|
Limpahan kuasa
Oleh Lokman Zainal Abidin
| GABUNGAN warna, reka bentuk yang menarik serta kuasa melimpah tuah yang dihasilkan Ninja ZX-10R keluaran 2008 pastinya membuatkan mana-mana penunggang yang pernah merasai nikmat pecutan jentera hasil kreativiti jurutera Kawasaki itu tidak senang duduk. |
GABUNGAN warna, reka bentuk yang menarik serta kuasa melimpah tuah yang dihasilkan Ninja ZX-10R keluaran 2008 pastinya membuatkan mana-mana penunggang yang pernah merasai nikmat pecutan jentera hasil kreativiti jurutera Kawasaki itu tidak senang duduk.
Sukar untuk mencari kelemahan pada produk terbaru hasil tangan pakar dari negara matahari terbit itu walaupun ada yang berpendapat wajah ZX-10R itu pastinya lebih mantap sekiranya ekzosnya diletakkan di bawah pelana belakang - sama seperti ZX-6R!
Tetapi jika dilihat secara keseluruhan, jentera itu boleh dianggap sebagai tidak mempunyai kecacatan dan tidak kalah jika dibandingkan dengan mana-mana jentera lain yang sama kelas dengannya.
Tidak kira siapapun anda, selama mana anda pernah menunggang sebelum ini, hasil tangan terbaru Kawasaki itu memang sesuai untuk semua peringkat usia walaupun ia mungkin sedikit sukar untuk dimiliki mereka yang muda lantaran harganya yang boleh dianggap mewah.
Untuk membandingkan kehebatan Kawasaki Ninja ZX-14 atau Ninja 250 mungkin tidak berbaloi kerana setiap satu jentera berkenaan menghasilkan kesan tunggangan yang berbeza sama sekali.
ZX-14 pastinya lebih berkuasa manakala Ninja 250 pula jauh lebih rendah harganya berbanding ZX-10R.
Kehadiran ZX-10R edisi 2008 boleh dianggap sebagai usaha Kawasaki untuk kembali menyinar di arena perlumbaan dan walaupun ZX-10R edisi 2007 mampu mencabar, Kawasaki memerlukan sedikit pengubahsuaian yang ada pada keluaran 2008 untuk lebih berdaya saing.
Perbezaan paling ketara pada kedua-dua model iaitu keluaran 2007 dan 2008 ialah kedudukan casis yang sudah diubah suai, lengan ayun serta reka bentuk kerangka yang kelihatan lebih agresif dan menarik.
ZX-10R edisi 2008 dilihat lebih cenderung kepada reka bentuk terbaru yang banyak dihasilkan pesaing Kawasaki dan kedudukan ekzosnya dilihat mampu mengembalikan nostalgia terhadap jentera sebelum ini.
Sistem suspensi KYB yang digunakan pada ZX-10R memang menyenangkan dan penunggang tidak akan merasa bimbang ketika membelok kerana ia akan memberi kepuasan yang bukan sedikit buat penunggangnya.
Di atas lebuh raya, sukar bagi mana-mana jentera lain untuk menandingi kuasa yang mampu dihasilkan ZX-10R dan penunggangnya tidak perlu bimbang kerana sistem brek Tokico yang digunakan, boleh diharapkan serta dipercayai.
Penggunaan bahan api ZX-10R juga tidak begitu besar walaupun anda menunggang pada tahap kelajuan yang tinggi.
>Spesifikasi
ENJIN: Empat lejang, sejukan cecair, DOHC, empat injap setiap silinder, empat sebaris
KUASA: 998cc
SUNTIKAN MINYAK: DFI dengan throttle 43mm Keihin, suntikan kembar
TRANSMISI: Enam kelajuan
SAIZ TAYAR DEPAN: 120/70 ZR17
SAIZ TAYAR BELAKANG: 190/55 ZR17
SUSPENSI DEPAN: 43mm inverted fork dengan balutan DLC, boleh laras
SUSPENSI BELAKANG: Bottom-Link Uni-Trak dengan spring, stepless, boleh laras
BREK DEPAN: Cakera kembar 310mm dengan caliper empat piston
BREK BELAKANG: Cakera tunggal 220mm dengan caliper piston tunggal
killo!!! ko suka dak yg nih.. kaler oreng gak nih... bawak aku gi starbak naik ninja ni best wooo!! rasa macho ajer tee hee |
|
|
|
|
|
|
|
naked gak ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 nik2121\ catat
Takder laa, full fairing ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
kilo tak suka yg ni... dia tunggu KTM dia kuar... |
|
|
|
|
|
|
|
di mana ada moto...di situ ada ryo..hahaha..
menangis tengok moto nih......adehhhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 ryo_takahashi1's post
tol ar ryo, yg baru ni kurengg sket...
design lame aku lebih pekenan... |
|
|
|
|
|
|
|
stuju ngn genting42..xkenen la headlight 2008..yang lame punye nampak jantan skit~ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ryo_takahashi1 at 17-7-2008 09:43 AM
ni gambo penuh model 2008.. tapi aku kureng minat sikit..
http://www.mcnews.com.au/Wallpaper/Kawasaki/ZX10R/2008/2008_ZX-10R_Green_RHF_1024.jpg
yg ni lebih chunnnn...
http://img529.images ...
mak oih , baper rege kawa yg lama tuh?spare part senang dpt ke idak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HijauNature at 17-7-2008 03:04 PM
mak oih , baper rege kawa yg lama tuh?spare part senang dpt ke idak?
betoi ke abang hijau ni berminat....
kawa takkan ada masalah spare part bang.... selagi sunrock ada.. selagi tu le no problemo....
sediakan aje duitnya....
nak ZX10R model 04/05 ke...? dah murah dah motor ni...
ada yg nak tolak RM60k... siap full system dan complete power commander... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ryo_takahashi1 at 17-7-2008 04:33 PM
alamak... aku dah kena sound la...
ok la bang encem.. lepas ni aku tak reply lagi kat thread motow
awwwccchhh...jangan le begitu...heehehehe....weh yeop..ahad nih, pekene laksa superyin..moh le kite... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 ryo_takahashi1's post
Kau silap Ryo, aku pun suka jugak yang ni.
Design yang pelik2 semua aku suka.
Berapa puluh ribu ni?
Spares Kawasaki bikes takda masalah kat Malaysia. Great support from Sunrock Kawasaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 Kilokahn's post
new model ni tak tahu le.. basically tak lari jauh dari 1000RR & R1 la...
lebih kurang RM90k++ cemtu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|