CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2724|Reply: 14

populariti jodoh internet!!

[Copy link]
Post time 12-5-2008 06:34 AM | Show all posts |Read mode
Populariti jodoh Internet
Mungkin ada yang berfikir apabila usia mencecah 65 tahun ke atas, anda sudah tidak sesuai lagi untuk bercinta. Tetapi warga emas Jepun mempunyai pandangan yang berbeza.


KONGLOMERAT Internet match.com kini mempunyai 840,000 ahli.

USIA bukan penentu untuk anda jatuh cinta. Itulah apa yang dirasai oleh Yoji Kawamura selepas bersara pada usia 62 tahun dan memutuskan bahawa kerja separuh masa dan hobi baru fotografi tidak mencukupi untuk memenuhi harinya.

Seperti sekumpulan kecil dengan jumlah rakyat Jepun berusia masih bujang yang kian meningkat, Kawamura telah beralih kepada perkhidmatan mencari jodoh secara talian untuk mencari individu yang akan berkongsi 'kehidupan kedua' beliau.

"Apabila anda mencecah usia saya, skop aktiviti akan mengecil dan anda akan hanya bertemu orang dalam kelompok yang kecil, kata Kawamura sambil menghirup kopi di sebuah kafe di Tokyo.

Katanya lagi: "Jika anda mahu keluar daripada kelompok ini, anda tidak tahu bagaimana."

Bekas pemandu teksi yang bercerai 26 tahun lalu dan kini berusia 65 tahun ini, Kawamura telah menyertai perkhidmatan mencari jodoh berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Match.com, yang merupakan sebahagian daripada konglomerat Internet IAC/InterActiveCorp, pada bulan Julai tahun lalu.

"Dunia saya semakin luas dan kehidupan saya lebih meriah kerana saya kini memiliki lebih ramai kawan," kata Kawamura yang bermisai dan berjanggut.

Beliau kini keluar bersama tiga wanita dengan dua wanita tersebut sembilan tahun lebih muda daripadanya manakala seorang lagi berusia 62 tahun.

Dilancarkan di Jepun pada tahun 2004 dan kini mempunyai kira-kira 840,000 ahli, Match.com mula mensasarkan pasaran golongan matang selepas melihat pertumbuhan pantas keahliannya dalam kalangan kumpulan berusia 50 tahun ke atas, satu kumpulan yang suatu ketika dahulu dilihat sebagai terlalu tua untuk bercinta.

Sungguhpun hampir separuh ahli Match.com di Jepun berusia antara 30 sehingga 39 tahun, pertambahan sembilan peratus adalah daripada kumpulan yang berusia 50 tahun ke atas.

"Dahulu ramai beranggapan golongan yang berusia 50 tahun ke atas tidak bercakap mengenai cinta. Ramai yang akan berkata, 'Tidak mungkin, anda terlalu tua,'" kata Presiden Match.com Jepun, Katsuki Kuwano.

Tambah beliau: " Pada hari ini, ia telah menjadi sesuatu yang boleh diterima untuk golongan warga emas berbincang tentang perkahwinan dan cinta."

Pertumbuhan populasi penduduk berusia di Jepun adalah antara sebab perubahan pendapat itu. Kini, terdapat seorang dalam lima rakyat Jepun yang berusia 65 tahun ke atas dan peratusan itu dijangka berganda menjelang pertengahan abad ini.
Rakyat Jepun yang berusia kian menjadi selesa dengan kehadiran internet, sementara bilangan mereka yang tidak pernah berkahwin atau yang telah bercerai, biasanya selepas berkahwin buat sekian lama, kian meningkat.

"Dengan pertambahan kadar perceraian dan lebih ramai yang menerima perkahwinan kedua, senario tentunya telah berubah," kata James Farrer, seorang profesor sosiologi di Universiti Sophia di Tokyo.


YOJI Kawamura beralih kepada perkhidmatan mencari jodoh di talian.

Katanya lagi: "Saya merasakan terdapat perubahan budaya mengenai bagaimana perkara ini dibincangkan dalam media."
"Terdapat satu perasaan di mana golongan berusia boleh diterima untuk membincangkan perkara ini," tambahnya.

Anak-anak yang dahulunya dijangka hidup bersama ibu bapa dan tidak menggalakkan mereka berkahwin semula juga kini memberikan lebih sokongan.

"Manusia kini hidup lebih lama. Terdapat ramai orang seperti saya yang hidup bersendirian," kata Kawamura.
Tambah beliau: "Anak-anak kini lebih menggemari ibu bapa mereka mencari seseorang untuk hidup bersama. Dengan itu, mereka tidak perlu berasa gusar."

Usahawan talian lain yang juga memberi perhatian di pasaran sama bersetuju bahawa perubahan nilai menyebabkan masyarakat Jepun berusia lebih mudah mengaku keinginan mereka untuk bercinta atau melakukan sesuatu mengenainya.

"Mereka yang berusia antara 20 dan 30-an merasakan penting untuk mereka mencari kebahagiaan sendiri. Oleh itu, mereka memahami keinginan perkara yang sama oleh ibu bapa mereka," kata Junichi Ikeda, presiden sebuah syarikat konsultan perkahwinan talian, Ai Senior.

Beliau dengan bangganya berkata, ahli tertua laman webnya ialah seorang lelaki berusia 90 tahun.

Sungguhpun demikian, imej perkhidmatan mencari jodoh sebagai satu cara kotor untuk hubungan seks semalam dan pelacuran masih wujud.

"Saya masih belum memberitahu anak-anak saya kerana saya merasakan bertemu seseorang secara semula jadi adalah cara terbaik.

"Ia mungkin pemikiran yang kolot, tetapi imej laman mencari jodoh bukanlah satu imej yang baik," kata ahli Match.com yang juga seorang janda berusia 52 tahun, Naomi.

Kebimbangan seperti ini menjadi salah satu sebab mengapa wanita hanya meliputi 40 peratus keahlian Match.com di Jepun berbanding 50 peratus di AS, kata Kuwano. Satu lagi sebab ialah keangkuhan.

"Mereka takut menggunakan Internet untuk bertemu pasangan menjadikan diri mereka seperti seorang yang gagal," kata beliau.

Secara talian atau tidak, pencarian cinta masih boleh berhadapan dengan pelbagai halangan, termasuk kemungkinan bertemu dengan yang tidak padan.

Satu soal selidik Match.com menunjukkan lelaki dan wanita Jepun meletakkan nilai bersama sebagai keutamaan teratas dalam pasangan mereka, tetapi lelaki menyenaraikan 'personaliti serupa' sebagai pilihan kedua manakala wanita pula, sumber pendapatan.

Kawamura berkata, beliau berhadapan dengan masalah seumpama ini semasa beliau mula menyertai Match.com, salah satu sebab mengapa beliau tidak aktif buat sementara waktu.

"Saya menghantar dan menerima e-mel, mereka akan bertanya tentang kerja saya. Tetapi pekerjaan saya berada pada aras paling bawah skala di Jepun," katanya.

Baru-baru ini keadaan semakin cerah dan Kawamura telah berpindah berdekatan dengan salah seorang daripada rakan wanitanya agar mereka boleh mengenali diri masing-masing dengan lebih baik. Tetapi beliau tidak tergesa-gesa.

"erkara paling asas ialah kejujuran dan kesabaran," kata beliau. - Reuters



mana2 forummers rasa yg jodoh tu susah sgt... apa lagi.. daftar aje dgn match.com ni... ko tak tahu mungkin dapat jodoh international lagi...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2008 08:37 AM | Show all posts
xnak lah jodoh internasional
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:34 AM | Show all posts
just beware dalam cinta internet
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 08:20 PM | Show all posts
kalau org melayu.. dah tua2 tu biasanyer tumpu pd cucu dan camner nak tambah ibadah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:32 PM | Show all posts

Reply #4 pink_lavender's post

betul la sokong sgttt :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 12:32 AM | Show all posts
cam besh jg ni, mau cari datin yg byk duit lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2008 12:38 PM | Show all posts
kalau untuk malaysia nyer apa yang glamer??yg aku tau jodoh.net ngan jodoh4u.com
yang lain tatau la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 05:32 PM | Show all posts
ookay kah cara ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2008 05:32 PM | Show all posts
aku rasa tak banyak kat msia
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 05:44 PM | Show all posts

Reply #7 wakata's post

huyoo tgh carik jodoh ke ni???
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 06:43 PM | Show all posts

Reply #10 me_xy82's post

tengah kot...nak tolong carikkan ke nak join carik gak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 01:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 12:24 AM | Show all posts
bole jln ke jodoh kt internet ni agak2 nyer ek
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 12:23 AM | Show all posts
i pun sedang mencari manalah tau kot ada yang terjumpa kat area tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 05:34 AM | Show all posts
aku nyer kawan baik temu jodoh kat internet. kenal 3 bulan jer pastu terus kawen.  tak sampai dua tahun kawen terus dia tinggalkan bini.  masing2 buat haluan sendiri tanpa sebarang penyelesaian.  dia tak ceraikan bini n bini dia tak mintak cerai.  

skang dah 2 tahun tak jumpa.  amacam tu ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.060250 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list