View: 5555|Reply: 7
|
scientist dah jumpa tempat kawal perasaan cemburu!!!
[Copy link]
|
|
Saintis temui tempat kawal perasaan cemburu
GAMBAR dalam bulatan menunjukkan kawasan yang
mengawal perasaan cemburu dalam otak manusia.
NEW YORK - Sekumpulan saintis menemui kawasan dalam otak yang mengawal perasaan cemburu, lapor sebuah akhbar semalam.
Kedudukan tempat yang mengawal perasaan cemburu itu berada dalam kawasan yang mengesan kesakitan fizikal.
Menurut saintis, penemuan itu merungkai persoalan kenapa perasaan cemburu seorang kekasih menyebabkan anda berasa 'terluka' yang amat sangat.
"Adalah amat menarik kerana bahagian yang mengesan kesakitan fizikal turut mempunyai kaitan dengan kesakitan mental," kata ketua penyelidik itu, Hidehiko Takahashi.
"Melakukan penilaian terhadap perasaan cemburu mungkin membantu penjagaan mental seperti mendapatkan kaunseling," tambahnya.
Menurut pakar psikologi dari Universiti Kentucky, Profesor Richard Smith, cemburu boleh menjejaskan kehidupan seseorang.
"Jika anda ialah seorang yang cemburu, anda sukar untuk menghargai perkara yang baik kerana anda terlalu bimbang berhubung cara orang lain akan memberi reaksi," katanya. - Agensi
mana2 yg cemburu samada buta ker celik ker... hah!!!! tau ler nak kawal cemburu tu kat mana ekkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 razhar\ catat
x bole buang camtu jek..nnti jadi gile. boleh cucuk jarum akupuntur bg kontrol cemburu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 zairizain's post
byk la pompuan bgn pagi ngan jarum terpacak kt kepala pasni... |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya hati yang lurus dan terbuka sahaja boleh membuang perasaan cemburu tuu..Bergantung kepada iman seseorang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah.. betapa unik ciptaan Tuhan. macam2 discoveries pasal nerve nih. kira sumer 'suis' kat situ la
Penting gak cemburu ni. Untuk mempertahankan hak sendiri. Tak boleh dibuang, tapi perlu dikawal. Mcm nafsu gak |
|
|
|
|
|
|
|
so.. nnti tciptalah obat mngawal cmburu |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.. watpe nk buang tak best la kalo takde cumburu cumburu nehhhhhh.. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|