CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8284|Reply: 13

100 Makanan Tradisi

[Copy link]
Post time 13-1-2009 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : SHANIKA ABDULLATIB


Santapan warisan bangsa ke persada antarabangsa



BUKAN sekadar popular, keistimewaan dan kepercayaan masyakat terhadap sesuatu makanan dapat ditonjokan menerusi masakan. – Gambar hiasan



SEJAK zaman berzaman, makanan tradisi telah lama menjadi identiti sesuatu kaum kerana keistimewaannya. Daripada lauk-pauk, kuih-muih hinggalah makanan pembuka selera, ia turut merentasi budaya dan bangsa di negara ini.

"Setiap kaum mewarisi makanan turun temurun masing-masing. Malah cara penyediaan yang kadangkala unik turut menambah 'perisa' masakan tersebut," ujar Pengarah Bahagian Warisan Seni Budaya, Siri Neng Buah.

Justeru, pengisytiharan 100 makanan sebagai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara pada Disember lalu cukup signifikan dalam membudayakan masyarakat terhadap satu lagi warisan negara.








Jelas Siri lagi, pihaknya tidak mahu keistimewaan sesuatu masakan yang diwarisi oleh bangsa tertentu, hilang begitu sahaja terdedah kepada makanan barat.

"Antara kriteria utama pemilihan makanan tersebut ialah semua agama, kaum dan bangsa di Malaysia ini boleh menikmati makanan tersebut.

"Ini secara tidak langsung perkongsian terhadap makanan itu tidak hanya berlaku semasa perayaan," katanya.


Malahan, makanan tersebut juga menonjolkan populariti masakan tersebut dalam masyarakat Malaysia yang muhibah.

"Contohnya sate, nasi lemak, kuih bakul serta cendol. Semuanya dinikmati oleh semua kaum. Malah kemahiran penyediaannya juga tidak terhad pada satu bangsa saja.

"Bukan sekadar itu, keistimewaan serta kepercayaan sesuatu masyarakat terhadap masakan juga menjadi antara kriteria makanan itu dipilih. Sebagai contoh, bubur pedas Sarawak yang dikatakan bagus untuk memulihkan demam," katanya.

Lebih menarik, makanan warisan ini bukan saja dimasak dan dimakan oleh rakyat tempatan malah telah melangkaui sempadan antarabangsa.









Dan tidak lama lagi, pelbagai masakan tradisional terpilih akan menjadi santapan pegawai tertinggi di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

"Respons yang cukup menakjubkan diterima apabila kami menyediakan makanan tengah hari buat pegawai asing Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris.

"Malah ada yang ternanti-nanti hidangan seperti kuih muih dan bubur," jelas Siri.

Mengimbau pula pengalaman pakar masakan terkenal negara, nyatanya naskhah-naskhah masakan warisan ini harus terus dipelihara.

"Bukan sekali tetapi lapan kali saya mencuba resipi kuih tukil sebelum ia menjadi," seloroh chef selebriti terkenal, Norzailina Nordin ketika dihubungi.

Ujarnya, teknik, resipi serta acuan yang digunakan dahulu cukup unik. Malah ada antaranya tidak wujud lagi pada masa sekarang terutamanya melibatkan masakan pribumi.

Cerita Norzailina lagi, pengalamannya sendiri dalam menyediakan masakan tradisi seperti baulu, wajik, rendang dan pelbagai jenis gulai menyedarkan dia mengenai pelbagai nilai di sebalik setiap ramuan yang digunakan.

"Biarpun banyak makanan tradisional telah dikomersialkan, saya yakin masih ramai yang tetap mencari resipi asal bagi sesuatu masakan. Ini kerana kesedapannya cukup berbeza," jelas Norzailina. yang berpengalaman sebagai tukang masak selama 16 tahun.

Beliau yang menggemari wajik menjelaskan, masakan warisan bangsa ini selamanya tidak akan jemu dijamah dan dihidangkan.

"ergilah ke majlis mana pun, pasti anda akan menjumpai paling tidak sambal belacan," ujarnya bersahaja dan yakin, masakan warisan ini tidak akan pupus.














---------------


aku paling suka makan apom lenggang. belah² utara bnyak jual. sedapnya kalau makan panas² ngan ayaq kopi..
       

[ Last edited by  selipar_hijau at 13-1-2009 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 11:33 AM | Show all posts
telan air liur tgk senarai makanan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 12:02 PM | Show all posts
mmm byk lagi makanan warisan negara yg x penah try ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 12:42 PM | Show all posts
laparnyaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2009 12:57 PM | Show all posts
itu baru 100 jenis yg dia tunjuk   
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 04:45 PM | Show all posts
ikan tanah lliat tu kitorang penah buat masa camping..guna ikan talapia..tapi jgn buang sisik dia la
maniss jek rasa ikannya walaupun tak season dgn ape2..

ayam bakar tanah liat pun kitorang penah buat..

ayam atau ikan tu bungkus dgn tanah liat...pastu letak kat bhg tgh unggun api [bara2 api tu longgok atas dia]
satu cara lagi korek lubang tak berapa dalam..pastu letak ikan/ayam bungkus then kambus sket je then buat unggun api atas dia..teknik slow bake lah kononnya nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2009 05:08 PM | Show all posts
tak lekat le rasa tanah liat tu? Pelik smacam jer   nanti keras ek tanah liat tu ninoz? pesal kepala ni teringat kat labu sayong plak??
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:39 PM | Show all posts

Reply #7 Diba_79's post

tak lekat lah..sebab once dibakar tanah tu akan mengeras n jadik mcm mini oven utk ikan/ayam tu
ayam biasanya kita balut dgn daun pisang dulu..
tanah liat yg digunakan bukannya cair mcm lumpur
kalauikut cara kampung betul2..ayam tu cuma bersihkan isi perut jek..bulu tak buang tp kene basuh la
bila kita tanggalkan tanah..semua bulu tu akan lekat sekali kat tanah yg dah keras
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 03:09 PM | Show all posts
woo.. creative ekk org dulu2.. Thanks ninozz
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 05:21 PM | Show all posts

Balas #1 selipar_hijau\ catat

my mum  slalu buat apom lenggang ni...
kalo cucu2 dia blk.. lg la diaorg request
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 05:45 PM | Show all posts
nasik kukus periuk kera?mcm best jerr..tp susah ler nk cari mana periuk kera tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 01:15 AM | Show all posts

Reply #11 menatang's post

kat nursery byk jual pokok periuk kera nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 08:39 AM | Show all posts

Balas #12 ninoZ\ catat

pokok yg tangkap lalat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 02:01 PM | Show all posts
sorry la, tp aku tgk rupa puluti kukus periuk kera tu lain mcm la..
ke aku je yg nampak cmtu..
mcm ada unsur2 kelucahan je..

harus aku x jd mkn klu gitu la rupanye..

[ Last edited by  ntahler at 22-1-2009 02:04 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.824361 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list