CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3083|Reply: 4

Asyura...

[Copy link]
Post time 16-1-2008 05:51 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...

Hari Asyura datang lagi.

Tak kisah la kita mazhab apa pun, seharusnya hari ini kita peringati kerana hari inilah syahidnya cucunda Rasulullah saw, Sayyidina Hussein yang mulia.

Saya di sini ingin bertanya, adakah riwayat2 yang kemudianya menceritakan balasan/hukuman daripada Allah swt terhadap pembunuh-pembunuh dan pengkhianat keluarga Rasulullah saw ini? Saya tidak begitu arif tentang sirah, harap2 ada yang sudi berkongsi cerita.




Marilah kita berselawat kepada Rasulullah saw dan ahli keluarganya.

Terima kasih, wassalam.

[ Last edited by  miss_perfect at 16-1-2008 05:53 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2008 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by miss_perfect at 16-1-2008 05:51 AM
Assalamualaikum...

Hari Asyura datang lagi.

Tak kisah la kita mazhab apa pun, seharusnya hari ini kita peringati kerana hari inilah syahidnya cucunda Rasulullah saw, Sayyidina Hussein yang ...


Hari ini hari Asyura. 3 golongan Islam yang menyambutnya dengan cara yang berbeza.

Golongan pertama yang membenci Ahlul-Bait menyambutnya dengan bersuka ria membuat bubur-bubur dan di ciptanya berbagai-bagai hadis palsu untuk merasionalkan perbuatan gembira mereka. Sehingga ada hadis palsu yang mengatakan bahawa dunia ini dicipta Tuhan pada hari Asyura.

Golongan kedua yang berkecuali dan tidak mahu terlibat dalam apa saja persengketaan berhubung dengan hari Asyura ini. Bagi mereka biarlah sejarah berlalu begitu saja.

Golongan ketiga ialah mereka yang mencintai Ahlul-Bait AS dan tidak pernah melupakan bagaimana cucu kesayangan rasulullah saaw dan ramai ahli keluarganya termasuk anak kecil dan wanita di sembelih di padang Karbala. Peristiwa menyayat hati ini akan akan sentiasa dikenang agar ahlul-bait AS akan mendapat pembelaan dari musuh2nya yang menghina mereka dari dulu hinggalah sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 11:17 AM | Show all posts

Reply #2 Gravedigger's post

golongan yang suka berpecah belah dan bersangka macam bagus pula tak habis-habis dengan adu domba nya.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 03:09 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum w.b.t.

Bismillahirrahmannirrahim...

Persoalan di sini. Mengikut riwayat UMUM, Al-Mahdi akan ZUHUR/MUNCUL/QAIM(bangkit) pada tangggal 10 Muharram. Selama ini kita menanti-nanti Al-Mahdi, sebagaimana kita menanti anak pulang ke pangkuan keluarganya; malah lebih lagi. Bagaimana kita menyambut Al-Mahdi yang dinanti-nanti kelak? adakah dengan kegembiraan, ataupun dengan kedukaan (disebabkan hari Asyura adalah hari memperingati kesyahidan Al-Hussein) ???

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 03:52 PM | Show all posts
Mereka Yang Kehausan















Andaikan tuan-tuan ada di sana, apakah tuan-tuan tergamak meninggalkan cucu Rasulullah dibantai sama?

Seandainya hari 10 Muharam itu mengerti apa yang akan terjadi padanya, nescaya fajar 10 Muharam tidak akan menyinsing dan matahari tak akan tergamak bersinar. Oh Husein, kami ini orang yang tergamak meninggalkanmu. Ya Husein, maafkan kami, biarlah kami menebus dosa kami dengan bergabung bersama cicitmu Imam al-Mahdi.

Ya Allah, umat macam apa kami ini. Pada hari Asyura hari keluarga suci Rasulullah dibantai dengan penuh dahsyat kami bergembira ria. 10 Muharam orang memasak bubur-bubur pelbagai warna. Hari yang sepatutnya bersedih kami di sini bergembira dengan makan dan minum. Sedang keluarga Nabi kelaparan, kehausan dan dibantai sampai syahid, terputus macam-macam anggota. Kami minta ampun Ya Allah, semua orang harus berduka pada hari ini di Karbala, semua orang harus menangis mengenang Husein...mereka yang ria dan makan minum hanyalah mereka yang bersama orang fasik. Bersama Umar bin Sa抋d, bersama Ubaidillah bin Ziyad, bersama Yazid bin Muawiyah...oh ampunilah kami oleh kejahilan kami Ya Allah. Kami sangat malu denganmu Ya Rasulullah...

Subuh itu seusai tahiyat dan salam, Imam Husain berdoa kepada Al-Khaliq: Wahai Engkau Sang Maha Penolong orang-orang suci, Wahai Sang Maha Pengampun di hari pembalasan, sesungguhnya ini adalah hari yang telah Engkau janjikan, dan hari di mana datukku, ayahku, ibuku, dan abangku ikut menyaksikan.

Petikan Karbala yang sedang dalam proses penerbitan.

http://www.tehranifaisal.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.253858 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list