View: 3097|Reply: 11
|
DASAVATHARAM ~ starring Kamal Hassan
[Copy link]
|
|
[table=98%,#f6b460][tr][td]DASAVATHARAM [/td][/tr][tr][td][table=98%,#fcf6e4][tr][td=1,1,40%]
[/td][td=1,3,540][table=50%,#54a7d2][tr=#ffffff][td]Related Links:
|
|
|
|
|
|
|
|
dah berkesempatan tgk tadi.. tu pun sbb movie production ni ada provide subtitle.. kalau subtitle melayu tu appear kejap je masa mula2 pastu lesap..
cite ni mengisahkan (aku pun x sure cite ni berkisar apa sgt) something like isu salah guna ubat2 an, camtu la.. isunye aku rasa x ditekankan sgt dlm film ni, tapi lebih kepada highlite kepada 10 watak yg dibawa oleh Kamal Hassan dlm movie ni.. mcm2 watak die bawak, kalah la kut Eddie Murphy dlm Nutty Professor, heheh.. tapi make up mmg fail yg amat.. buruk benor ajuk muka bush dan muka jepun tu..
anyway, aku suka movie ni sbb tribute kepada peristiwa tsunami 2004 yg melanda kawasan sekitar lautan Hindi.. cite ni ada tunjuk tsunami at the end of the story (26 December 2004).. pastu ada la diceritakan berkaitan agama2 utama kat india seperti Hindu, Islam, Kristian, Sikh...
overall terhibur gak la.. special efek ok la gak wpun ada kureng skit, tapi leh diperbaiki.. aku nak komen bnyk sgt pun x leh sbb aku jarang tgk cite tamil so x tau progress film dorg camne.. tapi harap2 akan datang dpt improve lagi special efek die.. alah, even film HK pun special efek kekadang burok je, hehe.. cuma tu je la, make up hampeh gile, hehe.. aku rasa Erra Fazira dlm Cinta Kolesterol dan Hingga Hujung Nyawa lagi ok make up die..
wpun 3 jam movie, tapi aku x rasa tunggu lama sgt sbb setiap masa movie ni rasa gerak laju je (gerak laju camne x tau la, heheh).. lagu2 berjela pun x bnyk sgt dlm cite ni.. overall terhibur gak la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 laislabonita's post
Ya aku pun dah tgk citer ni 1st time dlm sejarah tgk tamil dalam panggung. Memang betul kata Laislabonita, Make Up Kamal Hassan watak Bush/Fletcher/Nenek/Orang Jepun tu buruk gilaaaaaa. Tak sanggup nak tengok. Bagi orang lain lagi bagus. Takde maknanya kalau Kamal Hassan tu pakai topeng orang Jepun/putih pastu dubbing suara mat salleh atau suara Jepun. Kan baik bagi orang lain je..... Wajah dia jadi penyanyi Singh yang popular tu paling OK...
Mmmm sebab nak pecah rekod dunia ke 10 watak berbeza dalam 1 filem? CGI dia hampeh sangat, nampak kartun sgt... .. Tapi cerita dia memang kuat dan bagus, itu yang baik dalam filem ini. Tapi aksi pergaduhan ada la yang tak logik.. terjun dari tingkat 3 pun x patah kaki kan....
Aku bagi 3.5 bintang! |
|
|
|
|
|
|
|
patut lah penuh kat Panggung Wayang Federal..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dasavathaaram
Sapa pernah tengok cerita ni?
Rasanya ramai yang tak pernah tengok kot...
Ini adalah sebuah filem Tamil tahun 2008. Filem ini dilakonkan oleh Kamal Hassan. Dalam filem ni, beliau melakonkan 10 watak yang berbeza-beza, tapi setiap watak ni ada kaitan antara satu sama lain...
Antara yang menariknya, Kamal Hassan melakonkan watak sebagai Presiden Bush dengan slang American English yang hampir betul...
Selain itu, dia berlakon sebagai seorang ex-CIA dan pembunuh upahan yang bernama Chris Fletcher... Chris ni cuba untuk mendapatkan sejenis senjata biologi yang cuba dibawa lari oleh seorang saintis bernama Govindarajah Ramasamy yang juga dilakonkan oleh Kamal Hassan.
Dalam cubaan mengejar Govindarajah ini, beliau telah membunuh seorang perempuan Jepun yang mengakibatkan abang perempuan Jepun itu yang pakar dalam Aikido cuba mengejar Chris untuk membalas dendam. Lelaki bangsa Jepun itu adalah Kamal Hassan juga.
Kamal Hassan juga berlakon sebagai seorang penyanyi bangsa Sikh. Seorang polis yang bernama Balram Naidu. Juga seorang lelaki Muslim yang tinggi bernama Khalifullah.
Di akhir cerita, kesemua watak yang dilakonkan oleh Kamal Hassan ni ditemukan di bawah tragedi tsunami yang berlaku pada tahun 2004 lalu.
Lepas tengok cerita ni, baru aku tau yang sebenarnya Bahasa Tamil adalah bahasa ketiga paling ramai penggunanya di India selepas Hindi dan Telegu. Selama ni aku ingatkan nombor satu...
Dalam cerita ni gak, MASKargo digunakan untuk smuggle si hero ni dari US ke India...
Apa yang best pasal cerita ni? Pada aku, lawak dalam cerita ni memang best. Idea yang dibawa oleh Kamal Hassan sebagai penulis skrip juga best...
Selain dari tu, muka Bush, Chris Fletcher dan lelaki Jepun tu memang nampak plastik dan mekap la....  |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah buka dah thread ni hari tu.. siap tgk wayang lagikk..
 |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk wayang cite tamil kat wayang mcm ganjil skit.. nnt semua audience akan pandang kat ko (especially kalau ko bukan india dan berkulit cerah).. tp dorg bukan pandang serong la.. just terkezut je.. sbb mmg jarang non-Indian yg tgk tamil film ni..
time nak kuar pun mcm kena kuar cepat2, nnt malu org prasan..
aku harap budaya malu ni akan bertukar la.. lps ni film tamil ditonton oleh semua org kat wayang.. xde la malu2.. yg non-Indian x tgk film tamil kat wayang bukannye apa, sbb subtitle slalu problem, last2 hilang.. so org x paham bile tgk wayang.. better tgk TV ada accurate subtitle..
Yg Dasavatharam ni nasib baik sbb mmg ada English translation yg diprovide oleh movie's production tu sendiri.. so all along the movie mmg ada subtitle.. lega skit..
err.. harap xde sape2 salah paham ekk aku mention warna kulit.. tu bukan racist tau, just nak ceritakan keadaan.. mmg tu la yg aku rasa, sbb culture kat Malaysia skrg ni mmg film tamil ditonton oleh org india.. bangsa lain avoid sbb mostly subtitle problem.. harap2 distributor film tamil kat Malaysia alert regarding this..
just my 2 euro.. xde niat sakiti sesiapa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by laislabonita at 12-1-2009 10:04 PM 
nak tgk wayang cite tamil kat wayang mcm ganjil skit.. nnt semua audience akan pandang kat ko (especially kalau ko bukan india dan berkulit cerah).. tp dorg bukan pandang serong la.. just terkezu ...
Dedulu aku pi tengok citer Pokkiri. Yang Vijay berlakon tu. Tengah sedap-sedap aku tengok, tetiba subtitle hilang. Hantu betul...
Merapu la aku sorang-sorang dalam panggung tu sambil menterjemah ikut suka hati kepala otak aku...  |
|
|
|
|
|
|
| |
|