CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: TUKANGKEBUN

NAK TANYA SIKIT

[Copy link]
 Author| Post time 28-4-2008 04:34 PM | Show all posts

Reply #18 srida's post

cian dema
aku kat umah air kaler2 , hari minggu je
takut anak2 kena kencing manis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 12:20 AM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 28-4-2008 09:35 AM
wife aku kalu masak nasi kena campur sikit

1 port beras wangi  (NAGA MUTIARA) 3 port  beras biasa

kalau beras wangi je, rasa cam mkn pulut lak

selalu gak guna JATI & MASJID, baru2 nie gu ...

kalo mcm tu mike beli je bereh Jati Gold.... memang dah siap campur....
teman memang udah lame memang makan bereh ni....
dulu sebelum rege bereh naik ni rege die cume RM19.50 utk 10kg.
sekarang ni idak le teman tau sbb stock yang lame masih ade....  tapi udah nak abeh... dalam due tige ari lagi nampak gayenye kene beli stock baru
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 08:24 AM | Show all posts
aku bertukar kepada makanan berasaskan mi/kotiaw/bihun je skarang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 08:44 AM | Show all posts

Reply #22 Al Lebam's post

Jati Gold kalau kat Carre4 Wangsa Maju, dlm bln ni dah 2 kali pegi, idak la mandang.... heran jugak
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 08:54 AM | Show all posts

Balas #21 TUKANGKEBUN\ catat

itu le paseinyer...........air nasik nih pun sedap gak.......   

nampak gaya nyer kene buat cam TK gak la, beli beras kat pesawah. Aku nak beli kat ayah aku jer la mana tau dapat diskaun. La nih beras 1 tan dalam RM 700, sekilo jatuh RM1.50, kalu 10 kg jer..... 11.50,  hehehehe   jimat, lingkup ler ayah aku
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:18 AM | Show all posts
Sll beli beras cap....cap...cap....cap rambutan 5kg....
wkend je kdg2 msk ns...wkdays mkn kat luar je....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-4-2008 11:35 AM | Show all posts

Reply #23 neeziee's post

mee pun naik harga weh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 11:39 AM | Show all posts

Reply #25 srida's post

good idea, dulu masa kecik2 pak aku beli beras ngan guni gak

kalau balik kg, tok aku punya bangsal, penuh ngan guni boleh mkn setahun weh

tapi kini padi dema udah x tanam lagi, kat Ulu Yam Selangor satu ketika dulu, tempat tu dah jadi Taman Perumahan Antara Gapi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 11:42 AM | Show all posts
tapi beras lagi murah dari nasi.

kalau gi pejabat tu bawak la bekal nasi putih paling koman pun.lauk beli.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 29-4-2008 11:35 AM
mee pun naik harga weh


aku makan spegeti skarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 09:11 AM | Show all posts
Harga beras 'tak masuk akal'

Oleh YUSRI SAHAT
dan IRMAN HASHIM



Beras Jati Biru dijual pada harga RM29.20 di sebuah pasar raya di Kuantan, Pahang, semalam. Harga beras wangi Bird of Paradise yang dulunya sekitar RM30 kini RM43.89.

--------------------------------------------------------------------------------



KUANTAN 29 April - Penduduk di bandar ini merungut berikutan harga beras yang dikatakan melambung sehingga tidak masuk akal sejak akhir-akhir ini.

Mereka mendakwa, beras gred super tempatan yang biasanya berharga antara RM1.60 hingga RM1.80 sekilogram, melambung kepada RM2.70 hingga RM2.90 sekilogram.

Bagi beras basmati untuk nasi beriani pula, menurut mereka, kini melambung sehingga RM3.80 sekilogram berbanding RM3.20 atau RM3 sekilogram sebelum ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pasar raya di sekitar Kuantan mendapati dakwaan pengguna terbabit ada kebenarannya apabila beras gred super kini dijual dengan harga antara RM26 hingga RM28 sekampit (10 kilogram).

Beras jenis itu sebelum ini dijual dengan harga antara RM16 hingga RM18 bagi setiap 10 kilogram.

Harga beras gred super di kebanyakan pasar raya juga didapati tidak seragam tetapi kesemuanya melebihi RM26 sekampit (10 kilogram).

Beberapa pengguna yang ditemui mengeluh dengan kenaikan harga tersebut dan meminta Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memantau perkembangan tersebut.

Seorang suri rumah, Rokiah Noh, 52, berkata, dia terkejut apabila mendapati beras gred super yang dijual di sebuah pasar raya di Semambu di sini berharga RM27 sekampit.

Kebiasaannya, jelas beliau, harga beras yang seberat 10 kilogram sekampit itu ialah pada sekitar RM18 sahaja.

Apa yang menghairankan, jelasnya, ialah beras tersebut bukan diimport atau beras wangi yang dibawa masuk dari negara jiran sebaliknya merupakan keluaran tempatan.

Bagi seorang kakitangan swasta, Rosmi Megat, 54, dia turut terkejut apabila mendapati beras gred super yang dijual di sebuah pasar raya di Jalan Bukit Goh di sini berharga RM28 sekampit (10 kilogram).

Kenaikan itu, tegasnya, dianggap tidak masuk akal kerana beras tersebut dihasilkan di negara ini dan bukannya makanan import.

''Kita meminta pihak berkuasa menyiasat kemungkinan ada pihak yang sengaja menaikkan harga beras sedangkan kerajaan telah menjelaskan bahawa tiada kenaikan harga bagi beras gred super tempatan,'' tegasnya.

Keadaan yang sama turut dialami peniaga restoran, Mohd. Nazar Ali, 27, yang turut hairan berikutan kenaikan harga beras di beberapa pasar raya di bandar ini.

Menurutnya, harga beras gred super yang dijual di sebuah pasar raya di Jalan Kampung Tengah di sini juga melambung kepada RM28 sekampit (10 kilogram).

Bagi beras basmati pula, jelasnya, kini meningkat kepada RM36 sekampit (10 kilogram).

''Fenomena ini boleh menjejaskan peniaga seperti saya yang mungkin terpaksa menaikkan harga sepinggan nasi berikutan kenaikan harga beras yang tinggi di pasaran," katanya.

Mohd. Nazar meminta pihak berkuasa sentiasa memantau penjual dan pemborong beras supaya mematuhi arahan kerajaan dengan tidak menaikkan harga beras.

Sementara itu, di KUALA TERENGGANU, harga beras meningkat 10 peratus sejak awal minggu ini, namun bekalan bahan tersebut untuk keperluan penduduk bandar raya ini tetap mencukupi.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai di sekitar bandar raya ini mendapati harga pelbagai jenama beras meningkat antara 10 sen hingga 20 sen setiap kilogram.

Pemilik Pasar Mini Kuala Terengganu, Chua Yew Siong berkata, beliau menjual pelbagai jenama beras dengan harga baru selepas menerima stok baru Ahad lalu.

''Harga semua stok beras yang baru diterima meningkat 10 peratus iaitu setiap 10 kilogram beras yang saya terima, harganya meningkat lebih RM2,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Justeru, menurutnya, beliau terpaksa menjual beras dengan harga baru kerana menerima beras dengan harga tersebut daripada pemborong.

Sebagai contoh, beras jenama Jati di kedainya kini dijual dengan harga RM11.30 untuk lima kilogram berbanding RM10.30 sebelum ini manakala RM21.80 bagi 10 kilogram berbanding RM19.80 sebelum ini.

Bagi jenama Faiza Emas, lima kilogram dijual RM11 berbanding RM10 sebelum ini dan RM21 untuk 10 kilogram berbanding RM19 sebelum ini.

Katanya, beliau memperoleh bekalan semua jenama beras yang dipesannya daripada pemborong kecuali jenama Taj Mahal yang terputus bekalan sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, seorang pekerja kedai runcit di Jalan Sultan Omar di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Kamarul, 20-an berkata, kedai itu juga menjual beras dengan harga baru selepas menerima stok baru minggu lepas.

''Hendak buat macam mana, kita terima bekalan beras dengan harga yang meningkat, jadi kami terpaksa jual dengan harga baru,'' katanya.

Dalam pada itu, seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat, 30-an berkata, dia terpaksa membeli beras walaupun harganya sudah naik beberapa puluh sen kerana ia adalah makanan utama keluarganya.

''Saya cuma berharap kerajaan lakukan sesuatu supaya harga beras tidak terus meningkat sehingga membebankan pengguna,'' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 12:36 PM | Show all posts

Reply #11 TUKANGKEBUN's post

ada ke dema jual beras bang
yang teman tau
demapun beli beras
dah tak nak mesin padi sbb tak dapt subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 05:45 PM | Show all posts
dah lama makan beras gambo jalaludin hasan tu...
5kg sebulan lebih tahan...

bebudak deme ni haram nak makan nasik sgt...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.060296 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list