CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: amazed

Renault : Megane Coupe Cabriolet

[Copy link]
 Author| Post time 4-3-2009 12:08 PM | Show all posts
Jentera Cabriolet Perancis
Oleh Mohd Razlan Salleh






JENTERA Cabriolet cukup dikenali dan diminati di Eropah, namun situasi itu berbeza serta kurang mendapat sambutan di negara ini.


JENTERA Cabriolet cukup dikenali dan diminati di Eropah, namun situasi itu berbeza serta kurang mendapat sambutan di negara ini.

Mungkin faktor cuaca dan ciri keselamatan kerana kebanyakan kenderaan Cabriolet menggunakan bumbung kanvas.

Bagaimanapun, kedatangan jentera Renault Megane Coupe Cabriolet atau Megane CC memberi harapan baru kepada peminat kenderaan 'tidak berbumbung' di negara ini.

Peluang memandu uji jentera terbaru diimport sepenuhnya (CBU) dari Perancis itu amat teruja apatah lagi ia adalah versi Cabriolet pertama di dunia menggunakan bumbung kaca.

Renault Megane bukanlah satu jenama baru, malah nama berkenaan dikenali dan gah di Eropah.

Bentuk fizikal Megane CC agak 'continental' dengan lampu hadapan memanjang dan imej lampu belakang yang besar yang menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai.

Ini belum dikira ketika Megane CC bertukar wajah kepada versi Cabriolet dalam masa 13 saat.

Ciri dua dalam satu (Coupe Cabriolet) ini dibangunkan Karmann (sama seperti model Nissan Micra C+C) dan pemandu hanya perlu menekan butang yang ada sebelum Megane ditransformasikan.

Bagaimanapun, aksi ala transformers itu hanya boleh dilakukan ketika jentera dalam keadaan berhenti dan gear diletakkan pada posisi bebas (N).

Model eksklusif yang dibawa masuk TC Euro Cars (TCEC) memang jentera yang menarik dan sporty.

Memandunya cukup mudah, masuk kunci seperti sebuah kad kredit dan tekan butang 'start' untuk menghidupkan enjin.

Megane CC dipadankan dengan enjin 2.0L yang mampu memberikan kuasa 135 bhp pada 5500 rpm dan tork 191Nm pada 3750 rpm.

Jentera ini mengambil masa 11.5 saat mencecah kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan maksimum 200 (km/h).

Walaupun agak berat ketika bergerak, Megane CC adalah kenderaan santai dan bukan seperti kembarnya, Megane F1 Team R26 yang dicipta untuk kelajuan.

Penggunaan bahan api pula menjimatkan dengan purata 8.4L /100 km.

Megane dilengkapi sistem brek ABS, EBD dan BA yang membantu pemandu mengawal kenderaan jika kecemasan.

Sebanyak enam beg udara termasuk 'anti-submarining airbag' yang membantu mengekalkan posisi asal pemandu dan penumpang daripada terhumban.

Ruang dalamannya dihiasi padanan kulit merah, menjadikan ia tampak garang apatah lagi jika bumbungnya dibuka.

Material kulit berkualiti tinggi berwarna merah menyaluti tempat duduk, panel pintu dan konsul tengah selain stereng.

Papan pemuka dilengkapi unit audio dengan pemain cakera padat tunggal dan pendingin hawa kawalan automatik.

Sesuatu yang menarik pada ruang dalaman Megane CC adalah brek tangannya yang menyamai gear pesawat.

Tempat duduk belakang kelihatan agak sempit tetapi hasil kejuruteraan Perancis, jentera berkenaan masih selesa biarpun dimuatkan empat penumpang dewasa.

Berharga RM229,931 (tidak termasuk insurans), Megane CC didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu biru, perak, hitam dan quartz selain pilihan warna ruang dalaman sama ada merah, kelabu atau coklat.

Bagi mereka yang mahukan kelainan, memiliki Megane CC dengan bumbung kaca pertama di dunia menjadikan pemilik kelihatan bergaya dan mewah.



SPESIFIKASI

Renault Megane Coupe Cabriolet

Kapasiti Enjin: 1998cc

Kuasa Maksimum: 135bhp pada 5500 rpm

Tork Maksimum: 191Nm pada 3750 rpm

Transmisi: Pro-active automatik empat kelajuan dengan pilihan manual

Harga: RM229,931 (tidak termasuk insurans)

Saiz tayar dicadangkan: ContiSportContact 3 205/50 R17 89V
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.297985 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list