View: 2598|Reply: 5
|
Kwak GTR - Jentera mewah rakan kembara
[Copy link]
|
|
Jika anda melihat dunia pengembaraan sesuatu yang serius, jentera elit dua roda ini merupakan tunggangan sebenar di lebuh raya.
DIBANGUNKAN daripada platform jentera produksi terpantas di dunia, ZX14.
ANDAINYA ada anugerah motosikal pengembara dengan kuasa sehebatsuperbike, GTR layak menyandangnya. Dibina atas platform ZX14, GTRadalah motosikal hyper tourer yang cukup sempurna untuk mereka yang melihat dunia pengembaraan sebagai satu aktiviti serius.
Pada tanda harga sebuah apartmen sederhana mewah di Kuala Lumpur,jentera ini disasarkan kepada golongan elit, atau mereka yangbenar-benar menghargainya sebagai sebuah mesin dua roda dengan ekspresitunggangan sejati.
Terasa agak kekok menyebut GTR? Ya. Ia seakan-akan bermaksud keretaSkyline GTR atau Nissan GTR. Namun yang demikian, nama GTR untuk modelKawasaki ini telah digunakan meluas sebelum model ini.
Terdahulu, model ZG Concours 1000, juga dikenali dengan spesifikasiGTR. Ia adalah siri dan ZX yang disegmentasikan semula dengan imej sport tourer. Sama seperti yang disaksikan pada pengeluar lain seperti Honda ST1300 dan juga BMW K1200GT dan R1200RT.
| SEGALA maklumat penting dipaparkan di papan instrumentasi ini.
|
Nama Concours memang tidak asing di kalangan penggemarmotosikal kembara di Amerika Syarikat (AS). Model yang saya pandu ujiini juga dikenali sebagai Concours 14. Manakala pasaran selainnyadikenali sebagai GTR1400. Berkuasa 1400cc, ia adalah enjin terbesardalam siri produksi motosikal dalam segmennya. Jika sebelum ini sayatelah menguji ZX14 yang begitu banyak torknya, GTR agak lebih baikuntuk seorang penunggang yang 'tidak gelojoh' atau corak tungganganyang sederhana.
Direka pada platform motosikal produksi terpantas dunia, enjin GTRini telah ditala semula untuk memberi lengkok kuasa yang mendatardengan puncak yang datang pada rpm sederhana. Kebanyakan tourermemang direka begitu, untuk memberi tahap momentum kepada beban yangsekata. Jadi, ia tidak akan terus 'meledak' setiap kali pendikitdipulas seperti ZXR. Kuasa kepada beban direka direka lebih panjang,berbanding puncak tinggi pada RPM awal.
| BREK cakera dengan sistem ABS.
|
Motosikal ini direka untuk memenuhi keperluan kembara kepada merekayang serius. Dengan dua kotak simpanan barang sebagai peralatan OEM, iamenjadikan keseluruhan motosikal ini cukup lebar. Kedudukan cerminsisinya juga merupakan halangan besar untuk mencelah antara dua buahkereta. Kemahiran yang tinggi diperlukan untuk mencelah kerana jikatidak, tong belakang tersebut mungkin berlaga dengan mana-mana badankereta.
Motosikal ini hanya sesuai di jalan lapang dan lebuh raya.Penghadang anginnya didatangkan dengan fungsi boleh laras secaraautomatik dengan menekan suis kecil pada hendal kiri. Sistem enjin danpengendalian yang sofistikated menjadikan ia sebuah jentera yang cukupselamat sebaik anda memecut, hatta meter kelajuan menunjukkan lebih200km/j. Secara jujur, saya boleh katakan anda kelihatan tidak bijakjika memandu pada kelajuan 120km/j kerana motosikal ini sangat stabildi laluan lurus dan terasa amat perlahan untuk kelajuan tersebut.Penggunaan shaft sebagai pemacu utama sedikitpun tidak menjadi isuseperti gegar, pinging atau power lag.
Cuma kelemahan yang paling saya tidak duga ialah karekteristikjentera ini semasa di selekoh. Cukup sekadar selekoh panjang di lebuhraya mendaki untuk diuji, badan motosikal ini terasa cukup berat untukdibawa rebah. Titik gravitinya terasa cukup panjang untukmenyeimbangkan antara depan dan belakang. Apa yang lebih disedari ialahterasa buaian agak ketara pada 'ekor' belakang walhal anda sudahmemasuki garisan selekoh dengan betul, kelajuan sederhana dan jalanyang rata.
Had maksimum motosikal ini memang direka begitu dan karekteristiktersebut didakwa hampir berlaku pada semua jenis hyper tourer. Enjinbesar, badan yang lebar, bar hendal yang tinggi dan kotak belakangmenyebabkan rasa buai ketara di selekoh. Bagaimanapun suspensimotosikal ini direka mengikut piawaian moden, namun disebabkan halanganaerodinamik tersebut, ia mempunyai batasan terhadap pengendalian,sesuai dengan sasaran pembelinya.
Suspensi belakang jentera ini dikenali sebagai Tetralever. Ia mudah dilaras dengan satu tuil pemulas di bahagian sisi kanan. Tidak seperti sistem Paralever dan CARC pada Moto Guzzi, sistem Tetraleverini lebih dinamik dalam mengharmonikan suspensi dengan sistem pacuanshaft. Tidak seperti sistem pacuan rantai, sistem shaft mempunyai batasregangan dan memaksa sistem suspensi yang kritikal dibina khas untuknya.
Selain memiliki kuasa yang menakjubkan, sistem breknya juga amatmantap. Mudah untuk menjangkakan di mana titik berhenti sepatutnya.Dibantu sistem ABS yang bertindak secara elektronik dan lebih sensitif,GTR memiliki pakej yang sarat dengan teknologi yang sukar dinafikankehebatannya.
Reka bentuk mesin ini juga cukup sporty. Malah jika kotakbelakang dibuang dan dipasangkan dengan hendal yang rendah, ia akankelihatan seperti sebuah raksasa yang bersedia untuk membaham Hayabusa.
Fairing penuhnya menutup hampir keseluruhan enjin, papan pemukanyadihiasi dengan sepasang meter kelajuan dan tako. Tak cukup informasi?Nah, maklumat tekanan tayar dipaparkan di atas papan instrumentasibersama dengan meter bekalan bahan api, suhu enjin, batuan dankedudukan gear.
Memiliki motosikal premium memang satu kepuasan bagi mereka yangminat dan juga berkemampuan. Jentera ini dijual pada harga RM102,000,ia direka untuk golongan elit dan mereka yang serius berbicara tentangTOURING! |
|
|
|
|
|
|
|
well.. at RM102K, I rather buy a Mitsu Lancer GT |
|
|
|
|
|
|
|
"Secara jujur, saya boleh katakan anda kelihatan tidak bijakjika memandu pada kelajuan 120km/j kerana motosikal ini sangat stabildi laluan lurus dan terasa amat perlahan untuk kelajuan tersebut."
Aku ske ayat ni |
|
|
|
|
|
|
|
utk golongan yg dah x tau nak buat apa lg dgn duit yg ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|