|
Kembara dua roda - Yamaha FJR 1300
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
Apakah tarikan produk buatan Jepun ini yang menambat hati penggemarnya?
SEJAK sedekad yang lalu, motosikal kembara atau touring mula mendapat tempat di kalangan peminat motosikal berkuasa tinggi di seluruh dunia. Konsep motosikal ini antara yang popular diterokai oleh barisan Gold Wing daripada Honda.
Honda telah menukar persepsi perjalanan jauh dengan motosikal yang dahulunya popular di kalangan segmen Cruiser dan easy rider.
Idea ini kemudiannya mula disedari oleh para pengeluar motosikal besar dunia.
Yamaha FJR1300 adalah sebahagian daripada pilihan bagi mereka yang meminati konsep perjalanan jauh dan selesa. FJR adalah GTR untuk Kawasaki.
| FJR 1300 dijana oleh unit enjin yang mampu menghasilkan sehingga 145 kuasa kuda.
|
Ia adalah model yang berjaya menambat hati pembeli kerana didatangkan dengan pakej buatan Jepun yang terkenal kerana reliabilitinya dan penjagaan yang tidak terlalu rumit.
Motosikal berenjin lasak ini jauh lebih murah daripada sebuah model Gold Wing 2008 yang kini hampir sama harganya dengan sebuah Toyota Camry 2.4.
Konsep FJR1300 ini terarah kepada motosikal yang direka bagi mereka yang gemar menikmati perjalanan dua roda yang selesa dan berkuasa. Dipasangkan dengan enjin 1298cc, DOHC 16 injap sejukan cecair.
Ia mampu menghasilkan 145 kuasa kuda pada 8500rpm. Konsep enjin ini adalah jejak positif yang diperoleh daripada enjin YZF R1 seperti transmisi Tri-Axis, suntikan bahan api dan sebagainya.
Berbeza dengan enjin lebih 1 liter dalam kelasnya yang menggunakan crankcase dua lapisan, FJR dipasang dengan satu lapisan sahaja untuk menjimatkan berat keseluruhan dan lebih kukuh.
| PAPAN instrumentasi yang moden dan informatif.
|
Enjinnya juga direka untuk menjadi sebahagian daripada kerangka lalu memberikan penjimatan yang meluas ketika rekaan casis lantas mengurangkan berat keseluruhan.
Sistem suntikan bahan bakarnya juga telah dipertingkatkan dengan rekaan baru untuk memberi kelebihan perjalanan jauh. Badan pendikit 42mm dengan penyuntik Nippon 4 liang menjanjikan penghantaran dan meningkatkan kecekapan bahan api yang tepat serta mengurangkan pencemaran.
Unit penyuntik ini juga dikombinasikan dengan TPS (Throttle Position Sensor) yang mengawal posisi pendikit serta beberapa sensor seperti suhu/tekanan udara masuk, tekanan atmosfera, suhu bendalir penyejuk, posisi crankshaft dan putaran enjin.
Sistem transmisi FJR 1300 2008 ini juga diperbaharui dengan pengenalan teknologi revolusi Yamaha.
Dikenali sebagai Yamaha Chip Control Shifting (YCC-S) yang menyaksikan kedudukan nisbah gear direnggangkan untuk memberi rasa tunggangan yang santai tanpa perlu menukar gear dengan kerap. Kotak gear tengahnya dipasangkan dengan pegas lembut untuk pengagihan gear yang lancar dan selesa.
| PEMBAHARUAN kosmetik bahagian hadapan dengan inspirasi model R1.
|
Penggerak akhir untuk roda belakang motosikal ini ialah sistem shaft. Model ini turut diperbaharui dengan penghantaran kuasa yang bersih, senyap dan kurang penyelanggaraan.
Selain memiliki sistem pengendalian yang terbaik dalam kategorinya, FJR turut diperbaharui dengan penggunaan roda aluminium tempa dengan tayar bersaiz bersaiz 120/70 di hadapan dan 180/55/17. Rim baru ini direka untuk disesuaikan dengan sistem ABS yang dipertingkatkan kecekapannya.
Motosikal touring biasanya datang dengan pelbagai aksesori dan ciri tambahan yang lain untuk kemudahan penunggang. FJR mengekalkan kecekapan dan praktikalnya menerusi posisi penghadang angin boleh laras dengan kelegaan 30mm untuk memberi laluan udara ke bahagian peha dan betis penunggang.
Bekas simpanan barang-barang kecil dipasang di bahagian atas fairing kiri.
Di dalam kompartmen tersebut ialah soket kuasa 12 volt untuk memudahkan penunggang mengecas telefon bimbit atyau mendapatkan punca kuasa bagi peralatan GPS navigator, iPod dan sebagainya.
Pelananya juga boleh dibuka untuk bekas simpanan tambahan peribadi seperti telefon bimbit dan beg duit.
| MENGAPLIKASI sistem brek ABS untuk prestasi terbaik.
|
Penghadang angin baru ini telah direka semula dengan lapisan tahan calar untuk bahagian luarnya.
Perumah cermin ini juga telah direka semula untuk mengurangkan masalah sebelum ini iaitu gegaran dan bunyi yang tidak sepatutnya.
Rekaan kosmetiknya juga diperbaharui dengan bahagian hadapan inspirasi R1. Lampu hadapan halogen mata-kucing kini boleh dilaras pada dua tahap ketinggian. Lampu belakangnya direka lebih kecil untuk disesuaikan dengan kotak barang yang didatangkan sebagai aksesori OEM. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam segmen sport touring mewah ni haku rasa Kawasaki Concours 14 aka Kawasaki 1400GTR ni la yang akan menang, sebab inovasi kunci dier tu. Concours 14 tu ada 2 jenis kunci, satu kunci ignition dan satu lagi transponder laa. Takder transponder tu, kunci takleh pusing, takleh dikuarkan ataupun enjin takleh idup. Lagi satu yang koolnyer, kunci utama bleh ditinggalkan kat motor sebab kau cuma perlu bawak pergi transponder jer so kunci takleh ditanggalkan ataupun dipusing bila dah jauh dari transponder. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Squall-Leonhart's post
Yang UTK pakai kaler hitam tu motor ni kan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Kawasaki GTR 1400 n Honda Pan European ST 1300 seangkatan dengan FJR 1300. |
|
|
|
|
|
|
|
Yamaha FJR keindahan sebenar sport touring
Oleh ABD. HALIM HADI
| DOMINASI rupa touring yang besar ditenggelamkan melalui reka bentuk badan tirus.
|
JIKA Honda meletakkan Gold Wings seperti mana Kawasaki mempertaruhkan Concours sebagai simbol kekuatan dalam kategori touring, Yamaha memiliki segalanya dengan model FJR 1300.
Kemunculan pertama model FJR 1300 dengan enjin berkapasiti 1298 cc, empat silinder dan lima transmisi di Eropah pada 2001 menandakan permulaan era touring dalam dunia pemotoran Yamaha.
Bukan itu sahaja, kelebihan kuasa enjin dan reka cipta FJR 1300 yang dimiliki itu berjaya menobatkannya sebagai sport touring.
Dalam persaingan itu, Yamaha melakukan perubahan agak ketara dengan rekaan badan yang bersegi tirus.
Perapian itu bukan sahaja menguatkan penampilan malah fungsinya terbukti dapat menghentikan kritikan pada sistem pengudaraan model sebelumnya.
Jika model-model terawal dikatakan mempunyai sistem pengudaraan bahagian enjin kurang efisien dan ketiadaan brek ABS, pembaharuan yang dilakukan oleh Yamaha pada model 2006 menjadikan motosikal ini lebih mantap.
Melalui revolusi itu, radiator melengkung dihasilkan untuk membaiki aliran angin, memperbaharui instrumen dan ubahan pada rangka yang dipanjangkan untuk lebih kestabilan.
Model 2008 dibangunkan dengan kapasiti enjin 1298cc yang berkeupayaan memecut sehingga 123 kuasa kuda pada 7000 revolusi seminit (rpm).
Bukan itu sahaja, senyuman pasti terukir apabila melihat jarum speedo mencecah kelajuan 200 kilometer sejam (km/j) tanpa disedari.
Walaupun dicipta dengan sebuah tangki minyak berkapasiti besar, bentuk ergonomik yang digabungkan dengan rangka menjanjikan keselesaan touring pada kelajuan sportbike.
Keselesaan motosikal ini disokong oleh tempat duduk yang boleh dilaras mengikut ketinggian penunggang. Pada posisi paling rendah ia boleh diturunkan sehingga 0.8 meter dan paling tinggi 0.82 meter dari paras tanah.
Selain memiliki hendal touring yang sempurna, keselesaan kawalan pada hendal juga boleh dilaras sehingga bukaan 11 milimeter pada tiga kedudukan mengikut kesesuaian penunggang. Pemulas minyak pula dilengkapi dengan pemanas khas untuk perjalanan lebih selesa ketika cuaca sejuk.
Jika pengudaraan pada bahagian enjin dikatakan penting, begitu jugalah kawalan udara terhadap penunggang. Di bahagian depan, skrin penghadang udara yang lebar dan tinggi berupaya mengurangkan tekanan negatif angin.
Skrin kalis calar itu juga dicipta dengan keupayaan boleh laras walaupun pada kelajuan yang tinggi dengan menggunakan butang kawalan capaian mudah di hujung jari.
Sepanjang perjalanan, maklumat yang diperlukan dipaparkan pada skrin LCD dan panel instrumen mengandungi speedometer analog elektronik, tachnometer, pilihan trip, paras minyak dan sistem penyejukan enjin.
Dilengkapi dengan sistem anti brek (ABS), kawalan brek depan akan mengaktifkan enam daripada lapan piston brek manakala brek belakang melakukannya dengan tiga cengkaman dalam apa jua keadaan.
Di peringkat paling akhir, pembakaran dalam enjin FJR 1300 disalurkan melalui sistem ekzos berlaras empat dalam satu dalam dua (4:1:2).
Memperkatakan soal prestasi dan keselesaan, setiap keluaran model FJR 1300 pasti berada pada kedudukan tertinggi dalam kategori touring dengan kelebihan kuasa sport. |
|
|
|
|
|
|
| |
|