CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2622|Reply: 10

keta james bond dilelong!!!

[Copy link]
Post time 16-11-2008 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Kereta Bond dilelong


SEORANG model berdiri di sisi kereta Lotus Esprit yang
bakal dilelong pada 1 Disember ini.



LONDON - Sebuah kereta sport Lotus Esprit keluaran 1976 yang pernah digunakan dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me bakal dilelong di Bonhams di sini awal bulan depan

Acara lelongan tahunan elit itu menyaksikan kereta berwarna putih dipandu Roger Moore untuk sekuel Bond tahun 1977 tersebut mungkin dibida sehingga £120,000 (RM640,000).

Turut dilelong ialah plat pendaftaran klasik AU1 yang digunakan untuk kereta Rolls Royce Phantom III oleh penjahat dalam filem Bond berjudul Goldfinger pada tahun 1964. - Agensi

Jurucakap Bonhams berharap plat terkenal simbol kepada kod kimia logam emas tersebut bakal dibeli pada harga lebih daripada £80,000 (hampir RM430,00). - Agensi





more than half mill??  aku beli poster dia ajer ler... ... tapi siyesly.. masa tengok  roger moore pakai keta ni citer spy who lob me tooo   cisssssssss  mmg ler teruja... tapi dah 32 taon tu.... sampai lebih half mill...   aku setel ngan jazz aku ajer ler..      melainkan dia lelong tu ngan  awex tu sekali.... tu aku mungkeng leh konsider   tee hee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 01:31 PM | Show all posts
kalo keta tu boleh selam,
mau gak aku beli..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 02:00 PM | Show all posts
keta lotus eh??
boleh mintak ngan protong bg diskaun lg x??
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 02:58 PM | Show all posts
kat shell kete james bond murah je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 04:42 PM | Show all posts
Kereta Bond termahal ialah Aston Martin DB5 yang dipakai dalam filem Goldfinger. Pada 2006 ia dilelong pada harga USD2.09 juta (RM7.31 juta)
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 06:26 PM | Show all posts

Balas #5 alphawolf\ catat

10 aku boley beli..




















yg dekat shell ar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2008 09:47 PM | Show all posts

Reply #5 alphawolf's post

mahal giler...kereta pun tak lawa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 12:47 AM | Show all posts
beli kat shell murah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 08:52 AM | Show all posts

Balas #10 yosh\ catat

hahaha.. aku ingat thread kete shell tadi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 06:47 PM | Show all posts
Kereta kelima James Bond
Oleh Mohd Razlan Salleh






SERENTAK dengan tayangan filem terbaru James Bond, Quantum Of Solace, baru-baru ini, Shell Malaysia turut melancarkan kereta kelima ejen perisik British itu, Aston Martin DBS.

Menurut Pengurus Kanan Serantau (Runcit Pusat), Fong Lai Pong, semua kereta itu adalah koleksi unik dan barangan yang mesti dimiliki peminat James Bond.

"Kami sudah melancarkan empat jenis kereta pertama dalam koleksi ini dan sambutannya amat memberangsangkan.

"Dengan pelancaran kereta Aston Martin DBS ini, maka lengkaplah koleksi termasuk beg bimbit 'Spy' rekaan khas untuk dijadikan koleksi," katanya.

Promosi 'Kereta-Kereta Bond-Eksklusif untuk Shell' adalah kesinambungan daripada kempen koleksi kereta Shell-Ferrari yang mendapat sambutan luar biasa sebelum ini.

Koleksi kereta Bond mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia dilakukan buat pertama kali manakala Malaysia adalah negara pertama di dunia melancarkan koleksi kereta itu untuk Shell.

"Kami menjangka promosi ini mendapat sambutan hangat daripada pelanggan yang arif menilai bahawa bukan semua minyak petrol itu setaraf, sama juga ejen perisik MI6 itu.

"Minyak Shell V-Power Racing bukan saja menjana kuasa dan prestasi yang lebih bertenaga kepada enjin malah membantu pemandu menikmati keseronokan memandu.

"Shell Super with Fuel Economy pula menjanjikan perjalanan dengan jarak kilometer lebih jauh," katanya.

Promosi 'Kereta-Kereta Bond - Eksklusif untuk Shell' mempamerkan kereta model James Bond edisi terhad yang dijual secara eksklusif di semua stesen petrol Shell di seluruh negara sehingga 17 Disember atau selagi stok masih ada.

Setiap model boleh dibeli dengan harga RM5.50 seunit apabila membeli sebarang minyak Shell bernilai RM40 ke atas atau rangkaian minyak pelincir Shell Helix.

Kereta model koleksi unik ini termasuk Sunbeam Alpine 5 seperti yang dilihat dalam filem 'Dr No', Lotus Esprit (The Spy Who Loved Me), BMW Z3 Roadster (GoldenEye), Aston Martin DB5 (Goldfinger dan Thunderball) serta Aston Martin DBS daripada filem Casino Royale dan Quantum of Solace.

Selain itu, Shell juga menyediakan beg bimbit 'Spy' James Bond 007 rekaan khas yang eksklusif dan boleh dibeli dengan harga RM60 sebagai pelengkap koleksi itu.

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 03:19 PM | Show all posts

Reply #9 mycos79's post

Memang tak lawo (kena pulak model tahun 60an) tapi dunia lelongan ni kan ada 'biol' sket.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.458705 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list