CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3253|Reply: 19

Pulau Pinang Rancang Buka Taman Harimau

[Copy link]
Post time 15-3-2009 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Pulau  Pinang Rancang Buka Taman Harimau

PULAU PINANG, 15 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri PulauPinang merancang untuk membuka sebuah taman harimau di Taman MasyarakatRelau, di sini sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeriini.

"Kita ada cadangan untuk buat satu taman harimau di kawasan ini,tetapi kita nak dapatkan pandangan dari semua pihak termasuk NGO(pertubuhan bukan kerajaan) dan mana-mana pihak yang berminat sebelumprojek itu diluluskan," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat kawasan Taman MasyarakatRelau di sini hari ini, beliau berkata pihaknya mahu menjalankan projekitu dengan telus dan adil dengan mengambil kira pandangan pihak lain.

Lim berkata kerajaan negeri memberi tempoh dua bulan kepadamana-mana pihak dan orang ramai yang mempunyai pandangan berhubungprojek itu dan mereka boleh menghubungi kerajaan negeri bagimenyalurkan cadangan.

Beliau berkata tapak yang dikenalpasti untuk projek itu agak jauhdari taman perumahan dan satu jalan masuk melalui jalan Paya Terubongke kawasan berkenaan akan dibuat bagi memudahkan orang ramai.

"Taman Masyarakat Relau itu luasnya lebih 100 ekar dan kawasannyaadalah hijau, jadi kita akan kekalkan kehijauan kawasan itu dan projektaman harimau yang mungkin pertama di Malaysia ini adalah cara yangpaling baik," katanya.

Ditanya kos bagi projek usaha sama kerajaan negeri dan pihakswasta itu, beliau berkata kos sebenar belum ditetapkan dan kerajaannegeri akan menawarkan tender kepada pihak swasta bagimerealisasikannya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2009 07:43 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

Bagus lah tuh....aku pon minat dgn Keluarga Kucing nih.....klu dibiarkan kawasan tuh nnt...tak mustahil akan tumbuh bangunan pencakar langit yg baru...huhuuhu...p.pinang nih dah terlalu padat dgn bangunan tinggi2...terutamanya kawasan Georgetown, Bayan Baru, Bayan Lepas dgn Tanjung Bungah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 07:49 PM | Show all posts
Originally posted by apit_skynet at 15-3-2009 19:43
Bagus lah tuh....aku pon minat dgn Keluarga Kucing nih.....klu dibiarkan kawasan tuh nnt...tak mustahil akan tumbuh bangunan pencakar langit yg baru...huhuuhu...p.pinang nih dah terlalu padat dgn ...



npa xbt kt blh tanah besaq..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 02:37 AM | Show all posts

Reply #3 silenceprotess's post

bina juga...banyak perumahan baru di blh seberang juga..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 15-3-2009 05:27 PM
Pulau  Pinang Rancang Buka Taman Harimau

PULAU PINANG, 15 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri PulauPinang merancang untuk membuka sebuah taman harimau di Taman MasyarakatRelau, di sini sebagai u ...

shukernyer rimau.. kiut mcm tuceng.. Hope akan terlaksana pojek neh.. apapun leh gak majukan industri pelancongan kiter... pelancong dalam & luar negara musti nak tengok rimau.. Hope mcm2 spesies rimau yg akan diletakkan!! :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by herrhughie at 16-3-2009 02:37
bina juga...banyak perumahan baru di blh seberang juga..



tp lecturer ktuanan melayu ak kta penang org cina bangun kn kwasan pulau ja.. dia kta nk hambat smua org melayu mai tanah besaq.. tp lecturer ak ni bkn org penang pon.. sory la klu ak tersongsang dri tajuk asal krna ak xpaham ngn pa dia kta.. btl ka x?? mrh pon da ak bla dengaq cm 2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2009 05:08 PM | Show all posts
haah elok jugak buat ke sebelah seberang..alang alang dah ada taman burung kat sebelah seberang....kalau pelancong mai terus boleh redah ke Sedim....my 2 kupang

tapi best aa kalau ada..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:29 PM | Show all posts
Bestnya taman rimau. Reowm reowm!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by Lacoste at 16-3-2009 05:08 PM
haah elok jugak buat ke sebelah seberang..alang alang dah ada taman burung kat sebelah seberang....kalau pelancong mai terus boleh redah ke Sedim....my 2 kupang

tapi best aa kalau ada..

kot buat dekat2 taman buwung tue.. dok terlioq saja la rimau tue bau daging buwung....rusa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by eraagaz at 17-3-2009 01:29 PM
Bestnya taman rimau. Reowm reowm!

munyik ghimau gatai!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:58 AM | Show all posts
Kat Relau setiap petang hari Khamis ada sesi senamrobik kat Taman Metropolitan.

Nanti arimau mai senamrobik la pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by jkkkj at 20-3-2009 12:58 AM
Kat Relau setiap petang hari Khamis ada sesi senamrobik kat Taman Metropolitan.

Nanti arimau mai senamrobik la pulak.

mandai2 ja hang neh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 05:53 PM | Show all posts
Mahal ke kos jaga harimau neh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 01:42 AM | Show all posts

Reply #13 jkkkj's post

nak murah bagi makan friskies saja   depa nak buat kat taman metropolitan ka??
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 01:54 AM | Show all posts

Reply #14 noell's post

hanya friskies..? nanti kucing besar tu mati kebuluran...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 05:32 PM | Show all posts
Ada ka harimau nak dibagi makan friskies saja?

Tak patut betui tuh...kih kih kih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 03:40 PM | Show all posts
Hari ni dah 14 Mei 2009.

Dah ada ke rimau yang mendaftarkan diri untuk jadi penghuni taman tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 12:37 AM | Show all posts
Kat relau... kira ok la tue..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 04:43 PM | Show all posts
Apa cerita projek taman rimau ni sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 04:44 PM | Show all posts
Apa cerita projek taman rimau ni sekarang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.249750 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list