudnye..
..dlm sstu kumpulan tue..kalo lelakinye rosak..pompuannye pon akan turut same..
kesahihan xsure..

wallahualam..
hepi eid adha~
Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 21-12-2007 11:12 AM | Show all posts
oleh kerana saya tak der naluri dan perasaan minat pada wanita...dan diri saya ni lelaki lembut jadi ...tubuh lelaki naluri lebih wanita...(saya mengharap kan sgt2x anda di sini faham akan aper yg saya taipkan selama ini) saya dah tak larat nak beritahu perkara yg sama berulangkali...jadi saya rasa....melalui pengalaman saya yg lalu ..., cerita drp adik perempuan saya...adik lelaki saya mengukuhkan lagi bahawa...wanita sekarang dah jauh terpesong drp wanita yg dulu...golongan macam saya termasuk dalam kes khas...bukannya lelaki normal...tak payah la tanya lagi pelbagai soklan alhamdulillah ader hikmah disebalik saya tak minat wanita nih...secara automatik saya terhindar drp semua godaan drp wanita....
lihat shj la contoh di laman ini...tak yah la nak berpura-pura lagi... saya akan berikan tips camner nak elak-kan diri drp godaan drp wanita...kepada lelaki yg normal..di sini...disebabkan saya lembut ini lah alhamduliilah...saya dapat menjaga diri saya drp wanita tanpa sedikit pun rasa susah...cuma saya kesian pada lelaki yg normal sebab mudah sgt tergoda dgn wanita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.069422 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list