|
All About Ikan/Fish (tips bela/ternak & pelbagai spesis)
[Copy link]
|
|
Guna daun ketapang ialah sebagai tonik pada air dan ikan sebab bahan kimia yang keluar dari daun kering ini boleh membantu kesihatan ikan. Dan ini tidak terdapat pada daun jenis lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan laga jantan biasanya dalam bekas individu tak boleh ada dua dalam satu bekas depa akan gaduh, yang betina lak dlm tangki komuniti gaduh sikit-sikit aje. Jadi tak mungkin boleh kena tipu
Cara nk pilih ikan jantan
1 Berwarna terang kalau biru biru betul2 jangan biru pudar
2 Ada buih pada permukaan bekas, buih ni berkumpul tidak terabur makna dia dah ready nak cari pasangan
3 pergerakan pernafasan adalah tenang tidak tercungap2 dan penutup insang tidak berbuka kalau terbuka maknanya ia mengalami kerosakan insang. Biasanya akan mati lepas spawning sebab exhausted.
4 Bergerak aktif walaupun bekas dia kecil kalau lepak je kat bawah jangan ambil tak berapa sehat jadi lambat sikit nk conditionkan
Cara pilih ikan betina
1 Lebih kurang sama macam ikan jantan
2 Di bawah perut ada satu titik putih yang menonjol kalau kelihatan ketara makna telurnya telah berkembang sepenuhnya dan hampir matang
3 Terdapat jalur menegak pada badan tapi hanya akan ketara bila ada jantan diletak bersebelahan selama beberapa minit |
|
|
|
|
|
|
|
Pre spawning conditoning
1 bekas yang besar diisi air enam inci tinggi, masukkan lumut ke kiambang ke ikut selera masing2, daun ketapang kering dan sekeping bahan yang terapung cth polistyrene bekas nasi (jangan sekali-kali guna air terus dari paip gomen)
2 Lepaskan ikan laga jantan
3 Masukkan ikan laga betina dalam bekas yang lutsinar dan terapungkan dalam bekas yang sama (pakai bekas bulat tau fu fah pun boleh)
4 Kalau yang betina tu meloncat ke dalam bekas besar segera pisahkan semula
5 Beri makanan tambahan seperti cacing beku atau kutu air ( jangan beri berlebihan kalau tak habis kena keluarkan)
Biarkan keadaan ini selama 2 atau 3 hari, |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu dia buat buih sampai tiga tingkat baru lepaskan betina
Peringatan, spawning ni berlangsung dalam masa 24 jam je, kalau tak jadi bertelur keluarkan balik ikan betina jika tak boleh kena belasah sampai mati.
1 Jika ada paip pvc 1/2 inci diameter potong dalam 3 inci panjang dan masukkan dalam tempat nak spawning jadi ikan betina boleh bersembunyi dan beristirehat sebelum atau selepas bertelur.
2 Lepaskan ikan betina ke dalam tempat ikan jantan pada pukul 3 petang, biasanya jika serasi ikan betina akan berenang seolah2 macam menari. Jangan panik jika ikan jantan mengigit sampai sirip betina jadi pecah2, kecuali yang jantan tu terlalu agresif gigit sampai separuh mati.
3 Biarkan semalaman, esok paginya sehingga tengahari mereka akan mula mengawan, biasanya tempoh mengawan ni memakan masa selama 2 jam.
4 Bila selesai saja mengawan ikan betina mesti dikeluarkan dengan segera (ikan betina mula dihalau dari tempat bertelur) ikan jantan amat cemburu semasa menjaga telur dan anak2, tidak ada ikan lain dibenarkan hampir.
5 Telur2 ini akan menetas dalam masa 24 jam, telur yang tidak disenyawakan akan dimakan oleh ikan jantan bagi mengelakkan serangan fungus terhadap telur2 yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Asas bagi penjagaan rega ialah makanan, mutu air dan penyakit dan ketiga-tiga ini berkaitan antara satu sama lain. Penjagaan rega ikan laga dibahagi kepada tiga bahagian berdasarkan kepada umur rega iaitu a) hari 1 hingga 4, b) hari 4 hingga 14 dan c) hari 15 hingga 30.
a) Hari 1 hingga 4
1 Makanan tidak diperlukan lagi sebab rega mendapat bekalan makanan dari sisa kuning telur. Kuning telur habis diserap oleh rega pada usia tiga hari
2 Tutup akuarium bagi menggelak perubahan suhu yang ketara terutama pada waktu malam (suhu turun 24 celsius). Rega biasanya berada hampir dengan permukaan air, suhu sejuk menyebabkan 'chilling' pada rega dan boleh melemahkan dan berakhir dengan kematian.
b) Hari 4 hingga 14
1 Makanan - kuning telur, infusoria, rotifer dan microworm
penyediaan kuning telur
Rebus sebiji telur ayam gunakan kuning sahaja
Cubit sebesar kuku jari ******king campur dalam air 300ml
Blender selama 1 minit
Titiskan 2 atau 3 titik ke dalam akuarium 2 kali sehari
Jangan bubuh terlalu banyak jika tidak air dalam akuarium akan busuk akibat makanan yang tidak habis dimakan. |
|
|
|
|
|
|
|
rega dari tangki pertama mencapai umur 14 hari ni. secara teori dan praktikal pada hari ke14 rega ini akan pertama kalinya mengambil oksigen dari udara dan organ insang labyrinth terbentuk sepenuhnya.
dan secara rasmi ikan ni jadi air-breather
pastikan tangki pemeliharaan ditutup supaya tiada angin atau udara yang sejuk berada di atas permukaan air. jika udara terlalu sejuk rega boleh terkena pneumonia cara depa la.
juga elakkan permukaan air dari terdapat lapisan debu atau sebarang bahan terapung yang boleh menghalang rega dari mengambil nafas. |
|
|
|
|
|
|
|
wah byk nye kena buat
ni sesuai yg nk meniaga la ek
thanks baby for the info |
|
|
|
|
|
|
|
ala x meniaga pun boleh utk suka2 jerk.. hehehehe minat punya pasal |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sesaper nak cari induk utk ikan betta half moon ni pm la aku.. aku tolong korang |
|
|
|
|
|
|
|
SPESIES IKAN BARU
Tergolong dalam spesies genus antennariid, Histiophryne,
ikan katak ini mempunyai sirip serta struktur seolah-olah
kaki di kedua-dua belah badannya. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sapa2 tau tak kedai2 aqua utk planted aqua dekat2 area ipoh??? |
|
|
|
|
|
|
|
oh ye..ekor sekor ni je...yg lain2 tu,ok je..tak jadi camtu plak...kenapa ek? |
|
|
|
|
|
|
| |
|