|
kuatkan iman tingkatkan amalan...ALLAH ada di mana... |
|
|
|
|
|
|
|
POLIGAMI ADAKAH CINTA NAFSU ?
Sayang suami ialah perasaan (rasa) yang relatif dan datang secara fitrah; bila seorang itu berkahwin maka sayanglah ia pada suaminya, walau siapa pun lelaki itu.
Misalnya, seorang perempuan yang pernah bersuami, kemudian berpisah hidup (bercerai) atau mati, kemudian dia kahwin lagi, maka kasihlah ia akan suami barunya.(tidak dinafikan ingatan pada yang lama tetap ada). Kalau suaminya bernama A maka A-lah yang dikasihinya. Tapi taqdirnya suami bernama B, maka B-lah yang dicintainya.
Cinta suami bukan kerana individu suami, tetapi kerana nafsunya memang suka pada suami. Ini berbeza dengan kasih dua ibu bapa pada anak-anak. Sekiranya ditukar emaknya dengan permaisuri raja sekalipun, nescaya hatinya tetap pada ibunya yang berada di kampung. Itulah kasih murni atau cinta fitrah namanya,sedangkan kasih akan suami adalah cinta nafsu.
Manusia tidak pernah merajuk kalau ibunya beranak lagi; ertinya seseorang itu tidak bimbang kalau kasih ibunya berbelah bagi antara adik-beradiknya. Malahkalau dia kakak, dia akan turut berbangga dengan kelahiran adiknya, walaupun dia tahu mulai saat itu kasih ibunya bukan lagi untuknya seorang. begitulah kasih yang murni atau kasih semulajadi yang tidak dikaitkan dengan apa-apa kepentingan. Ia membuatkan seseorang itu rela memberi kebahagiaan kepada orang yang dikasihinya. tapi rasa cinta yang didorong oleh nafsu adalah cinta yang tidak suci kerana ada kepentingan diri. Ia bersalut dengan cemburu dan hasad dengki yang datang silih berganti. Dia ingin bolot cinta untuknya sendiri.
Cinta yang semacam itulah kadang-kadangnya menghancurkan kebahagiaan suami isteri. Khususnya bila suami berkahwin lagi. Isteri sanggup melakukan apa saja demi melepaskan rasa marah, benci dan dendam padasuaminya, walhal itu semua katanya kerana cinta pada suami.
Mengapa seorang isteri tidak berusaha membuktikan kasihnya pada suami dengan membenarkannya berkahwin lagi? kalau dirasakan itu sudah menjadi keperluan kepada suaminya. Bukankah cinta yang besar perlu dibuktikan dengan pengorbanan yang besar pula.
Selagi seorang isteri tidak mencintai suaminya dengan cinta fitrah (bukan cinta nafsu) selama itulah dia tidak akan membenarkan suaminya berkahwin lagi. Cinta fitrah inilah yang bersemi dalam hati isteri-isteri nabi. Dan ia sentiasa mengatasi cinta nafsu di dalam diri wanita-wanita solehah.
Kiranya seorang isteri terus-menerus gagal untuk memberikan cinta fitrah (suci) pada suaminya, nescaya masalah rumahtangga mereka tidak akan selesai. Kerana cinta nafsu yang dikekalkan itu tidak akan mendorong seseorang untuk mengutamakan kehendak Allah dan kehendak suaminya, kecuali pada perkara yang sesuai dengan nafsunya. Nafsu sifatnya ialah mementingkan diri sendiri. Sedangkan dalam Islam, orang yang paling baik ialah yang dapat memberi kebaikan kepada orang lain, sabda Rasulullah saw:
“ sebaik-baik manusia ialah mereka yang dapat membuat kebaikan terhadap manusia lain.”
Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. hatiorang yang bertaqwa hanya untuk Allah dan Rasul-Nya, yang melihat Akhirat lebih utama daripada dunia. maka dikorbankanlah dunia untuk Akhirat. Dia rela berkorban demi kehendak Allah dan kehendak suami. Redha dengan taqdir dan menanti Syurga yang dijanjikan dengan penuh rindu.
Seorang isteri yang menghalang suami berkahwin, walhal suaminya perlu berbuat begitu, adalah isteri yang mementingkan diri kerana terlalu melayan cinta nafsu. Sebab bila suami sudah ada hati untuk berkahwin lagi, bermakna suaminya sudah ada keinginan pada perempuan lain selain isterinya. Kiranya keinginan itu tidak tertunai, dihalang oleh isteri, suami itu akan mula liar dan tawar hati dengan isterinya. Dirasakan isterinya tidak faham jiwanya, tidak membantu menyelesaikan masalahnya.
Bila hal ini berlaku, hubungan suami isteri mulai cacat sedikit demi sedikit. Kiranya isteri memahami malah mendorong hasratnya, maka cintanya akan bertambah. Suami akan rasa berterima kasih kepada isterinya. kepercayaan, kasih sayang dan rasa terhutang budi akan melimpah ruah pada isterinya. tenteramlah hatinya, dan sekurang-kurangnya dia berjanji pada dirinya, “Aku tidak akan sia-siakan pengorbanan isteriku ini.”
Apa dibimbangkan kasih yang akan berbelah bagi, dan malam yang terpaksa digilirkan? Sebab kalau tanpa poligami pun belum tentu suami kita mengasihi kita seratus peratus. Dan tidak ada jaminan yang setiap malam adalah “malam pengantin” antara kita dengannya.
Takut kekurangan harta atau ekonomi rumahtangga terjejas? Atau risau diri tidak dipedulikan? Apa jaminan bahawa tanpa poligami kita kaya, dan akan selalu dimanjakan? Berapa ramai orang yang tida kberpoligami pun kucar-kacir rumahtangganya, selalu berpisah, papa dan terbiar. malah secara kasar,menurut laporan kadi, kebanyakan kes cerai adalah diantara suami isteri yang monogami.
Ada yang berkata, “Aku akan halang dia sedaya upaya agar dia tidak berkahwin lagi. Biar dia derita asalaku puas. Tidak apa kalau dia simpan perempuan daripada kahwin lagi.” Cakap ini bukan cakap orang mukmin.
Membenarkan suami berzina atau simpan perempuan adalah lebih buruk lagi daripada membenarkan suami berkahwin. Poligami adalah halal, zina adalah haram. Suami akan bebas mencari seberapa ramai perempuan untuk dizinai dan suami akan mencapai kepuasan seks di luar rumah lebih daripada apa yang diberi oleh isterinya. Dan iniakan lebih menjejaskan kasih suami pada isterinya. Cinta nafsu suami habis terlepas di luar.
Suami yang berzina tidak fikir giliran lagi dan dia bebas untuk balik ke rumah atau tidak balik langsung. Sedangkan suami yang ada dua isteri akan merasatanggungjawab, terkawal serta masih suka menggilirkankedua-dua isterinya itu.
Suami yang menikahi isteri-isteri secara halal adalah lelaki yang bertanggungjawab dan diterima di sisi masyarakat. Sebaliknya suami yang rela berzina untuk keseronokan nafsunya, adalah lelaki yang tidak suci, tiada rasa tanggungjawab, serta tertolak di sisi masyarakat.
Bernikah mencetuskan rasa kekeluargaan antara pihak-pihak yang terlibat. Sedangkan berzina, merenggangkan seseorang dengan keluarganya. anak-anak akan malu dan kesal kerana ayahnya penzina. tapi kalau ayahnya berkahwin lagi, dengan diredhai oleh ibunya, anak akan bangga dan terasa mempunyai ibu yang baru bersama datuk dan nenek yang baru.
Dengan poligami orang tidak kata lelaki itu jahat. Isteri yang merelakan suami berkahwin satu lagi akan disanjung denga kata-kata, “Hebat awak ni! Kerana mampu berkorban untuk suami hingga begitu sekali.”Lelaki yang bertanggungjawab terhadap isteri yang ramai tentu lebih mulia daripada lelaki yang cuma bertanggungjawab terhadap seorang isteri.
Antara kesusahan berpoligami dan kesusahan bersuami penzina, kesusahan mana yang lebih parah? Manakah yang lebih ringan untuk ditanggung oleh para isteri?
Poligami dalam masyarakat hari ini menjadi begitu buruk kerana ia tidak diamalkan mengikut Sunnah Rasulullah saw. Suami bersalah, dan isteri lagi-lagilah bersalah. Walhal kalau ia dilaksanakan mengikut kaedah syariat yang betul, kebaikannya dan keindahannya akan lebih terserlah. |
|
|
|
|
|
|
|
MENGAPA HILANG BAHAGIA DENGAN POLIGAMI ?
Saya merasa terpanggil untuk memberi serba sedikit pandangan atau pendapat di dalam ruang ini, memandangkan terlalu ramai yang telah memberi hujah mengenai bab poligami ini. Ada diantaranya yang sanggup memberi hujah tanpa disedari hujahnya itu terlalu mengikut kata nafsunya sendiri dan bukan mengikut kata syariat lagi. Hujah-hujah yang mengikutkata nafsu yang tidak dipimpin oleh iman ini, tanpadisedari atau tidak, dia boleh termasuk antara golongan orang-orang yang menentang hukum atau ketentuan Allah swt.
Ingat, setiap apa perbuatan kita baik lahir dari hati, percakapan atau penulisan kita, semuanya nanti akan Allah swt. hisab di akhirat. Semua lakonan kita di dunia ini nanti akan Allah swt pertontonkan semula. Apakah kita sanggup nanti dicampak ke dalam neraka akibat kelemahan nafsu kita yang tidak setuju dengan poligami ini?
Soal poligami adalah soal yang sensitif pada golongan kaum wanita umumnya. bermacam-macam hujah dikeluarkanoleh meraka yang tidak bersetuju dengan poligami ini, kalau nafsunya tidak ditunduk atau dipimpin oleh kesedaran iman.
Insya Allah, moga-moga Allah izinkan saya menjawab beberapa soalan atau hujah-hujah kaum wanita yang tidak berapa setuju dengan poligami ini. Untuk memudah pemahaman ini saya akan membuat beberapa soalan kembali dari kebanyakan wanita yang telah bersuami yang meminta pandangan dari saya sebelum ini.
Soalan: Kenapa kebanyakan lelaki suka berkahwin lebih dari satu?
Jawapan: Itukan bagus? Para isteri berpeluang menghadiahkan kepada suami mereka sesuatu yang paling berharga.
Soalan: Tidak mungkin begitu. Sanggupkah seorang lelaki menghadiahkan kepada isterinya seorang lelaki lain sebagai suami kedua?
Jawapan: Itu tidak mungkin, sebab syariat tidak membenarkan. Sebaliknya syariat membenarkan seorang lelaki berkahwin lebih dari satu.
Soalan: Kenapa begitu? Bukankah dari segi perasaan lelaki dan wanita sama sahaja. Kalau seorang lelaki tidak rela isterinya menduakannya, maka wanita juga
tidak rela suaminya menduakannya. Apa syariat tidak menimbangkan soal ini?
Jawapan: Ya, di segi perasaan lelaki dan wanita adalah serupa tetapi tidak serupa kemampuan dan tanggungjawab. Oleh itu tidak semua perkara yang dibolehkan pada lelaki, boleh juga pada wanita. Contohnya tentang poligami, perempuan tidak dibolehkan kerana seandainya dia mengandung, anak itu hendak dibinkan suami yang mana? Kesan dari itu macam-macam risiko yang terpaksa ditanggung oleh anak itu, ibu ayah, datuk nenek dan saudara mara yang terlibat. Kepada siapa pula anak itu dipertanggungjawabkan?
Hal ini tidak berlaku kalau lelaki yang berpoligami.Anak-anak yang lahir dari isteri-isterinya semuanya adalah tanggungjawab suami. Kalau isterinya empat orang, anaknya pula 30 orang, maka semuanya mesti dibiayai oleh suami tersebut. Itu merupakan salah satu sebab kenapa poligami tidak dibenarkan pada perempuan.tetapi lelaki dibolehkan dengan syarat dia bertanggungjawab melindungi dan menanggungi semua yang terlibat. Itulah keadilan syariat.
Jika wanita terpaksa berdepan dengan kesusahan kerana poligami, lelaki pula begitu juga. Wanita susah perasaannya, lelaki susah tanggungjawapnya.
Soalan: Seandainya saya jadi suami, saya rasa tidak tergamak hendak menduakan isteri. Tetapi kenapa dia sampai hati untuk berbuat begitu?
Jawapan: Saudari tidak boleh menyamakan jiwa lelaki dengan jiwa wanita. Jauh bezanya watak hati antara dua makhluk yang berlainan jenis itu. Syariat membenarkan poligami kerana lelaki mempunyai jiwa dan fizikal yang layak untuk itu, untuk tujuan-tujuan yang besar pula.Tetapi perempuan tidak dijadikan untuk tugas ini.
Antara kepentingan poligami ialah:
1. Meramaikan zuriat.
2. Membela yang janda, andartu dan lebihan wanita.
3. Menyelesaikan masalah suami sewaktu isterinya mengandung, bersalin dan lain-lain keuzuran.
Soalan: Bukankah ikatan suami-isteri diasaskan atas faktor itu?
Jawapan: Ya, tetapi bukan semata-mata itu. Saudari perlu imbangkan kehendak-kehendak nafsu ini dengan kemahuan-kemahuan akal fikiran, jiwa serta keperluan-keperluan kemanusiaan orang-orang selain saudari.
Soalan: Apa maksud saudara?
Jawapan: Akal saudari tentu bersetuju dengan kepentingan-kepentingan atau faedah-faedah poligami. Hati saudari pasti bersempati dengan kaum sejenis yang tidak ada suami atau wanita tersebut belum berkahwin lagi. Betapa orang lain selain saudari mengharapkan agar saudari merelakan suami saudari berkahwin lagi. Bahkan saudari sendiri sepatutnya merasa terhutang budi kepada suami saudari kerana mengahwini serta melindungi dan menyediakan rumah dan keperluan saudari. Atas pengorbanannya itu adalah tidak wajar seandainya saudari tidak membenarkan permintaannya untuk berkahwin lagi.
Soalan: Saya tetap merasakan bahawa setiap wanita tidak bersetuju dengan poligami. Kami hilang bahagia kerana poligami.
Jawapan: Manusia hilang bahagia bukan kerana poligami. Berapa ramai orang yang tidak terlibat dengan poligami pun “frust” selalu, yang ramai bunuh diri itu, bukan sebab poligami, tetapi tak lain tak bukan kerana iman lemah.
Siapa juga yang tidak kuat iman, akan hilang bahagia dengan segala bentuk ujian. Ujian tidak lulus periksa, tunang diambil orang, kematian orang yang dikasihi, suami berkahwin lagi dan lain-lain.
Soalan: Saudara menganggap saya tidak beriman?
Jawapan: bukan begitu. Bukti iman seseorang ialah dia redha dengan takdir yang Allah tentukan padanya. Dia tidak keluh kesah. Tidak menderita. Iman membuatkan seseorang boleh tenang dalam ujian. tenang walaupun suaminya berkahwin lagi.
Soalan: Saudara menyuruh saya melawan fitrah kewanitaan saya, sedangkan kehendak fitrah adalah suatu tuntutan yang murni, yang patut dibenarkan?
Jawapan: Menderita kerana suami berkahwin lagi bukan rasa fitrah. Itu adalah nafsu, sebab poligami bukan mengambil seluruh keperluan-keperluan batiniah wanita(ertinya tidak menafikan keperluan fitrah). Ia hanya meminta wanita mengorbankan sebahagian kenikmatan itu untuk kaum sejenisnya yang juga memerlukan nikmat itu.
Soalan: Tapi perasaan ini sangat menguasai saya, menentukan tenang tidaknya hidup saya?
Jawapan: Memang nafsu itu boleh membuatkan seseorang masuk neraka dunia dan akhirat. Bukankah Allah dan Rasul telah memberitahu tentang ini.
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepadakejahatan.”
Sabda Rasul lagi ertinya,
“Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak antara dua lambung engkau.”Barangsiapa yang mengikut kata nafsu hingga lupakan Allah, maka lihatlah apa akibatnya. Allah berfirman:
“Barang siapa berpaling daripada mengingati aku maka baginya ialah kehidupan yang sempit.”
Soalan: Bagaimana saya boleh melepaskan diri dari belenggu nafsu ini?
Jawapan: Nafsu hanya boleh ditunduk dengan api neraka. Maksudnya sewaktu nafsu memujuk kita agar berlaku engkar dengan Allah, maka kita katakan padanya, “Wahai nafsu, kata-kata engkau ini boleh menyelamatkan aku,tetapi akan membawa aku ke neraka. janganlah engkau hendak memperdayakan aku.” Saudari percaya pada neraka?
Percaya, tapi tidak begitu memikirkannya.
Jawapan: Kerana hati dan fikiran kita sentiasa memikirkan hal-hal keduniaan. Itulah dia nafsu. Dia telah berjaya menguasai sepenuhnya lahir batin saudari, sedangkan wanita beriman, hati dan fikirannya banyak memikirkan nasibnya di akhirat.
Soalan: Apa faedahnya kita memikirkan sangat tentang akhirat?
Jawapan: Supaya kita dapat berkorban sebanyak mungkin di dunia ini, untuk mendapat sebanyak-banyaknya keuntungan di akhirat. Contohnya saudari dapat korbankan harta benda di jalan Allah agar ianya menjadi simpanan di akhirat, sedangkan wang itu jika tidak dikorbankan ia akan habis di dunia sahaja. Begitu juga saudari dapat berkorban untuk suami dengan membenarkan dia berkahwin, demi merebut janji Allah diakhirat. Walhal jika saudari “control” dia, dia pastiakan mati juga dan saudari tidak mendapat apa-apa diakhirat. Mengapa saudari mesti melepaskan peluang ini?
Tetapi pengorbanan ini rasanya terlalu berat untuk saya.
Jawapan: Kerana saudari tidak nampak (dengan hati) syurga di akhirat. Kalaulah saudari melihat syurga maka harga suami ataupun dunia ini keseluruhannya sudah menjadi kecil sekali. Dan saudari tidak merasa berat lagi untuk berkorban. Saudari pernah belajar diuniversiti?
Pernah
Jawapan: Mudahkah untuk memasuki universiti dan untuk lulus di universiti? Tidak bukan? Saudari terpaksa berkorban bertahun-tahun tanpa rehat, tanpa berhibur,kurang tidur, berjaga malam dan kurang makan. Masa penuh dengan berfikir, mengkaji, menghafal, merujuk,menulis, membaca, mengira dan bermacam-macam lagi.Semua kesusahan itu saudari menanggungnya dengan rela, demi mengharapkan kejayaan. Dari kejayaan itu Saudari mengharapkan syurga dunia. Syurga sementara.
Begitulah juga dengan orang lain, bersusah-susah dalam hidupnya demi mendapatkan kemewahan duniawi. Nelayan rela mengharungi laut untuk hidup. Sekarang cuba saudari paksa diri untuk menanggung beban kesusahan duniawi demi untuk mendapatkan syurga akhirat yang kekal abadi. Kalau betul saudari beriman dengannya.
Hanya setakat ini dahulu, semoga pandangan atau pendapat saya ini dapat membetulkan beberapa kesilapan yang selama ini kurang disedari oleh pihak-pihak yang memandang soal poligami terlalu negative atau sebagainya. Moga-moga pandangan atau pendapat saya ini menambah pemahaman dan ilmu anda semua dan anggaplah yang benar itu datangnya dari Allah swt dan sama-samalah kita menerimanya dan yang tidak benar itu anggaplah ianya dari kelemahan saya sendiri. Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanx atas pendapat semua... insyallah, baki dan sisa kekuatan yang ada nieh.. membantu i melalui semua ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak I dapat nafikan perasaan rindu pada dia sangat kuat. Setiap kali prasaan itu hadir.. setiap kali la air mata berlinangan.
Kebahagiaan dia & family adalah harapan dan doa untuknya.
I lalui hari2 tanpa dia.. tanpa panggilan telefon dan sms.. erm.. semuanya insyallah, dapat I lupakan sikit demi sedikit.
Apa yang i buat, cuma tumpukan pada karier... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm, tak terfkir ke tuan rumah, yang jantan itu telah betul-betul mainkan you bila menipu dirinya bujang? Tidak tersinggung ke harga diri you?
Bersyukurlah, Tuhan telah membuka jalan untuk you melepaskan diri dengan menutup pintu hati ibu bapa you daripada menerima jantan itu. Satu hari nanti you akan berterima kasih kepada mereka kerana telah menyelamatkan you. Bila you bertemu dengan jodoh you nanti, you akan bersyukur yang amat sangat kerana tidak berkahwin dengan laki orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by exchangeserver at 5-12-2008 08:16 AM
Tidak I dapat nafikan perasaan rindu pada dia sangat kuat. Setiap kali prasaan itu hadir.. setiap kali la air mata berlinangan.
Kebahagiaan dia & family adalah harapan dan doa untuknya.
I ...
Time heals. Trust me.
Sabar yer.. doa banyak2 kat Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 exchangeserver\ catat
teruskanlah jika ianya memberi kebaikan kepada anda................tidak ada istilah lelaki curang sebenarnya
kerana lelaki boleh berpoligami..........tetapi isteri curang ni yang berat sebab tak boleh berpoligami |
|
|
|
|
|
|
|
I just concentrate to my work in order to erase the memories with him.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #751 exchangeserver's post
|
|
|
|
|
|
|
Balas #752 LoveSungmin\ catat
Thanx.. insyallah. Smoga apa yg jadi memberi kekuatan pada i untuk masa akan datang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|