CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8021|Reply: 16

Skyline GTS-TR 34

[Copy link]
Post time 13-12-2008 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Duplikasi Skyline R-34

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR

Skyline R-34 adalah model terbaik kereta Jepun. Harganya yang terlalu mahal, menyebabkan lahirnya jentera seperti GTS-T.






KERETA Nissan menerusi model Skyline R-34 adalah model yang cukup berjaya mengubah imej kereta sports Jepun yang satu ketika dahulu dianggap 'murah' dan tidak tahan lasak.

Model sentuhan asli pakar automotif Jepun itu boleh dianggap raja bagi mana-mana kereta sport GT Jepun yang dilengkapi dengan segala teknologi terbaik dari pengeluar Datsun itu satu ketika dahulu.

Model R-34 ini juga buat pertama kalinya diuji di litar Nurburgring, Jerman untuk membuktikan kepada media dunia bahawa kereta sports coupe ini mampu memberi saingan kepada kereta-kereta Dodge Amerika Syarikat dan sportster buatan Itali.



NISSAN SKULINE R-34 menjadi pengubat lara kepada
mereka yang kurang mampu untuk memiliki sebuah Skyline GT-R.



Siri V-Spec GT-R misalnya dijual dengan harga kira-kira setengah juta ringgit di Malaysia ketika mula dibawa masuk sekitar tahun 2000. Kereta ini sendiri sememangnya mahal di Jepun, membuatkannya model yang sukar ditemui di jalan raya di sana.

Namun begitu, untuk membolehkan mereka yang kurang berkemampuan (tetapi kaya) memiliki model yang hampir sama, pihak Nissan telah memperkenalkan model GTS-T (juga ada seperti GTS, GS empat pintu dan berbagai lagi).

Model ini dipasangkan dengan enjin Neo 6 turbo berkapasiti 2.5 liter yang menggunakan asas daripada enjin RB25DET dalam pembinaannya.

Beza antara GTR dan GTS secara visual ialah reka bentuk luarannya yang menampilkan imej sporty yang berbeza. Model GT-R didatangkan dengan bumper hadapan besar, sepasang lampu kabus yang dicantumkan dengan isyarat membelok serta sepasang fender yang lebar.

Lampu belakang antara kedua model ini masih sama. Tetapi jika diteliti dari dekat, model GT-R dihasilkan dengan bentuk badan lebar di belakang bermula dari tiang badan C dan D.

Kereta yang dipaparkan kali ini adalah antara contoh binaan semula industri prestasi tinggi Jepun. Dibina oleh pihak BN Sports, kereta ini telah menjalani pengubahsuaian yang ekstensif terhadap nadi penggerak RB25DET tersebut dengan menempatkan sistem turbo Garret T450 tahap SPL.



LIANG-LIANG yang memberi ruang udara panas dari enjin untuk keluar.



Blok enjin ini menerima bahan bakar daripada enam penyuntik tambahan SARD yang masing-masing berkapasiti 550cc.

Boost berlebihan dikeluarkan menerusi wastegate Trust 88mm dan injap blow-off Greddy. Produk Greddy juga dilihat pada unit penapis udara yang menampilkan penapis udara Trust (Trust/Greddy adalah pengeluar yang sama).

Sistem kotak komputer enjin telah ditala semula dengan menggunakan ECU yang ditempah khas dari pihak NISMO. Pelarasan boost dijalankan oleh alat sokongan HKS Electronic Valve Controller (EVC)

Sistem ekzos kereta ini telah diperbaharui dengan memampatkan paip-paip stainless steel 304 HKS. Ia merupakan peralatan bolt-on yang didatangkan lengkap dengan peredam bunyi asal HKS, namun pihak BN Sports telah bertindak menukar peredam asal kepada peredam JIC.





Kotak gear lima kelajuan manual asal telah diperkuatkan dengan pelapik klac Nismo. Membezakan GTR dengan GTS ialah sistem pacuan empat roda HICAS BNC R-34 dan pacuan roda belakang konvensional LSD pada GT-S.

Sistem suspensi kereta ini telah diperbaharui dengan mengadunkan set suspensi lengkap upper pillowball mount camber berjenama JIC Magic. Brek-brek kini ialah brek 6 pot GTR di hadapan dan brek asal GTS (juga Brembo) di bahagian belakang.

Menemani ruang rodanya ialah rim-rim krom Volks Racing GT-AV berdiameter 19 inci yang disalutkan dengan tayar-tayar Goodyear Eagle bersaiz 245/35/19 di segenap sudut.

Bahagian dalaman kereta ini kelihatan agak ringkas dengan sepasang tempat duduk bucket penuh JIC yang ditemani stereng Momo sport 14 inci. Gugusan meter dalamannya telah dipertingkatkan dengan penggunaan meter RPM Auto Meter dan meter tambahan Greddy.

Bahagian luar Skyline ini masih mengekalkan keaslian asas GTS-T. Pihak BN Sports telah menempah bodykit custom dari pihak Gracer untuk mendapatkan kelainan pada model GTS-T yang pernah disolek oleh syarikat tersebut.

Bodykit agresif ini menampilkan sirip bonet, bumper hadapan, skirting sisi dan spoiler GT belakang. Langkah terakhir ialah melayangkan warna sparkling 3D Gold untuk menarik perhatian umum terhadap legenda kereta sport kelahiran Jepun ini.





aku cuma pernah tengok 3 kali ajer skyline ni kat s alam.... tu pun blue blood punyer ler.... yg aku tengok pung mmg warna kunen gak.... bley angan2 ajer la nak pakai sportscar ni.... aku suka betul sportrim dia... klass.. mmg klasss... gempaq  mmg gempaq dan macho kalu dapat sebijik!!!    bila ler tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2008 09:36 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

kat shah alam tu ko ada nampak tak GTs-T kaler hitam..?? bumper & grille suda kasi tukar...
the only 4 doors skyline yg pernah aku naik dan jumpa kat malaya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 10:07 AM | Show all posts
keta sorong yg mat endon buat angkut bancuh simen tu korang dah try pandu dah ? bagus tu buat main drift boleh kuar peluh
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 10:17 AM | Show all posts
gambar engine tak de ke...kalau ada boleh tengok jentera dalamannya
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 11:41 AM | Show all posts
aku nk beli kete kontrol skyline nih pon xmampu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 12:35 PM | Show all posts

Reply #5 rock_star's post

ko further study jer kat nipponn...
pas tu ko antar paper pepagi cam jiran aku dulu.. mampu laa pakai kancil mira turboooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2008 01:42 PM | Show all posts
GT-R baru da kluar
tp R34 tetap femes
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 04:29 PM | Show all posts
antara kereta yg aku tatau jenis/model/siries.... sama mcm BMW, merc dsb...

gtr tu hapa? r34 tu hapa? memang langsung aku tatau... apa yg aku tau...

wow... that is skyline... wow... thst's bmw...


mungkin aku kurang berminat pada skyline... kereta kereta gt terutamanya...


but hey, a car that was banned in US should get as many credit as it can get...

hail to skyline....:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2008 09:07 PM | Show all posts
Originally posted by ryo_takahashi1 at 13-12-2008 09:36 AM
kat shah alam tu ko ada nampak tak GTs-T kaler hitam..?? bumper & grille suda kasi tukar...
the only 4 doors skyline yg pernah aku naik dan jumpa kat malaya ni...



ye lorrr mmg aku ada nampak GTS T kaler itam...    mana nak lufe sbb prominent sgt kalu worang pakai skyline nih....  macho beb macho  tapi  tak makan ler aku 4 taon kalu nak beli skyline nih     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2008 09:18 PM | Show all posts
Originally posted by geng_tx at 13-12-2008 04:29 PM
antara kereta yg aku tatau jenis/model/siries.... sama mcm BMW, merc dsb...

gtr tu hapa? r34 tu hapa? memang langsung aku tatau... apa yg aku tau...

wow... that is skyline... wow... thst's ...



hiya tx..

GT-R  tu stands for  Gran Turismo Racer

GT-B  stands for Gran Turismo Berlinetta


R34 tu shortened for E-BNR34 chassis

R32  pulak shortened for  E-BNR32 chassis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2008 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by zarahi at 13-12-2008 10:17 AM
gambar engine tak de ke...kalau ada boleh tengok jentera dalamannya



ni gambar R33

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 10:48 PM | Show all posts
hi hi hi.....

bagus boss....penerangan yg tepat, CC dia tetap sama?


memang aku tak paham jenis jenis keta seperti BMW, merc, skyline dan juga honda civic ek, eg... walau dah ada sebutir eg pada zaman dulu dulu...


wa ka ka... tq bosss tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2008 10:56 PM | Show all posts

Reply #12 geng_tx's post

kalu ko ada sebijik skyline...  jgn lufe bawak aku.. kita pi  round satu mesia... best gak tu ekkk  
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 13-12-2008 10:56 PM
kalu ko ada sebijik skyline...  jgn lufe bawak aku.. kita pi  round satu mesia... best gak tu ekkk  



kalu ko bagi free aku amik je...

kalu nak suruh aku beli... aku tak de duit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 05:55 PM | Show all posts
korang ni tgh dating ke ape?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 06:00 PM | Show all posts
AKu selalu gak baca majalah modified nih, aku perasan banyak yang beli GTS pastu konvert ke bodykit GTR...

Enjin tetap sama, tapi tukar ekzos semua2 tu pastu SLAP sticker GTR kat belakang, takdenyer org nak datangcakap ko bawak GTS jer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by matdue77 at 14-12-2008 06:00 PM
AKu selalu gak baca majalah modified nih, aku perasan banyak yang beli GTS pastu konvert ke bodykit GTR...

Enjin tetap sama, tapi tukar ekzos semua2 tu pastu SLAP sticker GTR kat belakang, tak ...



aku tgk serupa je.....

tetap keta hebat...


nik nak berdating sekali, meh arrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.063080 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list