CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1962|Reply: 11

perempuan

[Copy link]
Post time 20-12-2007 11:40 AM | Show all posts |Read mode
woit adakah ibadat seseorang seperti solat,puasa,sedekah dterima jika seseorang itu adalah wanita yang tidak bertudung atau tidk menutup aurat??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2007 11:49 AM | Show all posts
ya diterima
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 11:50 AM | Show all posts
diterima tapi dosa tak tutup aurat tu 1 bab lain ler
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 12:01 PM | Show all posts
same mcm kes bepuasa tp tak sembahyang la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 12:30 PM | Show all posts

wallahualam..hanya Allah yg tahu..

xde sape bley jwb diterime atau tidak..
semua tue di tgn Allah..sbg manusia..kite berusaha je sedaya mane mampu..n always bersangka baik dgn Allah..

wassalam..
hepi Eid..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 12:46 PM | Show all posts
wallahualam..yg penting, kewajipan sbg seorang muslim kena tunaikan... Rukun Isalm tuh wajib ditunaikan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2007 02:21 PM | Show all posts
i penah terbaca..10 golongan urg yang Allah tak trima solatnye...salah 1 dari nye, perempuan yang slt tapi die tak pakai tudung...wallahuallam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 03:23 PM | Show all posts
InsyaAllah,,,itu urusan Allah, yang penting tunaikan sembahyang tanpa meninggal waktu. Buka aurat adalah dosa lain. Allah Maha Pengampun dan penyayang. Mana tahu insyaAllah suatu hari dibukakan hati untuk menutup aurat.

Wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2007 03:31 PM | Show all posts
Dia tidak bertudung tapi dia Islam dan beriman.
Tentang solat kalau dia memenuhi semua hukum-hukum solat dikira sah solatnya dan diterima.  Sepatutnya solat mencegah mungkar...

Ada banyak orang macam kita ni, mematuhi sebagahain perintah melanggar sebahagian perintah.  

Kalau dia tidak bertudung tetapi dia beriman bahawa memakai tudung satu perintah wajib (sengaja melanggar perintah).
Dia tidak bertudung dan beriman bahawa memakai tudung itu tidak wajib - yang ni masalah sikit la.

Tengah mencari-cari dalil dalil yang dikumpul oleh ulamak muktabar...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 06:04 PM | Show all posts
Diterima atau tidak itu Allah yang tentukan.

Sah atau tidak sah, kita boleh bincang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 01:45 PM | Show all posts
Mungkin dia berijtihad rambut bukan aurat yang perlu ditutup, atau rambut tu aurat kecil atau bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 03:29 PM | Show all posts
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049222 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list